Bikesrepublic

T-Fork Tiruan Ancam Nyawa – MIROS

Seorang penunggang maut selepas terbabit kemalangan dengan motosikal jenis Yamaha Y15ZR, baru-baru ini.

Menerusi info dikongsikan laman Facebook Polis Pahang, kejadian berlaku ekoran fork depan patah secara tiba-tiba lantas menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas.

Hasil siasatan kemudiannya mendapati modifikasi telah dilakukan terhadap bahagia t-fork dan fork depan dengan menggantikan bahagian asal kepada komponen ‘aftermarket’ jenis aluminium.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim, menjelaskan bahawa t-fork asli menawarkan ketahanan yang tinggi dan menepati piawaian.

Namun, berbeza kisahnya bagi komponen ‘aftermarket’ yang tidak mempunyai pensijilan sah di samping tidak menepati piawaian.

“Hasil analisis MIROS menunjukkan statistik kemalangan sendiri libatkan motosikal adalah sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal di Malaysia,” jelasnya

Khairil juga menegaskan tindakan mengubahsuai komponen motosikal antaranya fork depan, saiz tayar dan membuang brek mengundang kemudaratan kepada penunggang. –BERNAMA

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan