- Sebuah majalah permotosikalan terkenal di Jepun telah mengeluarkan satu lakaran imej yang didakwa merupakan gambaran sebuah motosikal retro Kawasaki Z900RS.
- Motosikal retro yang baru dari Kawasaki itu dikhabarkan akan dijana oleh enjin yang sama yang boleh didapati pada motosikal Kawasaki Z900 ABS dengan penggayaan berilhamkan motosikal legenda Kawasaki Z1.
- Satu-satunya motosikal retro yang ditawarkan oleh Kawasaki adalah motosikal W800 yang mana ianya diangap oleh sesetengah pihak sebagai biasa-biasa sahaja dan agak hambar namun dengan motosikal Z900RS ini ia tampak bagai satu tambahan baru yang dapat menghangatkan lagi kategori motosikal retro.