Bikesrepublic

Suku Kedua 2022 Makin Hampir, Apa Cerita Modenas Ninja 250?

Umum sedia maklum bahawa Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah diumumkan mengambil alih sebagai pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia.

Jalinan kerjasama itu termeterai setelah Kawasaki Heavy Industries (KHI) meningkatkan ekuiti saham dalam Modenas dari 19 peratus kepada 30 peratus pada 2019.

Saham KHI juga boleh meningkat kepada 48 peratus menerusi pembelian 52 juta unit saham keutamaan boleh tukar.

Oktober tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan memaklumkan bahawa syarikat itu akan kembali merancakkan kerjasama dengan Kawasaki bermula 2022.

*Modenas Ninja 250

Ketika ditemui sewaktu berlangsungnya sesi Track Day Modenas Bersama Media, Roslan memberitahu bahawa model yang pernah ditayangkan sebelum ini, Modenas Ninja 250 akan dilancarkan sekitar hujung suku pertama 2022.

*CEO Modenas, Roslan Roskan (empat dari kanan).

Malaysia kini telah pun memasuki bulan terakhir Suku Pertama 2022 dan hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Suku Kedua bermula.

Bagaimanapun, sehingga kini perkabaran mengenai Ninja 250 yang dijenamakan semula itu masih tidak kelihatan walaupun kilang di Gurun telah pun mempersiapkan fasiliti untuk pemasangan model Kawasaki seperti yang dilaporkan sebelum ini.

*Kawasaki Versys 650 2022

Menurut info yang diperolehi sebelum ini, Modenas akan menjenamakan semula beberapa model Kawasaki dari 250 hingga 650cc. Bagaimanapun, kami dimaklumkan ketika itu bahawa perkara itu masih lagi dalam perbincangan.

*Modenas Karisma 125S

Setakat ini, Modenas telah membuka tirai 2022 dengan melancarkan skuter kompak, Karisma 125S yang dijual pada harga RM5,397.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan