Bikesrepublic

BMW Menayangkan Video Usikan BMW F 850 GS 2018

 

  • BMW Motorrad telah menayangkan sebuah video usikan yang tampak seperti sebuah motosikal BMW F 850 GS 2018 terbaru.
  • Motosikal GS kelas pertengahan terbaru ini akan dilengkapi dengan pelbagai ciri yang dikemaskini berbeza seperti enjin yang lebih besar dan casis aluminium serba baru.
  • Video ini juga menunjukkan yang motosikal ini akan dilengkapkan dengan paparan TFT baru yang kemungkinan mirip seperti apa yang boleh didapati pada motosikal BMW R 1200 GS.


EICMA 2017 sudah semakin hampir dan pengeluar terbaru yang menayangkan sebuah lagi video usikan bagi mengujakan penggemar permotoran di luar sana adalah sebuah video yang menayangkan motosikal BMW F 850 GS 2018 terbaru. Dan bila kami katakan ianya baru, kami maksudkan BARU.

Dengan tujuan untuk menggantikan jentera BMW F 800 GS yang masih lagi berkebolehan, BMW Motorrad memutuskan yang mereka mampu melakukan yang lebih baik lagi dengan jentera dwi-sukan terbaru ini. Jadi, cara terbaik untuk melakukannya adalah untuk mengambil pakej yang sudah pun lengkap ini dan mereka bentuk semula jentera ini dari mula bagi meletakkannya jauh di hadapan pesaingnya di dalam pasaran.

Berdasarkan pada namanya itu, motosikal GS kelas pertengahan ini akan menggunakan enjin yang lebih besar yang mana kita boleh andaikan menghasilkan lebih banyak kuasa kuda dan tork. Ini akan memastikan prestasi yang dipertingkatkan di kedua-dua jalan berturap dan tidak berturap. Pakar-pakar dalam industri ini juga ada mengatakan yang motosikal ini mungkin menggunakan aturan pembakaran yang berbeza sama sekali bagi mempertingkatkan perwatakan V-berkembar pada motosikal F 850 GS terbaru ini.

Bagi mengekalkannya ringan dan lincah, BMW Motorrad akan menggunakan casis aluminium baru berdasarkan gambar intipan yang telah diperoleh pada awal tahun sewaktu mereka menguji motosikal ini. Ini bermakna yang tambahan terkini untuk rangkaian GS ini akan mempunyai pengendalian dan ketangkasan yang lebih baik, atas jasa kerangka barunya itu (pada anggapan kami).

Dengan cogan kata “Stay Hungry for More”, video ini juga telah menayangkan skrin TFT serba baru yang kami fikir adalah paparan yang sama yang digunakan pada motosikal BMW R 1200 GS 2017 yang telah diperkenalkan baru-baru ini. Seperti kebanyakan paparan TFT yang berada di pasaran, ianya akan membolehkan navigasi maklumat dan aturcara motosikal yang lebih baik, dan semestinya, pautan Bluetooth.

Video usikannya itu cukup ringkas namun cukup untuk membuatkan kami teruja menantikan hari pelancarannya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jentera dwi-sukan terbaru dari BMW ini sudah pasti akan menarik minat ramai lagi penunggang kembara ke kancahnya dan jika ianya diletakkan pada tahap harga yang tepat, pastinya ia akan menjadi pilihan penunggang di Malaysia yang ingin mendapatkan motosikal yang dapat menangani sebarang keadaan jalan sama ada berturap atau pun tidak berturap, dengan penuh bergaya dan berprestasi.

Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan