Bikesrepublic

Yamaha Melabur Lebih Banyak Dalam Teknologi Tiga Roda; Memperoleh Paten Brudeli Leanster

  • Yamaha Motor Japan telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh beberapa buah paten motosikal tiga roda yang menakjubkan dari Brudeli Tech.
  • Syarikat yang bertapak di Norway tersebut memberikan tumpuan besar kepada teknologi automotif dan kenderaan Brudeli Leanster mereka adalah bukti pencapaian mereka.
  • Pemerolehan ini menunjukkan yang Yamaha benar-benar berminat dalam membangunkan lagi pelaburan mereka bagi usaha tiga roda mereka susulan pelancaran Yamaha Niken di EICMA 2017.

Yamaha telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh beberapa buah paten dari syarikat yang bertapak di Norway, Brudeli Tech, yang membuat pengkhususan dalam segmen ‘leaning vehicle’, terutamanya dengan motosikal Leanster mereka. Pengemaskiniannya akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat selepas pelancaran Yamaha Niken atau MWT-9 sewaktu pertunjukan EICMA di Milan, Itali pada tahun lalu.

Brudeli Leanster 654L (Sumber imej: Rune Baashus)

Pengumuman ini menunjukkan yang Yamaha benar-benar berminat untuk melaburkan dana mereka bagi pembangunan segmen tiga roda mereka. Dengan kemunculan Yamaha Niken (yang mana secara asasnya adalah sebuah Yamaha MT-09 dengan tiga roda) yang akan dilancarkan dalam masa yang terdekat, paten dari kenderaan Brudeli Leanster 654L dan 625L tersebut pasti akan dapat membantu dengan program masa hadapan Yamaha untuk model Niken yang berkuasanya itu.

Brudeli Leanster 625L (Sumber imej: Rune Baashus)

Menurut Geir Brudeli, pemilik Brudeli Tech Holding AS, “Saya melihatnya sebagai satu penghormatan yang menakjubkan memandangkan Yamaha telah memutuskan untuk memperoleh teknologi ini, yang telah kami mula bangunkan di Norway. Mengetahui akan kebolehan, pengetahuan dan semangat yang ada pada Yamaha, ia akan pasti mengujakan untuk melihat produk masa hadapan mereka.”

Brudeli Leanster 625L dan 654L (Sumber imej: Rune Baashus)

Syarikat yang bertapak di Norway itu memberi tumpuan yang besar dalam pembangunan teknologi baru terutamanya dalam industri automotif. Setakat ini, mereka telah menghasilkan pelbagai inovasi dengan menghasilkan beberapa buah teknologi transmisi dan suspensi yang unik dan pada masa yang sama, berkesan. Jadi, ianya bukan satu kejutan apabila Yamaha Motor Japan telah menunjukkan minat dengan memperoleh beberapa buah paten yang menarik dari mereka.

Dijana oleh enjin DOHC tiga selari, 847cc, yang diambil daripada model popular mereka, Yamaha MT-09, enjin berkenaan dilengkapi dengan pelbagai teknologi prestasi terkini Yamaha yang menonjolkan ciri terbaik bagi kedua-dua motosikal dua dan empat silinder.

Digandingkan dengan beberapa kelengkapan yang revolusinari, terutamanya pada bahagian casis dan suspensi, motosikal Niken tersebut adalah sebuah motosikal di mana seluruh dunia tidak sabar untuk mencubanya, walaupun dengan maklum balas yang bercampur baur (terutamanya kerana rupanya yang revolusinari itu).

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube