Bikesrepublic

Vespa Primavera 150, Sprint 150 Dan GTS 300 Super Sport 2018 Dilancarkan Dari RM15,600

  • Naza Premira Sdn. Bhd. dengan secara rasminya telah melancarkan Vespa Primavera 150, Sprint 150 dan GTS 300 Super Sport.
  • Ke semua model yang diperkenalkan bersempena dengan acara “Sneaker-lah” ini telah dilengkapi dengan pengemaskinian gaya dan ciri yang tersendiri.
  • Model-model Vespa 2018 ini telah ditetapkan pada harga bermula dari RM15,600 hingga RM28,000 (harga runcit yang disyorkan, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans).

Pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn. Bhd., dengan secara rasminya telah melancarkan tiga buah model Vespa 2018 yang mengujakan. Bersempena dengan acara “Sneaker-lah”, model Vespa Primavera 150, Vespa Sprint 150, dan Vespa GTS 300 Super Sport 2018 telah diperkenalkan di hadapan hadirin yang bergaya, moden dan ranggi.

Menurut Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Group, Automotive Group, Naza Corporation Holdings, “Vespa Primavera, Sprint, dan GTS Super Sport baharu telah dibentuk sempurna dengan gaya, keselesaan. keselamatan, dan keteguhan, yang mana menjadikannya sesuai untuk ditunggangi bagi mengharungi lalulintas Malaysia yang sesak.”

VESPA PRIMAVERA 150 2018 – RM15,600

Salah sebuah Vespa moden yang paling ikonik setakat ini sudah pasti adalah Vespa Primavera yang memberi penghormatan kepada model pertama yang telah diperkenalkan pada tahun 1968. Melambangkan kebebasan bergerak di kalangan belia remaja, ianya dianggap sebagai salah sebuah skuter paling laris dalam sejarah Vespa.

Model 2018 ini tiada bezanya, di mana ia masih menjiwai ke semua perwatakan hebat semangat Primavera dengan suntikan teknologi permotoran yang menakjubkan diterapkan dalam pakejnya. Primavera baharu ini didatangkan dengan ciri ‘tie’ yang tersendiri di bahagian hadapan bersama dengan lambang krom yang terletak pada madgad hadapannya.

Untuk mempertingkatkan lagi rupa premium skuter, Vespa turut melengkapkannya dengan roda aluminium lima jejari 12 inci yang direka baharu untuk kestabilan, keselamatan, dan pengalaman penunggangan yang lebih baik. Keselamatannya juga telah dipertingkatkan dengan penambahan teknologi pencahayaan LED baharu yang boleh didapati pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang Vespa Primavera 150 2018 ini, beserta dengan sistem ABS satu saluran pada bahagian hadapannya.

Dijana oleh enjin i-Get satu silinder, empat lejang, 150cc moden, model Primavera 150 dan Sprint 150 mampu menghasilkan sehingga 12.7hp pada 7,750rpm dan 12.8Nm tork pada 6.500rpm. Jumlah ini cukup sesuai sekali bagi menangani jalan raya bandar yang sesak dengan mudah dan penuh bergaya. Enjin patuh Euro4 itu juga bermakna yang ianya mesra alam sekitar dan mempunyai kecekapan bahanapi yang menakjubkan.

Naza Premira Sdn. Bhd. telah menetapkan harga bagi Vespa Primavera 150 2018 pada harga RM15,600 (harga runcit yang disyorkan tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans) dan disediakan dalam tiga pilihan warna; Beige Metallic, Nero Vulcano, dan Monto Bianco.

Pemilik Vespa Primavera juga boleh mengkhususkan skuter milik mereka mengikut citarasa masing-masing dengan rangkaian luas aksesori bergaya yang mempertingkatkan keselesaan penunggangan seperti ‘top box’, penyandar belakang, reraup atas, dan rak bagasi hadapan dan belakang bersadur krom. Peranti anti-kecurian elektronik dan peranti anti-kecurian pelana – palang pemegang mekanikal juga boleh didapati bagi memberikan ketenangan minda buat pemilik.

VESPA SPRINT 150 2018 – RM16,400

Inginkan Vespa moden yang lebih ‘sporty’? Vespa Sprint 150 2018 adalah pilihan anda! Melambangkan kebebasan, dinamik, dan pengembaraan, skuter Vespa paling muda dalam rangkaian ini telah direka untuk keseronokan, kestabilan, dan pengendalian maksimum untuk perjalanan harian anda.

Serupa seperti Vespa Primavera 2018, Sprint 150 ini juga didatangkan dengan roda aluminium 12 inci rekaan baharu, teknologi pencahayaan LED yang dipertingkatkan, dan ‘tie’ kosmetik serba baharu pada bahagian hadapannya. Model Sprint ini juga telah dilengkapi dengan enjin i-Get 155cc yang sama seperti model Primavera 2250, yang mana ianya menawarkan tahap kestabilan yang lebih tinggi dan yang lebih penting lagi, reliabiliti.

Vespa Sprint juga didatangkan dengan rangkaian luas aksesori untuk pengkhususan termasuklah ‘top box’ khas, penyandar belakang, penghadang angin yang dikhususkan dengan logo Vespa dan madgad hadapan dan belakang krom, dilengkapi dengan roda aloi aluminium dua-warna dan grafik “Sport”. Untuk kemudahan para pemilik, peranti anti kecurian elektronik dan peranti anti-kecurian pelana – palang pemegang juga boleh didapati untuk Vespa Sprint ini.

Vespa Sprint 150 2018 ini boleh didapati pada harga bermula dari RM16,400 dan disediakan dalam empat pilihan warna berbeza; Matt, Monte Bianco, Rosso Dragon, dan Grigio Titantio.

VESPA GTS 300 SUPER SPORT 2018 – RM28,000

Ingin lebih kuasa? Sesuatu yang lebih kekar? Jika jawapannya adalah ‘ya’, apa yang anda perlukan adalah Vespa terbesar dalam rangkaian hari ini. Ianya tidak lain dan bukan adalah Vespa GST 300 Super Sport 2018 baharu, dan ianya akan membawa anda ke merata tempat tanpa sebarang keraguan.

Disuntik dengan satu dos besar keyakinan, gaya, dan status, model GTS 300 Super Sport ini adalah salah sebuah versi GTS yang paling ‘agresif’, dan pada masa yang sama masih mempamerkan tahap keanggunan dan ciri estetik yang menawan seperti ‘tie’ atau ‘cravatta’ baharu, grafik khusus, dan pelana hitamnya yang terkenal itu.

Enjin Quasar satu silinder, 300cc-nya itu mampu menghasilkan sehingga 20.9hp pada 7,750rpm dan 22Nm tork maksimum pada 5,000rpm, menjadikannya amat berkebolehan untuk menakluki perjalanan jarak jauh, serta perjalanan melalui bandaraya yang sesak. Ciri-ciri keselamatan juga telah dipertingkatkan dengan ABS dwi-salurannya yang eksklusif, kawalan cengkaman ASR, dan juga bermacam-macam lagi.

Pemilik Vespa GTS Super Sport juga boleh mengkhususkan skuter mereka dengan rangkaian luas aksesori yang disediakan, seperti ‘top box’ yang dicat, pelindung kaki, pelindung ‘outdoor vehicle’, dan peranti anti-kecurian pelana – palang pemegang. Untuk kemudahan tambahan, skuter GTS Super Sport juga telah dilengkapi dengan sistem pembukaan jarak jauh elektrik pada pelananya, ‘bike finder’ dan palam USB untuk pengecasan mudah telefon pintar dan juga peranti elektronik yang lain.

Untuk harganya pula, Naza Premira Sdn. Bhd. telah menetapkannya pada harga bermula dari RM28,000 dengan dua pilihan kemasan warna yang berbeza; Red Matt, dan Grigio Titanio. Ke semua model telah sedia dipamerkan di wakil pengedar rasmi Vespa di seluruh negara.

Naza Premira Perkenalkan Tiga Buah Model Vespa Edisi Terhad – Vespa 946 (RED), Vespa Sprint Carbon, dan Vespa Sei Giorni!

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan