Bikesrepublic

Berita Terkini

Marc Marquez telah menjadi juara MotoGP 2025, yang juga merupakan kali ketujuh beliau menyandang gelaran juara di dalam siri itu.

Marc telah menamatkan perlumbaan utama di litar Motegi, Jepun di tempat kedua di belakang rakan sepasukannya dari pasukan pengilang Ducati, Franceso “Pecco” Bagnaia. Mereka juga telah menamatkan perlumbaan Sprint pada hari Sabtu di tempat yang sama.

Namun Marc hanya perlu menamatkan perlumbaan dengan kutipan mata yang melebihi adiknya Alex Marquez yang menunggang untuk pasukan Gresini Ducati bagi menjadi juara. Akhirnya, Marc telah mengutip sebanyak 541 mata secara keseluruhannya setakat ini, 201 mata di hadapan Alex yang berada di tempat kedua keseluruhannya. Alex tidak dapat lagi mengejar Marc, walaupun masih ada baki lima pusingan seterusnya.

Kejuaraan Marc bermaksud ia ialah penematan tungguannya selama 2,184 hari untuk menjadi juara dunia semula. Kali terakhir dia menjadi juara ialah pada 2019, sebelum patah lengan kanannya pada 2020. Setelah itu, dia telah menjalani empat pembedahan bagi mengubatinya, serta mengalami lebih daripada 100 kemalangan di atas litar apabila bergelut dengan jenteranya ketika dia belum sembuh 100 peratus.

Kemenangan perlumaan di Jepun ini merupakan yang kedua tahun ini buat Bagnaia, setelah beliau berhempas-pulas bagi menserasikan dirinya kepada jentera Ducati GP25 yang baharu sepanjang tahun. Dia akhirnya mendapat nasihat membuat setup motosikalnya daripada penunggang Ducati dan juga juara dunia yang lalu, Casey Stoner, justeru dapat memenangi kedua-dua perlumbaan di pusingan kali ini.

Telah beberapa tahun sejak motosikal Kawasaki Z1000 terakhir dijual – tepatnya pada tahun 2020. Kini ia kembali, dan lebih besar sebagai Kawasaki Z1100 SE dan Z1100 bagi tahun 2026.

Model baharu ini mengekalkan rupa Sugomi model sebelumnya, tetapi penanda aras yang menunjukkan ia adalah model baharu ialah peredam ekzos yang lebih “ramping”. Namun, ia masih besar bagi mematuhi piawaian emisi Euro 5+.

Berita baiknya ialah Z1100 baharu ini mempunyai beberapa penyemakan bawah hood.

Ciri-ciri
  • Enjin baharu mempunyai piston, spring injap dan aci sesondol baharu.
  • Ia menghasilkan 134 hp pada 9,000 RPM dan 112.5 Nm pada 7,600 Nm, jelas menunjukkan ia ditujukan untuk penunggaan jalanan.
  • Kotak gear kini dilengkapi dengan klac slip dan assist.
  • Kini terdapat pendikit ride-by-wire, yang seterusnya membolehkan mod penunggaan dan kawalan pelayaran.
  • Unit pengukuran inersia (IMU) mengendalikan ABS dan kawalan traction yang sensitif kepada sudut kecondongan.
  • Skrin TFT 5 inci baharu dengan sambungan Bluetooth juga dipasang.
  • Daripada segi varian, Kawasaki Z1100 SE (2026) menampilkan fork Showa berwarna emas, monoshock Öhlins S46 dengan pelaras prabeban di belakang, kaliper monoblock Brembo dengan hos brek keluli, dan dilengkapi dengan skema cat yang berbeza.
  • Kawasaki mendakwa kedua-dua varian mempunyai berat yang sama, walaupun agak berat pada 221 kg.
  • Edisi standard ditawarkan dalam warna Ebony/Metallic Carbon Gray, manakala SE boleh didapati dalam warna Metallic Matte Graphenesteel Gray/Metallic Matte Carbon Gray dengan roda hijau.
  • Harga di UK untuk Kawasaki Z1100 SE 2026 ialah £12,699 (RM71,872.78) dan Kawasaki Z1100 standard 2026 ialah £11,099 (RM62,817.23).
  • Pesaing utama motosikal ini sepatutnya Honda CB1000 SP, yang dijual pada harga £9,999 (RM56,591.54) di UK, dan RM69,999 di Malaysia.

Honda Gold Wing menyambut ulang tahun ke-50 pada 2025 dan pengeluar telah melancarkan skema warna edisi khas bagi meraikannya. Kini, model Honda GL1800 Gold Wing 50th Anniversary (Edisi Ulang Tahun Ke-50) telah tiba di Malaysia.

Motosikal ini dilancarkan secara rasmi oleh Boon Siew Honda (BSH) hari ini, setelah membuat penampilan sulung di Malaysia Autoshow pada bulan Mei lepas . BSH juga menyerahkan kunci kepada pemilik-pemilik pertama di Malaysia.

Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1975 sebagai GL1000 dengan enjin empat silinder mendatar, Gold Wing telah berkembang selama bertahun-tahun menjadi model enam silinder mendatar 1833cc seperti sekarang. Kemaskini lengkap terakhir dilakukan pada 2018 yang menyaksikannya mendapat suspensi depan jenis ‘girder fork’ dan transmisi klac berkembar (DCT) Honda.

Kedua-dua varian Gold Wing (2025) iaitu standard dan Tour telah menerima kemaskini – termasuk dua kemasan cat baharu yang diilhamkan dari model-model terdahulu. Antaranya ialah kombinasi warna Eternal Gold dan Bordeux Red Metallic, yang mengambil inspirasi dari varian GL1500 tahun 1988 – dengan lencana khas yang turut menandakan ulang tahun istimewa ini.

Selain itu, sistem ekzos kini mempunyai sensor O2 (oksigen) tambahan, dan unit kawalan enjin (ECU) telah diselaraskan bagi memastikan enjin 124.7hp ini mematuhi peraturan Euro5+. Pembeli boleh memilih antara pilihan transmisi manual atau DCT.

Penghormatan lanjut terhadap mercu tanda ini termasuklah lencana Gold Wing pada kunci dan paparan TFT 7-inci, yang dilengkapi dengan emblem Ulang Tahun Ke-50 dan ‘Since 1975’.

BSH telah menetapkan harga 2025 Honda GL1800 Gold Wing 50th Anniversary (2025) bermula dari RM222,888 dan akan boleh didapati di pengedar Honda Big Wing di seluruh negara.

Galeri foto

Honda ADV350 sememangnya merupakan salah satu skuter paling popular di Malaysia, selain di banyak negara lain. Skuter ini telah menerima beberapa kemas kini signifikan untuk tahun 2025 berbanding model sebelumnya pada 2022. Justeru, untuk tahun 2026, Honda ADV350 hanya memperkenalkan kemas kini warna baharu.

Jika anda terlepas pandang, model tahun semasa dilengkapi dengan pelbagai ciri hebat seperti:

  • Enjin satu silinder 330cc yang ditala untuk mematuhi piawaian Euro 5+.
  • Ia menghasilkan 29 hp dan 31.4 Nm tork.
  • Dengan menggunakan teknologi eSP+ Honda, kecekapan bahan api ditingkatkan bagi mencapai jarak sehingga 330 km daripada tangki 11.7 liter.

  • Ciri-ciri kemudahan lain termasuk ruang penyimpanan bawah tempat duduk yang besar bersaiz 48 liter dengan lampu dalaman, yang turut dilengkapi soket pengecasan tambahan untuk telefon/peranti.
  • Terdapat satu lagi soket pengecasan telefon/peranti di kompartmen atas sebelah kiri.
  • Ciri-ciri elektronik termasuk penghidup tanpa kunci, skrin TFT yang serasi dengan telefon pintar iOS dan Android, Sistem Lampu Berhenti Kecemasan, dan banyak lagi.

Terdapat empat pilihan warna baharu yang dipanggil, Mat Pearl Cool White, Mat Coal Black Metallic, Pearl Falcon Grey, dan Iridium Gray Metallic. Oleh sebab ia hanya kemas kini warna, anda tidak perlu risau jika sudah menempah model 2025.

Mahkamah Rayuan menyarankan agar Projek Lebuhraya Usahasama Bhd (PLUS) memasang lampu jalan di sepanjang bahagian lebuh raya yang gelap di Lebuhraya Utara-Selatan, selepas mengekalkan liabiliti syarikat itu dalam kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang motosikal.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim mendapati bahawa syarikat konsesi itu dan kontraktor penyelenggaraannya, Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Bhd (Propel), gagal mengambil langkah munasabah untuk memastikan keselamatan jalan raya.

Mahkamah memutuskan bahawa rondaan berkala oleh PlusRonda setiap 45 hingga 50 minit adalah tidak mencukupi, terutamanya pada waktu malam di kawasan yang kurang pencahayaan di mana bahaya tidak dapat dikesan tepat pada masanya.

Keputusan ini menyusuli sebuah kemalangan pada tahun 2018 berhampiran Taiping yang mengakibatkan penunggang motosikal Azizi Zakaria, 27 tahun, melanggar sebuah jongkak roda untuk trak dan treler di lebuh raya tersebut. Kemalangan itu meragut nyawa Azizi.

Ibu bapa Azizi, Zakaria Hamid dan Gayah Dochik, mendakwa PLUS dan Propel atas alasan kecuaian.

Mahkamah Sesyen sebelum ini mendapati syarikat-syarikat tersebut 80 peratus bersalah, dengan 20 peratus kecuaian sumbangan dibahagikan kepada Azizi.

Ibu bapanya dianugerahkan RM57,600 untuk kehilangan saraan dan RM3,000 ganti rugi khas. Mahkamah Tinggi kemudiannya mengesahkan liabiliti tersebut dan meminda jumlah saraan kepada RM500 sebulan berdasarkan bukti sumbangan bulanan Azizi kepada keluarganya.

Faizah, yang menulis keputusan sebulat suara, menyatakan PLUS mempunyai tanggungjawab statutori di bawah Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Swasta) 1984 untuk mengekalkan lebuh raya dalam keadaan baik.

“Kami berpendapat bahawa tindakan yang munasabah dalam keadaan sedemikian adalah untuk PLUS memasang lampu jalan pada jarak, misalnya, 300 meter atau jarak lain yang difikirkan sesuai, selaras dengan amalan kejuruteraan yang mantap.

“Tambahan pula, dengan pengenalan lampu jalan tenaga suria, perbelanjaan operasi dijangka dapat dikurangkan dengan ketara berbanding sistem pencahayaan berkuasa konvensional.

“Kami tidak bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh PLUS dan Propel bahawa penubuhan PLUSRonda untuk meronda sepanjang 800km lebuh raya itu merupakan langkah mengambil semua tindakan munasabah untuk memastikan keselamatan pengguna.

“PLUSRonda meronda lebuh raya menggunakan kenderaan besar. Di bahagian lebuh raya yang tidak diterangi, tanpa lampu jalan, kakitangan PLUSRonda hanya akan dapat melihat apa yang berada di atas jalan di hadapan kenderaan mereka,” katanya dalam alasan penghakiman bertarikh 11 Sept.

Mahkamah rayuan tersebut berkata tanggungjawab PLUS untuk menjaga di bawah undang-undang common terhadap pengguna lebuh raya untuk mengekalkan lebuh raya dalam keadaan baik dan selamat adalah tidak boleh didelegasikan.

Mahkamah menambah bahawa walaupun PLUS telah mewakilkan tugasnya untuk mengekalkan dan membaiki lebuh raya kepada Propel, ia masih bertanggungjawab atas kecuaian Propel yang mengakibatkan kerosakan atau kecederaan kepada pengguna lebuh raya.

Rakyat Malaysia boleh mula membuat semakan kelayakan subsidi petrol RON95 melalui inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan, mulai jam 9 pagi ini.

Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini dibuka untuk semakan profil kelayakan dan baki penggunaan subsidi bulanan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata semakan dilakukan secara automatik menggunakan nombor kad pengenalan tanpa perlu pendaftaran baharu.

  • Subsidi petrol RON95 disasarkan kepada rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memandu aktif.
  • Had kelayakan subsidi ditetapkan sebanyak 300 liter sebulan, berdasarkan dapatan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
  • Harga subsidi kekal pada RM1.99 seliter, manakala harga pasaran tanpa subsidi adalah sekitar RM2.60 seliter.
  • Penggunaan melebihi kuota akan dikenakan harga pasaran semasa.
  • Pemandu e-hailing boleh memohon tambahan kuota melalui portal yang sama.
  • Pembayaran boleh dibuat menggunakan tunai, kad kredit/debit, atau e-dompet.
  • Resit transaksi akan memaparkan nilai subsidi yang ditanggung kerajaan serta amaun sebenar yang dibayar pengguna.

Kerajaan menjangkakan penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun melalui pemansuhan subsidi pukal, yang akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan BUDI95 di 1300-88-9595 mulai jam 9 pagi ini.

Kami telah mencuba laman web tersebut. Pengarang ini mempunyai lesen memandu yang masih hidup dan oleh itu dikira layak. (Tangkap layar di bawah.)

Pengarang ini turut mencuba dengan memasukkan nombor kad pengenalan isteri dan dia tidak layak kerana tidak mempunyai lesen memandu. (Tangkap layar di bawah.)

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube