Artikel oleh: Sep Irran
- Motosikal Honda Rebel 500 2017 adalah sebuah motosikal bobber buatan Jepun yang praktikal, dilengkapi dengan enjin 471cc yang sama boleh didapati pada model saudaranya, CBR500R.
- Dengan rupa yang menggiurkan dan prestasi yang baik, motosikal Rebel 500 tampak amat hebat sewaktu perjalanan berulang alik ke tempat kerja mahu pun tunggangan santai di hujung minggu.
- Ditetapkan pada harga RM31,798.94, ianya bukanlah motosikal yang paling sempurna tetapi tidak syak lagi sebuah motosikal yang paling menarik untuk dimiliki pada masa ini.