Bikesrepublic

Berita Terkini

Sumber: BikesRepublic

Kalau bertandang ke kenduri kahwin pun mengharapkan makanan sedap menanti, apatah lagi ke Art Of Speed (AOS) 2019?

Menyedari perkara ini, penganjur AOS 2019 telah menghasilkan sesuatu yang luar biasa bagi pengunjung bertuah yang hadir ke acara tahunan kali ini yang telah pun memasuki edisi ke-8.

Perkenalkan Mizuki, sebuah kereta kustom yang menggabungkan kejuruteraan kereta dan motosikal dalam satu chasis.

Sumber: BikesRepublic

Mizuki merupakan sebuah kereta MINI yang telah mendapat suntikan enjin motosikal jenis Suzuki Hayabusa yang telah dibina khas bagi AOS 2019.

Menariknya, jentera ini akan menjadi hadiah utama kepada pengunjung AOS 2019 yang bertuah.

Bayangkan, anda datang dengan motosikal atau kereta dan berkemungkinan pulang dengan sebuah jentera luar biasa!

Sumber: BikesRepublic

Mizuki – yang dihasilkan khas oleh FNG Works yang sebelum ini turut menyumbang RXZ Twin Boss dan Honda C600 Papa Jahat  bagi AOS edisi 2017 dan 2018 – menggunakan enjin Hayabusa 1300cc empat silinder.

Menurut FNG Works, enjin Hayabusa ini – yang dijangka menghasilkan 200hp – akan ditempatkan di bahagian belakang sekaligus menyerlahkan lagi DNA luar biasa yang seakan menjadi tema bagi pembinaan jentera kustom kali ini.

Sumber: BikesRepublic

Bagi memastikan segala kuasa dapat disalurkan, FNG Works telah memasang tayar drag dengan roda bersaiz 13 inci dan sistem brek daripada Honda EG9!

Bagi memastikan kelancaran pemanduan, Mizuki turut dilengkapi dengan penyerap hentakan D2 Motorsport boleh laras.

Penganjur AOS 2019 akan mempamerkan Mizuki dalam keadaan warna sedia ada kerana pengunjung bertuah akan diberi peluang memilih warna idaman mereka sendiri!

Apa tunggu lagi? Jangan lupa ke AOS 2019 di MAEPS, Serdang pada 27 dan 28 Julai ini!

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menerima tempahan awal bagi Volkswagen Arteon serba baharu.

Model yang diimport sepenuhnya itu dijual pada harga di antara RM290,000 dan RM310,000 dan akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Arteon merupakan sebuah model ‘fastback’ dengan lima pintu yang menawarkan kombinasi di antara rekaan avant-garde dan pemanduan dinamik sekaligus mencerminkan nama yang diberikan.

‘Art’merujuk kepada seni dan reka bentuk harmoni sementara ‘eon’ melambangkan Arteon sebagai model premium Volkswagen.

Arteon turut merangkul anugerah ‘Golden Steering Wheel 2017’ di Eropah.

Model baharu ini dijana dengan enjin turbocharged 2.0L TSI yang disalurkan menerusi transmisi wet klac 7-kelajuan (DSG) dan menghasilkan 280hp dan 340Nm tork.

Pelanggan juga disajikan dengan skrin paparan 9.2 inci, Active Info Display TFT yang turut membenarkan pemandu membuat tetapan mengikut cita rasa sendiri.

Bukan itu sahaja, Volkswagen turut melengkapkan Arteon dengan kamera 360 darjah bagi meningkatkan keselamatan!

Orang ramai yang berminat diminta layari laman sesawang Volkswagen untuk mendapatkan jemputan eksklusif bagi menyaksikan Arteon dengan lebih dekat.

Sumber: StadiumAstro

Baru-baru ini, selebriti terkenal dalam dunia automotif, Jeremy Clarkson meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sukan Formula 1 dalam satu rakaman video yang dimuat naik ke Youtube.

“Ferrari can f**k off, Mercedes can f**k off,” demikian kenyataan pertamanya dalam video berdurasi 3.17 minit itu.

Clarkson sememangnya dikenali sebagai individu yang lantang dan bekas pengacara Top Gear itu – yang kini mengacarakan The Grand Tour bersama James May dan Richard Hammond – kembali mencetuskan kontroversi dengan mengkritik sukan F1 secara terbuka.

Menurut video yang dimuat naik Drivetribe, Clarkson menyifatkan F1 kini membosankan.

“Saya lebih sanggup melihat pokok tumbuh daripada menyaksikan F1. Sedangkan saya cintakan sukan F1!

“Pada pendapat saya, mereka perlu menyingkirkan pegawai perlumbaan (FIA). Mereka perlu sedar, penonton gemar sukan F1 kerana ia perlumbaan yang membahayakan dan berisiko tinggi.

“Pada masa sama, kereta yang dihasilkan perlu lebih kukuh dan kuat. Ketika ini setiap kali berlaku perlanggaran, cebisan chasis melayang sana sini,” jelasnya.

Clarkson turut mengambil peluang untuk mengkritik Ferrari dan Mercedes.

“Ferrari dan Mercedes boleh pergi jalan. Kita perlu mengembalikan status F1 sebagai sukan permotoran sebenar dan bukannya sebagai pusat latihan keselamatan.

“Hari ini saya lebih sanggup menyaksikan Formula E!” tambahnya.

Pengacara berusia 59 tahun itu turut menegaskan ada sesuatu yang tidak kena dengan F1 dan langkah drastik perlu diambil bagi menyelamatkan sukan itu.

“Ketika pusingan di Silverstone, saya menyaksikan sukan tenis sementara anak saya, yang mempunyai minat mendalam dengan kereta sibuk menonton aksi final kriket. Jelas terdapat sesuatu yang tidak kena dengan F1,” ujarnya lagi.

Saksikan video tersebut di bawah:

(SUMBER: Drivtribe @ Youtube)

Pengeluar kereta Sweden, Volvo memanggil semula lebih sejuta unit kenderaanya di seluruh dunia susulan terdapat beberapa komponen di dalam enjin berdepan risiko mudah cair.

Menurut jurucakap Volvo, senario itu mampu menyebabkan bahagian enjin terbakar.

Bagaimanapun, sehingga kini pihak Volvo tidak menerima sebarang aduan mengenai isu diterbitkan.

Menurut laporan SVT, isu tersebut memberi kesan kepada empat model diesel yang dihasilkan di antara tahun 2014 hingga 2019 – membabitkan model V40, V60, V70, S80, XC60 dan XC90.

Panggilan semula ini merupakan tamparan kedua buat Volvo yang sebelum ini mengalami kejatuhan keuntungan yag mendadak dalam suku kedua 2019 meskipun merekodkan penjualan yang tinggi.

(SUMBER: 7News)

Sumber: Autologue Design

Pasaran motosikal ‘adventure tourer’ semakin mendapat tempat di hati peminat motosikal seluruh dunia terutamanya di India yang ketika ini didominasi Royal Enfield Himalayan dan Hero Xpulse 200 yang baru sahaja di lancarkan.

Menurut laporan Gaadiwaadi, model baharu ini akan didatangkan dengan tayar aloi 19 inci di bahagian depan dan 18 inci di bahagian belakang dan dilengkapi tayar ‘offroad’.

Pada masa sama, dijangkakan jentera tersebut akan dilengkapi dengan fork teleskopik yang lebih panjang dan unit penyerap hentakan tunggal di bahagian belakang.

Seperti model Bajaj yang lebih besar, Dominar 400 – yang dijual dibawah jenama Modenas di Malaysia – Pulsar 250 Adventure turut akan didatangkan dengan ‘dual channel ABS’.

Model baharu ini juga akan dikuasakan dengan enjin yang sama digunakan pada KTM Duke 250. Enjin 248.8cc satu silinder ini menghasilkan 29.5hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,500rpm bagi Duke 250 bagaimanapun, dijangkakan Bajaj akan ‘retune’ enjin ini bagi menyesuaikan dengan keperluan sebuah jentera adventure.

Ketika ini masih tiada maklumat sama ada model ini akan di bawa masuk ke Malaysia.

 

Demikian kenyataan dibuat pengurus pasukan Yamaha MotoGP, Lin Jarvis mengenai masa depan pelumba veteran, Valentino Rossi yang kini telah mencecah usia empat dekad.

Kontrak Rossi bersama Yamaha akan berakhir pada 2020 namun dia gagal memenangi sebarang perlumbaan dalam tempoh dua tahun ini di samping sedang berdepan prestasi terumbang-ambing.

Rossi sekadar mengutip lapan mata dalam empat perlumbaan terakhir di samping tiga kali gagal menamatkan perlumbaan yang menyaksikan dia jatuh ke kedudukan keenam dalam carta kejuaraan dibelakang rakan sepasukan, Maverick Vinales.

Pelumba pasukan satellite Yamaha, Fabio Quartararo turut membayangi persembahan Rossi musim ini dengan mengungguli sesi kelayakan dan beberapa kali menaiki podium.

Menurut Motorsport.com, Jarvis tidak menafikan Rossi akan terus menyambung kontraknya bersama Yamaha namun mengakui juara dunia tujuh kali kelas premier itu tidak lagi mewakili masa depan pasukan itu.

“Valentino telah menghadiahkan kami empat kejuaraan sehingga 2010 – 2004,2005,2008 dan 2009 – jadi ketika dia berhijrah ke Ducati telah meninggalkan kesan yang besar pada kami sepertimana jika Marc Marquez meninggalkan Honda ketika ini.

“Dia (Rossi) kini berada di peringkat berbeza dalam hidup dan kariernya. Secara hormatnya, saya berasakan dia tidak lagi mewakili masa depan Yamaha dalam MotoGP.

“Ada kemungkinan dia akan terus bersama kami untuk satu atau dua tahun ini. Tetapi hubungan dua hala di antara Yamaha dan Rossi kini berbeza.

“Bukan berniat untuk mengatakan dia tidak lagi penting, tetapi fungsi dan watak dimainkan Rossi bersama Yamaha kini berbeza. Jadi saya harap dia akan terus menjadi duta Yamaha pada masa akan datang.”

Sementara itu, Jarvis berasakan sebarang keputusan mengenai persaraan Rossi akan ditentukan kedua-dua belah pihak.

“Keputusan akan datang selepas perbincangan di antara kedua-dua belah pihak. Apa yang pasti, saya yakin tidak akan berlaku sebarang konflik,” tambahnya.

(SUMBER: Motorsport.com)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube