Bikesrepublic

MotoGP: Nombor 69 Akan Dibersarakan Sebagai Penghormatan Buat Nicky Hayden

  • Dorna akan membersarakan nombor 69 dari perlumbaan Grand Prix sebagai penghormatan buat mendiang Nicky Hayden.
  • Ia akan berkuatkuasa bermula dari pusingan MotGP Amerika Syarikat di Austin, Texas.
  • Hayden meninggal dunia pada tahun 2017 setelah dilanggar sebuah kereta sewaktu menunggang basikal di Itali.

Nombor 69 akan dibersarakan dari perlumbaan Grand Prix sebagai penghormatan buat “Kentucky Kid” Nicky Hayden. Ia akan mula berkuatkuasa bermula dari pusingan MotoGP Amerika Syarikat di Austin, Texas.

Para pesaing lain tidak akan dapat menggunakan nombor 69 sebagai nombor perlumbaan mereka.

Hayden merupakan juara MotoGP 2006, setelah mengalahkan Valentino Rossi. Perjalanan kerjaya Hayden dalam MotoGP telah membawanya dari Repsol Honda ke Ducati Team dan kembali ke pasukan Aspar Honda, sebelum berpindah ke kejohanan World Superbikes.

Namun, dunia telah dikejutkan dengan berita bahawa dia telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu menunggang basikal di Itali. Pemergiannya beberapa hari kemudian cukup sukar untuk dihadami oleh ramai peminat.

“Ianya satu penghormatan yang hebat, bagi nombor 69 Nicky untuk dibersarakan di Austin,” ujar ayah Nicky, Earl. “Ia amat cocok sekali yang ianya diadakan di pusingan perlumbaan Amerika Syarikat kerana perlumbaan ini amat bermakna buat Nicky dan dia cukup menantikan perlumbaan ini setiap tahun.”

“Bagi saya sendiri, ianya satu upacara yang cukup istimewa kerana #69 adalah nombor yang saya gunakan sewaktu saya berlumba, dan saya berasa amat berbangga menyaksikan Nicky menggunakan #69 pada motosikalnya sepanjang kerjayanya.”

“Bagi pihak keluarga kami, saya ingin mengucapkan terima kasih khas buat Dorna yang memberi penghormatan buat Nicky dalam cara yang istimewa ini di samping dengan bermacam-macam cara lain yang telah mereka lakukan bagi menyokong kami sewaktu masa yang sukar ini.”

“Dengan bangganya saya umumkan yang nombor 69 akan dibersarakan dari perlumbaan Grand Prix” ujar Carmelo Ezpeleta, Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports. “Nicky Hayden adalah salah seorang aset terbesar paddock ini dan merupakan contoh penunggang yang menakjubkan di atas litar dan juga di luarnya.”

Sumber: MotoGP

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube