Kamax adalah satu lagi jenama yang telah mendapat sambutan di Malaysia, terutamanya dengan siri Cub mereka, yang diilhamkan oleh Honda Cub asal. Kini, telah disahkan bahawa Kamax Cub X akan datang ke Malaysia juga.
Kamax Cub X adalah berdasarkan model Cub Pro, kemudian dibuang bahagian yang dianggap tidak perlu seperti tempat duduk penumpang, pelindung kaki, dan pelindung rantai untuk menjadikannya sebagai cub pengembaraan. Sebaliknya, pelindung lumpur depan yang lebih besar dan panjang dipasang. Rodanya pula menggunakan jenis spoke wayar, berbanding jenis aloi tuang seperti pada model Super Pro.
Enjinnya juga nampaknya diilhamkan oleh Honda Cub, iaitu enjin silinder tunggal mendatar dengan penyejukan udara, walaupun dengan kapasiti 147.5cc. Ia menghasilkan 9.1 hp (6.8 kW) pada 7,500 RPM dan 10.5 Nm pada 5,000 RPM. Ia menggunakan sistem suntikan bahan api (fuel-injected), bukan karburetor. Kuasa disalurkan melalui klac emparan (‘centrifugal‘) dan transmisi empat kelajuan.
Pada bahagian casis, rangkanya menggunakan tiub keluli jenis ‘underbone’. Ia dilengkapi dengan brek cakera di depan dan belakan, fork hidraulik di depan, dan dua penyerap hentakan di belakang. Ciri-ciri lain termasuk lampu LED dan tangki bahan api berkapasiti 3.8 liter. Kamax mendakwa berat basah motosikal ini adalah 110kg.
MForce Bikes Sdn. Bhd. telah mengesahkan bahawa Kamax Cub X akan dibawa ke Malaysia, dan akan dijual pada harga RM 8,888. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.kamaxgroup.com.