Bikesrepublic

Berita Terkini

Moda Motor Sdn. Bhd., di bawah AFY Mobility Industries (AMI), dengan bangganya memperkenalkan MODA Moca, sebuah skuter baharu 110cc yang direka untuk penunggang yang menghargai individualiti, gaya hidup, dan mobiliti bandar yang mudah. Dengan reka bentuk berinspirasikan retro yang dipadankan dengan sentuhan moden, MODA Moca bukan sekadar sebuah skuter. Ia adalah satu pernyataan gaya hidup.

Warna-warna yang Meriah

MODA Moca membuat penampilan sulungnya dalam tiga warna yang menyerlah:

  • Jingga Neon – berani dan bertenaga, sesuai untuk mereka yang gemar menonjol.
  • Hitam Piano – anggun dan abadi, untuk penunggang yang meminati gaya klasik.
  • Biru Lautan – segar dan bergaya, sesuai untuk mereka yang hidup dengan penuh warna.

Kawalan Mudah, Kemudahan Seharian

Praktikal namun penuh personaliti, MODA Moca memastikan setiap perjalanan mudah ditunggang dan disayangi. Dengan berat hanya 89kg, Moca adalah ringan dan lincah, justeru menjadikannya sangat mudah dikawal dalam trafik bandar, jalan sempit, atau ketika meletak di ruang terhad. Skuter ini juga dilengkapi dengan ciri praktikal untuk kemudahan seharian:

  • Ruang penyimpanan di bawah tempat duduk untuk barangan penting anda.
  • Rak atas & cangkuk yang berguna untuk beg beli-belah dan barang peribadi.
  • Paparan meter digital untuk pengalaman menunggang yang moden.
  • Brek Cakera Hadapan.
  • Lampu Depan dan Lampu Belakang LED yang terang untuk keselamatan tambahan.

Dayaya Tarikan Abadi, Semangat Moden

Moca membawa semangat reka bentuk skuter yang abadi, mengingatkan kembali siluet ikonik yang lama melambangkan kebebasan, gaya, dan individualiti di jalanan seluruh dunia. Lengkung, proporsi, dan karakternya membangkitkan nostalgia, namun prestasi dan teknologinya diselaraskan untuk gaya hidup bandar masa kini. Ini adalah skuter yang bukan sekadar membawa anda dari satu tempat ke tempat lain, tetapi juga menggerakkan anda dengan daya tarikan, karakter, dan warna.

Harga Menarik & Waranti

MODA Moca dihargakan pada harga SRP RM3,988.00 (tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran). Harga ini hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Pada titik permulaan yang berpatutan ini, Moca menawarkan peluang kepada pembeli untuk memiliki skuter yang menggabungkan daya tarikan retro klasik dengan kepraktisan moden, menjadikannya mudah dibeli, mudah ditunggang, dan mudah diselenggara. Untuk menambah keyakinan, Moca datang dengan pakej waranti 2 tahun atau 20,000km.

More Accessories, More Possibilities

Owners can look forward to a growing list of accessories and customization options for the Moca. Among the upcoming choices are:

  • Front Windshield for extra riding comfort.
  • Top Box Storage for greater practicality.
  • And more lifestyle add-ons to suit different personalities.

For more information, explore Moda Motorcycles social media channels or visit the official website at http://www.modamotorcycles.com/models/moca.

Specifications

Photo gallery

Kami mulakan dengan mengatakan kami suka Italjet Dragster (125 dan 200) kerana rupanya seolah-olah Lego merekabentuknya sebagai sebuah kit Lego Technic bersaiz nyata, yang juga mendedahkan semua bahagian mekanikalnya, bersama dengan stereng hab tengah. Sekarang kami disajika pula dengan Italjet Dragster 300 telah tiba di Malaysia.

Prototaip Dragster 300 dipamerkan julung kalinya di EICMA, dengan menggunakan platform Dragster 125 dan 200 sedia ada. Motosikal ini memasuki pasaran dalam dua edisi khas, iaitu Gresini Racing Team Edition, dan Malossi Edition, lengkap dengan winglet.

Ciri-ciri utama
  • Enjin satu-silinder, 278cc, 4-lejang, SOHC, 4-injap, penyejuk cecair.
  • Ia menghasilkan 23.8 hp (17.5 kW) pada 8,250 RPM dan 26 Nm pada 6,250 RPM.

  • Rangka keluli ringan dengan Independent Steering System (ISS) hab tengah, dengan sistem stereng ayunan satu sisi, dan tanpa fork.
  • Penyerap kejutan hidro-pneumatik boleh laras, depan dan belakang.

  • ABS adalah ciri standard untuk kedua-dua hujung.
  • Kaliper brek Brembo.

  • Paparan TFT.
  • Tangki minyak 11 liter.

  • Berat kering 128 kg.

Edisi Malossi dijual pada harga RM37,800, manakala Edisi Pasukan Lumba Gresini dijual pada harga RM38,800. Pengedar tempatan, MZM Bike Sdn. Bhd. melancarkan Italjet Dragster 300 bersama Kempen Pendaftaran Early Bird: Sepuluh pembeli pertama Edisi Malossi, dan sepuluh pembeli pertama edisi Pasukan Lumba Gresini akan berhak mendapat cash-back RM3,000.

Galeri foto

 

Aprilia RSV4 X-GP telah dilancarkan sempena syarikat itu menyambut ulang tahun ke-10 mereka dalam perlumbaan MotoGP, dan ia adalah sebuah motosikal yang sarat dengan teknologi MotoGP.

“Betul ke?” anda tanya? Cubalah tengkok spesifikasinya: 234 hp, 131 Nm, 165 kg, cakera Brembo T-Drive, dan semua ciri aerodinamik motosikal perlumbaan Aprilia RS-GP25 dalam MotoGP.

RSV4 X-GP adalah jentera kelima dalam barisan “X” ultra-eksklusif Aprilia, selepas RSV4 X (2019), Tuono X (2020), RSV4 X Trenta (2022) dan RSV4 X ex3ma (2024).

Ciri-ciri utama
  • Enjin V4 1,099cc 65° yang ditala ke spesifikasi penuh SBK, dengan kuasa maksimum 234 hp pada 13,750 RPM, dan tork puncak 131 Nm pada 11,000 RPM.
  • Penapis udara perlumbaan Sprint, corong pengambilan udara yang diubahsuai, nisbah mampatan lebih tinggi, dan klac kering STM.
  • ECU APX Racing, yang tidak boleh digunakan di jalan raya, mengendalikan kawalan daya cengkaman yang boleh dilaraskan sepenuhnya, brek enjin, penghantaran kuasa, anti-wheelie dan perakaman data, serta GPS.
  • Pemilik juga akan mendapat komputer riba Yashi yang telah dipasang dengan perisian pengurusan.
  • Sistem suspensi terdiri daripada fork Öhlins FKR bertekanan di hadapan, dan monoshok belakang Öhlins TTX.

  • Brek adalah kaliper Brembo GP4-MS yang mencengkam cakera Brembo T-Drive 330mm di hadapan.
  • Roda adalah rim magnesium tempa Marchesini M7R Gen, dipasang dengan tayar perlumbaan Pirelli yang digunakan dalam WorldSBK, iaitu 125/70 SC1 di hadapan dan 200/65 SCX di belakang.
  • Set suis perlumbaan Jetprime.
  • Pemijak kaki Spider dan aksesori ‘billet’ lain.
  • Sproket titanium PBR.

  • Rantai RK 520.
  • Teknologi sayap sisi (‘leg wing’) dan sayap belakang (‘tail wing’) terus diambil dari model RS-GP25 semasa, menjadikan ini motosikal pertama terbitan MotoGP dengan ciri-ciri ini.
  • Ia bekerjasama dengan sayap hadapan, sayap bawah, dan sayap sisi (‘winglets’) untuk menghasilkan daya menekan ke bawah semasa membrem, di selekoh, dan juga di pertengahan jalan lurus untuk melekatkan roda hadapan ke tanah.
  • Sub-rangka belakang mengikut penyokong tempat duduk karbon RS-GP25 dari PAN Composite, yang berfungsi sebagai langkah penjimatan berat, dan juga pembantu aerodinamik yang lain.
  • Melengkapkan rupa MotoGP adalah sistem ekzos berkembar SC-Project MotoGP, dan kelongsong karbon penuh dengan livri lumba RS-GP25.
  • Dan sistem ekzos MotoGP SC-Project.

Kami tidak mempedulikan harganya, tetapi kami akan siarkan juga untuk anda, pembaca kami: €90,000 (anggaran RM443,781.00). Hanya 30 unit sahaja akan dihasilkan untuk seluruh dunia.

CFMoto sekali lagi mencipta gelombang dengan memperkenalkan sebuah motosikal sportbike pertengahan rangka baharu, dipanggil CFMoto 750SR-S, selepas memperkenalkan model 500SR Voom dan 675SR-R hanya tahun lalu.

Varian 750cc ini mengikuti jejak model 675SR-R, dengan menggunakan enjin silinder sebaris berbanding enjin tiga silinder sebaris seperti yang terdapat pada model 500SR.

Pengilang mengatakan enjin 749cc ini menghasilkan 110 hp pada 10,250 RPM dan 80 Nm pada 9,000 RPM. Walaupun angka ini kelihatan setara dengan motosikal sportbike 750cc lain, ia sebenarnya lebih rendah berbanding Suzuki GSX-R750 yang mendahului kelasnya dengan 147 hp dan model adiknya GSX-R600 yang menghasilkan 119 hp. Sebenarnya, CFMoto 750SR-S ditala untuk memberikan tork yang lebih baik yang sesuai untuk penunggaan di jalan raya, walaupun memiliki rupa yang agresif dan winglet, manakala kedua-dua Suzuki tersebut adalah motosikal lumba.

Ciri-ciri utama
  • Enjin 749cc, empat silinder sebaris, DOHC, 16-injap yang menghasilkan 110 hp pada 10,250 RPM dan 80 Nm pada 9,000 RPM seperti yang dinyatakan tadi.
  • Gas buangan dikeluarkan melalui empat peredam ekzos yang dipasang berpasangan di kedua-dua belah ekor.

  • Kotak gear enam kelajuan dengan klac slipper.
  • Suspensi depan terdiri daripada sepasang fork terbalik KYB 43mm.

  • Suspensi belakang menggunakan monoshok KYB dan lengen ayun sebelah.
  • Brek depan terdiri daripada dua cakera 320mm yang dicengkam oleh sepasang kaliper Brembo M4.32 Monobloc.

  • Ciri-ciri elektronik termasuk IMU (unit pengukuran inersia) enam-paksi, ABS membelok dan kawalan traksi membelok.
  • IMU juga memudahkan fungsi lampu membelok.

  • Skrin TFT berwarna 6.2-inci.
  • Ketinggian pelana ialah 805 mm.

  • Kapasiti minyak ialah 17 liter.
  • CFMoto mendakwa berat basahnya ialah 213 kg.

Selain daripada spesifikasi ini, pengilang mendakwa bahawa CFMoto 750SR-S boleh memecut dari keadaan berhenti ke 100 km/j dalam masa kurang dari 3.5 saat, dan mempunyai kelajuan tertinggi melebihi 240 km/j.

QJMOTOR Malaysia dengan bangganya memperkenalkan model elektrik terbaharunya, QJMOTOR E-LTR, yang menggabungkan reka bentuk moden, prestasi dinamik serta teknologi praktikal untuk
kegunaan harian. Pelancaran rasmi ini menandakan kemasukan QJMOTOR ke segmen skuter elektrik pertama di Malaysia.

QJMOTOR E-LTR hadir dalam dua pilihan warna iaitu Biru Gelap dan Putih, ditawarkan pada harga RM6,999.00 (tidak termasuk caj pendaftaran dan insurans), dan boleh didapati di semua pengedar sah Mforce di seluruh Malaysia. Pemilik juga layak menerima rebat sehingga RM2,400 di bawah inisiatif MARiiCas mengikut terma dan syarat.

Dari segi prestasi, QJMOTOR E-LTR dikuasakan oleh motor roda elektrik berkuasa maksimum 3,000W, dengan sistem penyejukan udara. Ia mampu mencapai kelajuan tertinggi 70km/j, sudut pendakian sehingga 19° dan jarak tunggangan sekitar 105km dengan sekali caj penuh. Menariknya, QJMOTOR E-LTR mempunyai tiga mod kelajuan yang boleh dipilih mengikut keselesaan.

Model ini menggunakan bateri Lithium-Ion 74V27Ah/ Terdapat dua slot bateri disediakan, satu unit diberikan bersama motosikal, manakala satu lagi boleh ditambah secara pilihan. Caj dari 30% hingga 80% SOC mengambil masa 5-6 jam, manakala caj penuh membolehkan tunggangan sehingga anggaran 105km/h.

Dari segi dimensi, QJMOTOR E-LTR berukuran 1,890mm panjang, 710mm lebar dan 1,100mm tinggi, dengan jarak roda 1,310mm, kelegaan tanah 145mm serta ketinggian tempat duduk 760mm. Berat motosikal ini ialah 98.5kg tanpa bateri, menjadikannya ringan dan mudah dikendalikan di jalan raya.

Bagi sistem suspensi, ia dilengkapi penyerap hentak hidraulik di bahagian hadapan serta suspensi hidraulik berkembar di bahagian belakang. Sistem membrek pula menggunakan cakera hidraulik dengan teknologi CBS di kedua-dua bahagian hadapan dan belakang, digandingkan dengan tayar hadapan bersaiz 100/90-R12 dan tayar belakang 110/90-R12 untuk kestabilan maksimum.

QJMOTOR E-LTR turut menampilkan pelbagai ciri moden seperti meter digital LCD, dengan fungsi LED pada lampu utama, lampu belakang, lampu isyarat dan butang hazard. Motosikal ini juga dilengkapi suis keselamatan tongkat sisi, sistem kunci anti-kecurian, tempat duduk premium bertekstur, poket simpanan depan berkembar, ruang simpanan bawah tempat duduk, cangkuk praktikal serta port pengecasan USB.

Lebih menarik, skuter ini turut mempunyai fungsi kod ralat (Error Code/ERR) yang memudahkan pengguna mengesan sebarang masalah teknikal dengan cepat dan efisien.

Dengan setiap pembelian QJMOTOR E-LTR, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Galeri foto

Honda CRF250 Rally (2025) bakal tiba di Malaysia dan akan boleh didapati mulai akhir Ogos dengan harga jualan RM28,599.

CRF250 Rally telah lama berada di pasaran, dan merupakan model terkecil dalam barisan motosikal dwi-fungsi/kembara CRF. Berteraskan falsafah kebolehpercayaan, kemudahan capaian dan kepraktisan yang dipegang pengeluar, CRF250 Rally telah mendapat sambutan menggalakkan di seluruh dunia. Justeru Honda melakukan kemaskini kecil setiap tahun kerana pertama: tidak mengubah apa yang sudah baik, dan kedua: memastikan alat ganti sentiasa boleh diperoleh.

Ciri-ciri Honda CRF250 Rally (2025)
  • Mempamerkan grafik gaya rali di kedua-dua sisi, diperkukuh lagi dengan warna badan berbilang nada serta tempat duduk berwarna biru gelap (diinspirasi oleh gaya Africa Twin klasik).
  • Dikuasakan oleh enjin 250cc, satu silinder, empat lejang, penyejuk cecair, DOHC, dan empat injap.

  • Kuasa enjin disalurkan melalui klac jenis ‘slipper’ dan ‘assist’, seterusnya ke transmisi enam kelajuan.
  • Menghasilkan kuasa maksimum 24.5 hp (18.3 kW) pada 9,000 RPM dan tork maksimum 21.9 Nm pada 6,500 RPM.

  • Honda telah mengemaskini enjin untuk pengurusan dan penyingkiran haba yang lebih baik.
  • It produces a maximum power of 24.5 hp (18.3 kW) at 9,000 RPM and a maximum torque of 21.9 Nm at 6,500 RPM.

  • Suspensi hadapan terdiri daripada fork terbalik Showa.
  • Suspensi belakang menggunakan sistem monoshock tunggal Pro-Link dan pautan Honda.

  • Sistem ABS dwi-saluran disertakan sebagai peralatan standard.
  • Lengan ayun baru yang lebih ringan sebanyak 5 kg.

  • Lampu hadapan LED dwi-kanta dikekalkan
  • Tangki bahan api berkapasiti 12.8 liter.

Boon Siew Honda menawarkan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km, mengikut mana yang terdahulu. Untuk maklumat lanjut, sila klik https://hondabigbike.com.my/model/crf250-rally/ atau https://boonsiewhonda.com.my/product/crf250-rally/ dan lawati cawangan Honda BigWing atau Honda Impian X yang berhampiran dengan anda. Pelanggan juga boleh menghubungi mereka melalui nombor talian bebas tol di 1-800-88-3993.

Galeri foto

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube