Bikesrepublic

BM

Modenas Ninja 500 ABS dan Modenas Ninja 500 SE telah dilancarkan di Malaysia.

Kedua-dua model menggunakan enjin 451cc, selari kembar, DOHC, penyejuk cecair yang menghasilkan 44.8 hp @ 9,000 RPM dan tork 42.6 Nm pada 6,000 RPM. Jarak 3,000 RPM antara tork maksimum dan kuasa bermakna enjin ini fleksibel semasa menunggang, membolehkan “kuasa di mana-mana” dalam julat rev.

Modenas/Kawasaki mendakwa bahawa rangka model ini diilhamkan oleh Ninja 250 untuk kekompakan dan pengendalian. Bersama dengan tangki bahan api 14 liter, Modenas Ninja 500 mempunyai berat curb yang didakwa sebanyak 171 kg. Komponen rangka lain termasuk fork hidraulik 41mm di hadapan, dengan monoshok di belakang. Brek dikendalikan oleh cakera tunggal 310mm yang dicengkam oleh kaliper dua piston di hadapan dan brek cakera tunggal di belakang.

Perbezaan antara Modenas Ninja 500 ABS standard dan Modenas Ninja 500 SE terhad kepada ciri-ciri dan kosmetik tertentu. Yang pertama mempunyai skrin LCD dengan sambungan telefon pintar manakala yang kedua mempunyai skrin TFT berwarna penuh, juga dengan sambungan telefon pintar.

Pilihan warna dan harga jualan adalah Hitam sahaja untuk versi standard, pada harga jualan RM 28,100; manakala SE boleh didapati dalam warna Lime Green (gambar utama), dan Hitam/Merah pada harga jualan RM 30,100. Kedua-dua harga adalah tanpa insurans dan cukai jalan.

Jualan Suzuki semakin meningkat dari tahun ke tahun sejak kemerosotan pada tahun 2020, dan mencapai yang terbaik dalam 15 tahun terakhir pada tahun 2024.

Angka-angka ini dipaparkan di laman web MotorCycleData, yang menjejak pendaftaran motosikal baharu di 90 negara. Laman web ini hanya mengambil kira pendaftaran motosikal dan bukannya yang diinvois oleh pengeluar.

Menurut mereka, kira-kira 2.1 juta motosikal Suzuki didaftarkan pada tahun 2024, mewakili peningkatan sebanyak 6.1%.

Dari segi wilayah, Eropah Barat mencatatkan peningkatan sebanyak 23.4%, Amerika Latin juga mencatatkan peningkatan sebanyak 23.4%, manakala Eropah Timur menyumbang peningkatan yang sangat besar iaitu 140.2%.

Bagi negara individu, jualan meningkat sebanyak 157% di Turki, 59% di Bangladesh, 47.1% di Jerman, 36.8% di Argentina, 30.5% di Perancis, 17.3% di India, dan 5.4% di Colombia.

Walau bagaimanapun, jualan menurun sebanyak 25.4% di China.

Laman web itu tidak mendedahkan model mana yang paling laris. Suzuki kini merupakan pengeluar motosikal ketujuh terbesar di dunia:

  1. Honda;
  2. Hero Motor;
  3. Yamaha;
  4. Bajaj Auto;
  5. TVS Motor;
  6. Yadea;
  7. Suzuki;
  8. Haojue;
  9. KTM;
  10. CFMoto.

Suzuki GSX-S1000GX – Juara Keseluruhan, Tourer Terbaik 2025

Harley-Davidson Malaysia memulakan tahun 2025 dengan peluang menarik bagi peminat motosikal. Dari sekarang sehingga 31 Mac 2025, penunggang boleh menikmati tawaran eksklusif sehingga RM19,000 apabila membeli model Softail terpilih tahun 2024, menjadikan ini masa yang tepat untuk memiliki sebahagian daripada pengalaman legenda Harley-Davidson.

Di bawah kempen terhad masa ini, pelanggan boleh mengambil kesempatan daripada tawaran eksklusif berikut:

  • Breakout 117 – Penjimatan sehingga RM19,000
  • Low Rider ST 117 – Penjimatan sehingga RM15,000

Menambah keseronokan, Harley-Davidson Malaysia akan menganjurkan Harley Night 2025 pada 14 Mac 2025, mempamerkan Motosikal Harley-Davidson Edisi Koleksi 2024, termasuk Softail Standard, Fat Bob 114 & Sport Glide. Harley Night 2025 juga akan meraikan Fat Boy 114 ikonik dengan pengumuman khas. Peminat dan penunggang dijemput untuk menyertai pengalaman yang tidak dapat dilupakan ini di pengedar Harley-Davidson berautoriti terdekat.

Harley Night 2025 akan berlangsung di semua pengedar Harley-Davidson berautoriti di Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Kota Kinabalu. Sama ada anda seorang penunggang Harley yang lama atau baru kepada jenama ini, acara ini menjanjikan malam penuh persaudaraan dan keseronokan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Model Tahun 2024 Softail dan Harley Night 2025, lawati pengedar Harley-Davidson rasmi terdekat anda hari ini.

Petaling Jaya: https://harleypj.com/

Kuala Lumpur: https://route77harley.com/

Pulau Pinang: https://harleypenang.com/

Johor Bahru: https://harleyjb.com/

Kota Kinabalu: https://www.harley-davidsonkotakinabalu.com/

Kamax adalah satu lagi jenama yang telah mendapat sambutan di Malaysia, terutamanya dengan siri Cub mereka, yang diilhamkan oleh Honda Cub asal. Kini, telah disahkan bahawa Kamax Cub X akan datang ke Malaysia juga.

Kamax Cub X adalah berdasarkan model Cub Pro, kemudian dibuang bahagian yang dianggap tidak perlu seperti tempat duduk penumpang, pelindung kaki, dan pelindung rantai untuk menjadikannya sebagai cub pengembaraan. Sebaliknya, pelindung lumpur depan yang lebih besar dan panjang dipasang. Rodanya pula menggunakan jenis spoke wayar, berbanding jenis aloi tuang seperti pada model Super Pro.

Enjinnya juga nampaknya diilhamkan oleh Honda Cub, iaitu enjin silinder tunggal mendatar dengan penyejukan udara, walaupun dengan kapasiti 147.5cc. Ia menghasilkan 9.1 hp (6.8 kW) pada 7,500 RPM dan 10.5 Nm pada 5,000 RPM. Ia menggunakan sistem suntikan bahan api (fuel-injected), bukan karburetor. Kuasa disalurkan melalui klac emparan (‘centrifugal‘) dan transmisi empat kelajuan.

Pada bahagian casis, rangkanya menggunakan tiub keluli jenis ‘underbone’. Ia dilengkapi dengan brek cakera di depan dan belakan, fork hidraulik di depan, dan dua penyerap hentakan di belakang. Ciri-ciri lain termasuk lampu LED dan tangki bahan api berkapasiti 3.8 liter. Kamax mendakwa berat basah motosikal ini adalah 110kg.

MForce Bikes Sdn. Bhd. telah mengesahkan bahawa Kamax Cub X akan dibawa ke Malaysia, dan akan dijual pada harga RM 8,888. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kamaxgroup.com.

 

BMW Motorrad Malaysia telah mengumumkan harga rasmi untuk BMW R 12 2025, bermula dari RM 119,500 (di atas jalan tanpa insurans).

Bagi mengimbas kembali, BMW R 12 yang baharu ini menggunakan enjin Boxer 1170cc (dua silinder mendatar) yang menghasilkan 95hp pada 6,500 RPM dan 110Nm pada 6,000 RPM, berbanding enjin Boxer 1800cc yang disejukkan udara/minyak yang digunakan oleh R 18. Model asas R 12 ini mengambil bentuk kruiser, bukannya standard, dengan roda depan 19 inci dan roda belakang 16 inci.

Dari Siaran Rasmi

BMW Motorrad Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi untuk All-New BMW R 12, tambahan terkini dalam barisan Heritage mereka.

All-New BMW R 12 menggabungkan warisan klasik dengan inovasi moden, memberikan pengalaman menunggang yang autentik yang merangkumi semangat #MakeLifeARide. Sebagai bukti semangat BMW Motorrad untuk evolusi, roadster Heritage ini menampilkan enjin R boxer ikonik, memberikan pengendalian yang lancar dan responsif sama ada di lebuh raya atau jalan-jalan desa yang berliku. Ia menggabungkan estetika retro dengan teknologi canggih, menjadikannya motosikal yang sempurna untuk penunggang yang menghargai pesona klasik sambil menginginkan keseronokan dan inovasi.

Perkhidmatan Kewangan

Dengan Pelan Pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan All-New BMW R 12 bermula dari RM1,668 (berdasarkan anggaran Pembiayaan Garis Lurus dengan pinjaman 90% selama 7 tahun). Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan dengan Program Minyak Enjin Premium Termasuk, Servis Termasuk dan Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program-program ini, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit RM 119,500 adalah di atas jalan (tanpa insurans), dengan Program Waranti 3 Tahun Baharu dan Program Bantuan Jalan Raya 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

BMW R 12 (2025) Dilancarkan di Malaysia

Pirelli disahkan akan mengambil alih sebagai pembekal tayar tunggal daripada Michelin untuk kejuaraan MotoGP bermula 2027.

Siri perlumbaan motosikal elektrik, MotoE, juga akan menggunakan tayar Pirelli dari saat itu dan seterusnya.

Perjanjian dengan badan pentadbir MotoGP akan meliputi tempoh lima tahun sehingga 2031. Pirelli sudah menjadi pembekal tayar tunggal untuk kelas Moto3 dan Moto2, selepas mengambil alih dari Dunlop sejak tahun lalu. Langkah ini menyaksikan masa pusingan menurun dengan ketara serta perlumbaan yang lebih rapat.

Pirelli telah menjadi pembekal tayar untuk Kejuaraan World Superbike selama bertahun-tahun. Selain perlumbaan motosikal, Formula 1 juga menggunakan tayar Pirelli, menjadikan syarikat itu sebagai pembekal untuk peringkat tertinggi perlumbaan bermotor.

Sebaliknya, Dunlop adalah pembekal tayar tunggal untuk kategori Superstock dalam Kejuaraan Dunia Ketahanan FIM.

Walau bagaimanapun, kami mengesyaki ia tidak akan menghalang sesetengah orang daripada merungut untuk membawa kembali jenama tertentu. Sebelum ini, apabila Bridgestone pertama kali masuk ke MotoGP, ramai yang mengatakan Michelin lebih baik. Kemudian, apabila Michelin kembali, mereka mengatakan Bridgestone lebih baik. Ia akan menarik untuk melihat jenis komen apa yang akan muncul seterusnya.

X-Wedge, jenama ‘super cruiser‘ dari China, bakal memasukki pasaran motosikal Malaysia.

Tidak seperti pengeluar China lain yang membina perniagaan mereka daripada motosikal berkapasiti kecil sebelum bercimpur di dalam pasaran motosikal besar, X-Wedge menumpukan perhatian pada kruiser dengan enjin besar yang diilhamkan oleh enjin V-Twin Amerika berkapsiti tinggi, walaupun lebih mirip dengan motosikal Indian berbanding Harley-Davidson. X-Wedge membuat penampilan sulung mereka pada 9 September 2023 dan merupakan anak syarikat Kumpulan Perindustrian Huansong yang berpusat di Chongqing, China, yang telah menjalankan perniagaan sejak tahun 1988.

Katalog mereka diperkukuh dengan barisan 5 model, di mana empat daripadanya menggunakan enjin V-Twin 2000cc. Enjin gergasi ini dikatakan berasal dari S&S, pengeluar enjin V-Twin berprestasi tinggi yang digunakan oleh pengeluar motosikal kustom seperti Titan (yang sudah muflis) dan juga Orange County Motorcycles.

Enjin ‘big block‘ X-Wedge (istilah kami untuk membezakannya dengan enjin yang lebih kecil – Pengarang) mempunyai dimensi silinder yang jarang ditemui, iaitu gerek 108 mm x lejang 108 mm. Apabila didarabkan dengan dua silinder, anda akan mendapat 1979cc. Seperti konvensyen kruiser, enjin ini dilengkapi dengan injap OHV (‘overhead valves‘) yang diaktifkan oleh ‘pushrod‘. Enjin ini dikatakan menghasilkan 103 HP pada 5,000 RPM dan 158 Nm tork pada 3,000 RPM. Itu adalah julat kuasa yang sesuai untuk sebuah motosikal kruiser.

Walaubagaimanapun, nisbah mampatan agak rendah untuk enjin moden, iaitu hanya 9.75:1. Adakah pengeluar merancang untuk menggunakan pengecas seperti turbo atau meningkatkan lejang pada masa hadapan, atau menyediakan ruang untuk pelanggan melakukannya? Mungkin. Walauapapun, nisbah mampatan yang rendah ini bermakna anda boleh menggunakan petrol oktan rendah, jadi tiada masalah jika anda menunggang ke lokasi terpencil.

Selain itu, yang tidak kurang mengagumkan ialah X-Wedge sudah mempunyai koleksi pasaran selepas dan gaya hidup yang besar. Kedai konsep utama mereka juga termasuk sebuah Ace Café.

Barisan motosikal X-Wedge

Ranger RX2000

Bermula dengan kruiser asas ialah Ranger RX2000. Ia menampilkan rekabentuk rendah dan jarak roda panjang yang sinonim dengan sebuah kruiser, dengan gaya ‘hardtail‘, serta beberapa sentuhan moden. Model dalam gambar kami menunjukkan skema cat yang lebih sporty, tetapi laman web syarikat memaparkan motosikal dengan banyak bahagian krom. Ia dikuasakan oleh enjin ‘big block‘. Bahan api dibawa dalam tangki 18 liter dan motosikal ini mempunyai berat 350 kg.

Rover RL2000

Ini adalah varian jelajah jauh berdasarkan model Ranger. Ia dilengkapi dengan fairing atas yang besar, pelindung kaki, papan kaki, kotak sisi, kotak atas dengan sandaran belakang dan sandaran tangan untuk penumpang. Ia mempunyai tangki bahan api 18 liter dan beratnya 420 kg.

Vanguard VT2000

Ia berdasarkan model Rover RL2000, tetapi dengan dua roda belakang, menjadikannya sebuah ‘trike‘. Seperti dua model lain, ia menggunakan enjin ‘big block‘, mempunyai tangki 18 liter dan beratnya mencecah 505 kg.

Voyager VS2000

Pada asasnya, ini adalah Ranger RX2000 dengan kereta sisi. Oleh itu, ia berkongsi spesifikasi yang sama dengan Ranger. Beratnya dikatakan 490 kg.

Walker WR1000

Walker WR1000 menampilkan rekabentuk yang jauh berbeza daripada barisan kruiser X-Wedge, dengan penampilan futuristik dan dua roda depan seperti Cam-Am. Ia dikuasakan oleh enjin V-Twin 121 inci padu (975cc) yang menghasilkan 81 HP dan 80 Nm tork. Kuasa dihantar ke roda belakang melalui tali sawat, setelah melalui transmisi CVT. Dan ya, ia mempunyai gear undur.

Model-model yang akan ke Malaysia

Kami mendapat maklumat bahawa tiga model yang akan datang ke Malaysia adalah Ranger RX2000, Rover RL2000, dan Vanguard VT2000. Ketiga-tiga model ini akan diimport dalam bentuk ‘Completely Knocked Down‘ (CKD) dan dipasang di sini, oleh itu harga permulaan yang menarik sekitar RM 90,000. Pengedar tempatan, MForce Bikes Sdn. Bhd., merancang untuk membuka kedai konsep di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, dan Sarawak.

Galeri foto

Cyclone RA600 turut dilancarkan bersama scrambler retro RE600 dan skuter RT3e.

Sementara RE600 mengambil bentuk scrambler retro, RA600 adalah bobber/cruiser retro dengan beberapa sentuhan futuristik. Kedua-duanya berkongsi enjin parallel-twin 550cc yang sama yang menghasilkan 58 HP dan 55 Nm tork. Begitu juga, rangka dan brek adalah sama, walaupun RA600 mempunyai brek cakera tunggal dengan kaliper brek depan J.Juan yang sama.

Selain itu, RA600 mempunyai bahagian hadapan yang berbeza dengan gaya ‘girder,’ posisi tempat duduk, dan penempatan kaki. Tambahan pula, motosikal ini menggunakan pemacu akhir tali sawat berbanding rantai pada RE600. Roda pula berukuran 16 inci di kedua-dua hujung untuk memberikan sikap menunggang yang rendah. Terdapat pelarasan untuk “fork.”

Tangki bahan api memuatkan 14.5 liter, pencahayaan menggunakan LED, manakala elektronik termasuk ABS dwi-saluran dan sistem kawalan traction.

Galeri foto

Cyclone RE600 turut dilancarkan bersama skuter Cyclone RT3e.

MForce sebenarnya melancarkan dua model berdasarkan platform 600cc dalam acara yang sama. Salah satunya adalah RE600 scrambler retro ini dan RA600 bobber retro. Mereka juga melancarkan motosikal pengembaraan RX650.

Oleh itu, RE600 dilengkapi dengan enjin parallel-twin 550.5cc yang menghasilkan 58 HP pada 8,500 RPM dan 55 Nm tork pada 6,500 RPM. Kelajuan maksimum didakwa mencapai 170 km/j. Sistem kawalan traction (TCS) disediakan sebagai standard.

Rangkanya terdiri daripada bingkai tiub keluli, fork terbalik di bahagian hadapan, dan monoshock di bahagian belakang. Tugas memberhentikan motosikal dikendalikan oleh brek cakera berkembar di hadapan dan brek cakera tunggal di belakang. Brek tersebut disokong oleh ABS. Kedua-dua roda berukuran 17 inci.

Ciri-ciri lain termasuk lampu hadapan LED bulat, bersama lampu belakang LED, dan isyarat belok. Seperti motosikal moden, panel instrumennya adalah skrin TFT berwarna penuh.

Bahan api disimpan dalam tangki besar berkapasiti 20 liter, dan ketinggian tempat duduk adalah rendah pada 800 mm.

Galeri foto

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan skuter Cyclone RT3e baru-baru ini.

Cyclone adalah jenama premium motosikal di bawah Zongshen Industrial Group. Kumpulan ini terutamanya membina lokomotif di negara asal mereka.

Cyclone RT3e diposisikan sebagai skuter “moden klasik” dengan penampilan vintaj dan ciri-ciri kontemporari.

Kuasa disediakan oleh enjin satu silinder 247cc, DOHC, empat injap, EFI, penyejukan cecair, dan empat lejang, yang menghasilkan 24.8 HP (19.5 kW) pada 7,500 RPM dan 24.5 Nm pada 6,500 RPM. Sebagai perbandingan, angka-angka ini lebih tinggi daripada yang dihasilkan oleh enjin Yamaha XMax 250.

Pada bahagian rangka, roda berukuran 12 inci di kedua-dua hujung. Brek cakera digunakan di bahagian hadapan dan belakang, dibantu oleh ABS. Motosikal ini juga dilengkapi dengan sistem kawalan traksi (TCS).

Perlu diingatkan bahawa lembaran spesifikasi mendakwa tangki minyak berkapasiti 10 liter, berlainan dengan RT2e yang menggunakan tangki 13 liter. Namun, ketinggian tempat duduk 750mm dan berat kering 162kg kedengaran baik.

Pencahayaan menggunakan LED di semua bahagian dengan butang yang diterangi lampu latar, serta panel instrumen digital.

Cyclone RT3e dilancarkan pada harga RM 12,888. Kini, ia sudah boleh didapati di pengedar-pengedar Cyclone di seluruh negara.

Galeri foto

Triumph sekali lagi memecahkan rekod jualan, dengan 134,635 motosikal dijual di seluruh dunia pada tahun 2024, yang turut merupakan peningkatan sebanyak 64% berbanding tahun 2023. Ini juga merupakan kali pertama jenama tersebut menjual lebih daripada 100,000 unit dalam sejarah 122 tahun mereka.

Ini merupakan tahun kelima berturut-turut Triumph mencapai rekod tertinggi, mewakili peningkatan sebanyak 123% sejak tahun 2019. Pertumbuhan jualan yang berterusan ini tercermin dalam pengembangan rangkaian pengedar syarikat yang kini mencapai lebih daripada 950 pengedar global, iaitu peningkatan sebanyak 46%.

Triumph Speed 400 – Modern Classic of the Year 2025 (Below 500cc)

Meneliti pencapaian penting mereka pada tahun 2024, Triumph menyatakan bahawa rekod jualan tersebut banyak didorong oleh kemasukan mereka ke dalam pasaran motosikal bawah 500cc, yang telah menarik minat penunggang baharu kepada jenama tersebut. (Tidak mengejutkan!) Kejayaan ini disebabkan oleh pelancaran model Speed 400 dan Scrambler 400 X yang dibangunkan sebagai tindak balas kepada permintaan global yang semakin meningkat untuk motosikal berkapasiti lebih kecil.

Triumph melaporkan bahawa pertumbuhan terbesar dicapai di India, di mana jualan motosikal 400cc menyumbang secara besar kepada jumlah 29,736 unit yang dijual di negara tersebut. Pengeluar itu tidak memberikan butiran terperinci, tetapi melaporkan bahawa pasaran lain seperti Brazil, Kanada, dan AS turut menonjol dengan peningkatan jualan sebanyak 44% berbanding tahun 2023. Walaupun pasaran Eropah mencatatkan pertumbuhan yang lebih kecil iaitu 18%, Triumph mengesahkan bahawa Eropah kekal sebagai wilayah terbesar bagi jenama tersebut.

Triumph Tiger 900 GT Pro – Adventure Bike of the Year 2025 (Above 800cc)

Kami mempunyai rangkaian model baharu yang kukuh yang akan menjadikan produk kami terus berkembang untuk menarik minat lebih ramai penunggang,” kata Ketua Pegawai Komersial Triumph, Paul Stroud. “Oleh sebab itu, kami terus merancang dengan cita-cita tinggi, meramalkan pertumbuhan progresif yang berterusan, yang akan membawa lebih ramai pelanggan kepada jenama Triumph dalam tahun-tahun mendatang.”

Tayar Pirelli sentiasa dikaitkan dengan motosikal berprestasi tinggi di jalan raya dan litar. Walaubagaimanapun, satu kekurangan yang ketara ialah rangkaian tayar untuk motosikal kruiser. Oleh itu, tayar Pirelli Diablo Powercruiser telah dilancarkan pada Daytona Bike Week yang baru-baru ini.

Membina tayar yang sesuai untuk motosikal berkelajuan tinggi dan berprestasi tinggi adalah satu perkara, tetapi motosikal kruiser menghasilkan tork yang lebih banyak pada kelajuan yang lebih rendah dan mempunyai berat yang lebih besar. Memasang satu set tayar Diablo Super Corsa atau Rosso Corsa IV akan menyebabkan tayar tersebut cepat rosak, apatah lagi ia boleh menjadi bahaya.

Oleh itu, Pirelli telah menggunakan kepakaran mereka dalam bidang sukan ‘supersport’ untuk mencipta tayar Pirelli Diablo Powercruiser baharu ini. Tayar ini perlu menangani tekanan dinamik yang lebih tinggi, sama ada ketika condong, membrek, atau memecut, sambil memberikan tahap cengkaman yang tinggi dalam apa jua keadaan.

Saiz radial belakang direka dengan dua kompaun, diperkaya dengan silika (sangat baik untuk cengkaman basah dan jarak ketahanan), dan digabungkan dengan teknologi Cap & Base yang menyediakan kompaun lateral yang lebih lembut. Seperti beberapa produk lain dalam rangkaian Pirelli, tayar ini berubah bentuk dan menyesuaikan diri dengan cara motosikal dipandu, yang bermaksud ia dikatakan bertindak balas dengan sewajarnya mengikut kelajuan motosikal, memberikan lebih banyak cengkaman apabila diperlukan.

Untuk meningkatkan dinamik pengendalian, bahagian tengah tayar Powercruiser baharu ini lebih berbentuk ‘tajam’ berbanding beberapa produk lain. Pirelli mendakwa dapat meningkatkan perubahan arah yang pantas, manakala bahagian bahu yang lebih rata menawarkan tahap cengkaman yang lebih baik ketika membelok.

Walau bagaimanapun, seperti yang dapat dilihat dari jadual di bawah, tahap kelajuan tertinggi adalah “V” untuk kelajuan maksimum 240 km/j (pada tekanan dan beban maksimum).

Saiz tayar merangkumi saiz rim dari 16 hingga 21 inci untuk roda depan, dan dari 16 hingga 18 inci untuk roda belakang. Lebar tayar belakang dalam rangkaian baharu ini meliputi rim dengan bahagian 150 hingga 260.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube