Bikesrepublic

Ramai Peminat Sukan Permotoran Di Malaysia, F1 Perlu Kembali – Tun M

 

“Kerajaan mahu mengembalikan Formula 1 di Malaysia, tetapi saya tidak pasti sama ada tahun depan atau tahun berikutnya,” demikian kenyataan dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lollipop man Formula 1 (Sumber imej: www.i1.wp.com)

Malaysia bercadang untuk mengembalikan sukan permotoran berprestij itu ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas kali terakhir muncul negara penganjur pada dua tahun lalu.

Menurut laporan The Star, kerajaan sedang cuba untuk mengembalikan F1 di Sepang kerana terdapat ramai peminat sukan permotoran di Malaysia apatah lagi sukan tersebut telah melahirkan ramai pelumba muda.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir turut yakin penganjuran semula F1 mampu menarik lebih ramai penonton.

“Kita mampu menarik lebih ramai pengunjung, kehadiran 100,000 pengunjung akan menjadikan segalanya berbaloi.

“Bukan itu sahaja, penganjuran F1 juga akan disiarkan diseluruh dunia dengan lebih 200 juta penonton sekaligus dapat mengiklankan Malaysia ke seluruh dunia,”jelasnya.

Kontrak penganjuran F1 telah ditamatkan pada 2017 – ketika itu di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube