Bikesrepublic

Motosikal KTM 790 Duke “The Scalpel” 2018 Dilancarkan Secara Rasmi!

  • KTM 790 Duke, “The Scalpel” telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
  • KTM Malaysia berasa amat teruja kerana mereka kini telah mempunyai sebuah model bagi mengisi jurang antara model 690 Duke dan 1290 Super Duke R.
  • Kumpulan pertama motosikal tersebut sudah pun habis terjual.

Setelah penantian sekian lama, KTM Malaysia telah memperkenalkan model KTM 790 Duke, yang juga lebih dikenali sebagai “The Scalpel”, pada 4 Julai 2018, buat para warga media di bilik pameran “Lifestyle Showroom” mereka di Kota Damansara.

Kami telah pun menerbitkan satu artikel sorotan awal sebelum pelancaran ini. Sila tekan pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KTM 790 Duke 2018: Pandangan Pertama “The Scalpel”

Model KTM 790 Duke ini bakal mengisi jurang yang ada di antara model 690 Duke dan model ‘supernaked’ 1290 Super Duke R dalam rangkaian motosikal naked Duke, yang bermula dengan model 125 Duke (tidak terdapat di Malaysia).

KTM 1290 Super Duke R

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, model 790 Duke ini adalah hasil dari penyelidikan yang ekstensif, kerana KTM ingin membina sebuah motosikal yang sesempurna mungkin. Untuk kajian dan penyelidikan bagi model 790 Duke ini, mereka telah menggunakan seramai 250 tenaga kerja, 111,111 jam kerja, 604,800km jarak ujian ketahanan ‘dyno’. 900,000km jarak ujian ketahanan jalan raya, 28 buah motosikal prototaip dan uji, dan sejumlah tiga tahun bagi menyempurnakannya.

Menjana model 790 Duke ini adalah enjin Twin selari, sejukan cecair, 8 injap, DOHC, 799cc, LC8c yang serba baharu. Penggunaan enjin Twin selari ini adalah pertama seadanya dalam sejarah KTM. KTM menginginkan sebuah motosikal yang ringan, kompak, dan pada yang masa, cukup berkuasa, dan oleh itu, mereka menggunakan enjin LC8c, dan bukannya membesarkan lagi gerek model 690 Duke semasa mahu pun memuatkan enjin V-Twin 75° dari model 1050 Adventure.

Hasilnya, enjin yang baharu ini hanya sedikit lebih tinggi, di bahagian penutup ‘cylinder head’nya berbanding dengan motosikal KTM 390 Duke. Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas, KTM Malaysia telah mempersembahkan slaid enjin tersebut yang dibandingkan dengan enjin-enjin motosikal yang lain dalam segmennya. Kami masih lagi menghadapi kesukaran untuk mempercayai betapa kompaknya enjin baharu motosikal tersebut, walaupun setelah dilihat dengan anak mata kami sendiri!

Enjin LC8c

Enjin LC8c tersebut mampu menghasilkan sehingga 105hp pada 9,000rpm dan 87Nm pada 8,000rpm. Tork sehingga 70Nm mampu dicapai pada tahap serendah 3250rpm.

Enjin tersebut juga tampil menzahirkan pelbagai falsafah baru enjin KTM, terutamanya denga ‘split cylinder’, ‘crankcase’, dan transmisi, yang mempamerkan keringkasan dan juga memudahkan tugas membaiki serta penyelenggaraan.

Sidang media itu juga turut menjadi tempat untuk memperkenalkan brek baharu mereka, yang telah dihasilkan oleh pakar brek Sepanyol, J.Juan. KTM AG inginkan brek yang sesuai dengan perwatakan kuasa model 790 Duke ini dengan sempurna sekali, dan Brembo hanya menyediakan produk yang telah sedia ada untuk awam, dan oleh kerana itulah mereka telah mengadakan kerjasama pembangunan bersama dengan J.Juan. J.Juan adalah sebuah syarikat yang lebih kecil dan atas sebab itu, mereka mampu menghasilkan brek-brek yang mengikut keperluan yang telah ditetapkan oleh KTM.

Dan sebagai penyegar ingatan semula, motosikal ini datang dengan keseluruhan kelengkapan bantuan penunggang dan pakej elektronik KTM, termasuklah skrin TFT baharu, Quickshifter+, Motor Slip Regulation (MSR), Motorcycle Traction Control (MTC), Motorcycle Stability Control (MSC) beserta “Cornering ABS”. Mod tunggangannya terdiri dari RAIN, STREET, SPORT, dan TRACK.

KTM Malaysia juga telah mengadakan satu sesi tunggang uji ringkas buat warga media di kompaun halaman bilik pameran tersebut.

Keringanan, kelicikan, dan sifat model 790 Duke yang ramping itu cukup terserlah dengan serta merta. Terasa bagai menunggang motosikal KTM 390 Duke pula, tetapi, yang lebih berkuasa dan juga dengan brek yang jauh lebih hebat. ‘Quickshifter’nya berfungsi dengan pantas, mengawal pendikit sewaktu penunrun gear, walaupun pada rpm rendah bagi menidakkan gegaran atau penguncian roda belakang. Pemecutannya cukup pantas sekali dan suspensinya pula berada dalam zon yang cukup sempurna sekali tanpa perlu sebarang pengubahsuaian tambahan.

Kami berharap akan dapat menunggang ujinya dengan lebih menyeluruh untuk ulasan penuh yang akan datang, jadi nantikan kemunculannya nanti! Buat sementara waktu, sila tekan pautan video di bawah untuk menyaksikan Chris Fillmore mengemudi motosikal KTM 790 Duke “The Scalpel” menuju kemenangan dan mencatatkan rekod baharu di acara yang cukup mencabar dan juga merbahaya, “Pikes Peak International Hill Climb” dalam percubaan pertama jentera tersebut.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube