Bikesrepublic

Pacuan Akhir: Rantai, Tali Sawat, Atau Aci

  • Pacuan akhir adalah pengagih kuasa dari enjin ke roda belakang.
  • Tiga jenis yang paling biasa digunakan adalah rantai, tali sawat, dan aci pandu.
  • Setiap satu mempunyai kelebihan serta kelemahan masing-masing.

Pacuan akhir adalah komponen yang mengagihkan kuasa ke roda belakang. Terdapat tiga jenis pacuan akhir yang paling kerap digunakan pada motosikal, iaitu rantai, tali sawat, dan aci.

Di sini kami akan terangkan tentang bukan sahaja bagaimana setiap satu daripadanya berfungsi, tetapi, kelebihan serta kelemahannya juga.

RANTAI

Pacuan rantai adalah kaedah yang paling kerap diguna pakai bagi memacu roda belakang motosikal. Malah, ianya merupakan kaedah pacuan kereta pada suatu ketika dahulu, selepas pacuan tali sawat, dan masih digunakan bagi memacu go-kart pada hari ini.

Walaupun rantai “roller” telah dipatenkan oleh Hans Renold pada tahun 1880, Leonardo Da Vinci telah melakarkannya sewaktu abad ke-16 lagi. Semenjak itu, ianya telah digunakan bagi pelbagai aplikasi transmisi kuasa, namum, ianya paling dikenali sebagai pemacu motosikal kerana penggunaan rantai tersebut pada motosikal boleh dilihat dengan mudah oleh mata kasar.

Rantai yang bersih dan dijaga rapi memastikan yang ianya mampu mengagihkan sehingga 98% kuasa enjin dengan kehilangan kuasa parasitik yang amat kecil. Selain itu, ia mampu menangani jumlah kuasa dan tork yang tinggi.

Kelebihan

Mudah untuk dipasang dan digantikan. Langkah yang terbaik sekali adalah untuk menggantikan rantai, gegancu hadapan dan juga belakang pada masa yang sama, namun roda belakang tidak perlu dibuka sekiranya penunggang memilih untuk menggantikan rantai sahaja. Prinsip yang sama digunakan sekiranya rantai putus.

Pengubahan nisbahnya juga cukup mudah. Anda rasa enjin anda ‘rev’ terlalu tinggi dan gegarannya mengganggu anda sewaktu kelajuan penunggangan kegemaran anda? Pilih sahaja penggearan akhir lebih tinggi dengan menggunakan gegancu belakang yang lebih kecil, atau gegancu hadapan yang lebih besar (Lebih elok untuk menggunakan gegancu hadapan yang lebih besar berbanding gegancu belakang yang lebih kecil, sekiranya boleh). Perlu lebih pemecutan di atas litar? Gegancu belakang yang lebih besar boleh membantu.

Kekurangan

Penyelenggaraan yang kerap: Rantai memerlukan lebih penyelenggaraan berbanding dengan tali sawat dan aci. Ia perlu dibersihkan dan dilincirkan semula, selalunya pada setiap 400km, selain daripada pembetulan berkala. Tahap ketahanan sebuah rantai bergantung kepada pelbagai pembolehubah, di mana yang paling penting adalah tahap penjagaannya. Penjagaan rantai itu sendiri adalah satu pembolehubah kerana penunggang berbeza menggunakan pelincir dan agen pembersih yang berbeza.

Kotor. Membersihkan rantai itu sendiri meupakan satu tugas yang kotor, dan oleh sebab itu, kebanyakan penunggang mengambil keputusan untuk tidak menghiraukannya. Menyembur terlalu banyak pelincir akan menyebabkannya terpercik di merata-rata tempat di bahagian belakang motosikal, mahu pun penunggang.

Jangka hayat yang pendek. Berbanding dengan tali sawat dan aci

TALI SAWAT

Pacuan tali sawat pada zaman ini secara amnya digunakan oleh pengeluar motosikal cruiser sahaja seperti Harley-Davidson dan Indian Motorcycles.Terdapat juga beberapa motosikal cruiser Jepun yang menggunakan pacuan tali sawat ini, tetapi ianya masih dalam jumlah yang kecil.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kelebihan

Penyelenggaraan yang ringkas. Tali sawat boleh dibersihkan dengan hanya menyembur bersih kotorannya. Ia tidak perlu untuk dilincirkan.

Pengoperasian yang mudah. Tali sawat agak senyap bunyinya, lebih-lebih lagi jika dibandingkan dengan rantai yang tidak diperbetulkan, dilincirkan atau pun yang sudah berusia. Tali sawat juga tidak memercikkan pelincirnya dan mengotorkan motosikal dan penunggang.

Senggang masa antara penyelenggaraan yang panjang. Sebagai contoh, Harley-Davidson mengesyorkan yang pacuan tali sawat diganti pada 90,000km (60,000 batu). Tali sawat yang mempunyai rekahan perlulah digantikan dengan lebih segera, namun, tidak dapat dinafikan, perbatuannya cukup tinggi sekali.

Kekurangan

Sukar untuk dipasang. Menggantikan pacuan tali sawat pada sebuah Harley-Davidson memerlukan lengan ayun, penutup luaran utama dan penutup dalaman utamanya ditanggalkan. Jadi, sekiranya ianya perlu digantikan, prosesnya akan memakan masa.

Sukar untuk mengubah penggearannya. Panjang sesebuah tali sawat itu bergantung pada saiz takal standard yang disyorkan. Ini bermakna anda perlu menggantikan tali sawatnya sekiranya anda ingin mengubah saiz takalnya. Dan untuk menggantikan tali sawatnya bermakna anda sekali lagi perlu tanggalkan lengan ayunnya. Dengan erti kata lain, ianya satu proses yang memakan masa.

Mahal. Tidak dinafikan, pacuan tali sawat memang mahal. Namun, ianya satu gantian bagi jumlah berapa banyak rantai dan gegancu yang akan digunakan sebuah motosikal sepanjang 90,000km.

ACI PANDU

Kuasa diagihkan ke roda belakang melalui aci pandu, seperti sebuah kereta pacuan roda belakang. Aci serta pembezanya selalunya dikedapkan, dengan pembezanya dimandikan dengan minyak atau bendalir.

Kelebihan

Kos penyelenggaraan yang rendah. Ianya mungkin sekali ciri terbaik sebuah aci pandu. Senggang masa pertukaran pelincir atau bendalir bagi pembezanya selalunya tidak disenaraikan masuk oleh pengeluarnya, tetapi, ada pemilik yang menukarnya pada setiap 40,000km.

Pengoperasian yang ringkas. Senyap dan tidak kotor. Fenomena “Shaft jacking” telah diselesaikn oleh kebanyakan pengeluar.

Kekurangan

Penggearannya tidak boleh ditukar. Sejujurnya, ianya boleh dilakukan, namun, kerja-kerja penukaran tersebut adalah begitu ekstensif dan mahal yang ianya tidak praktikal.

Mahal. Jika bahagian utamanya rosak.

Jadi, inilah di antara jenis-jenis pacuan akhir yang biasa digunakan pada motosikal. Ada lagi pacuan yang lain seperti magnet dan motor arus terus, namun ianya untuk lain masa. Kami akan mendalami setiap sistem tersebut di masa yang akan datang.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube