Bikesrepublic

Moto2: MV Agusta Batalkan Kontrak Moto2 2019 Romano Fenati

Sumber imej: Instagram Givanni Castiglioni

Giovanni Castiglioni telah mengumumkan yang mereka akan membatalkan kontrak Romano Fenati bersama MV Agusta bagi Kejohanan Moto2 2019.
Fenati telah menimbulkan kontroversi setelah menggenggam tuil brek hadapan Stefano Manzi sewaktu GP San Marino.
Fenati telah dikenakan penggantungan sebanyak dua perlumbaan tetapi ramai yang merasakan yang dia patut diharamkan dari perlumbaan motosikal sama sekali.

Giovanni Castiglioni telah membuat satu pengumuman di laman Instagramnya, mengatakan yang MV Agusta akan membatalkan kontrak Romano Fenati bersama MV Agusta untuk Moto2 musim 2019.

Penunggang Moto2 yang panas baran itu telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat perlumbaan atas tingkah lakunya di Grand Prix San Marino semalam. Ironinya, Manzi adalah penunggang semasa bagi pasukan Forward Racing Team yang mengendalikan MV Agusta dan mengikat kontrak bersama Fenati untuk musim hadapan.

Romano Fenati Dipilih Untuk Mengemudi Jentera Perlumbaan Moto2 MV Agusta

Giovanni, anak kepada ketua Cagiva Group (pemilik jenama MV Agusta), Claudio Castiglioni, tidak berselindung kata dan menganggap tingkah laku Fenati itu sebagai “perkara paling buruk dan paling menyedihkan pernah dia lihat dalam perlumbaan motosikal,” sebelum mengatakan yang sekiranya dia berada dengan Dorna, dia sudah pasti akan mengenakan hukuman penggantungan seumur hidup ke atas Fenati.

Fenati telah dikenakan hukuman penggantungan sebanyak dua perlumbaan oleh Dorna dan FIM bermula dari pusingan yang seterusnya, tetapi, kebanyakan peminat, termasuk kami, menganggap yang hukumannya itu terlalu ringan. Bergeseran reraup adalah satu hal, tetapi, dengan sengaja menarik brek sewaktu motosikal bergerak selaju 230km/j boleh menyebabkan Manzi terpelanting ke hadapan.

Sekiranya penggantungan itu tidak cukup masuk akal, Dorna menghukum pula Manzi dengan penalti sebanyak enam tempat di GP yang seterusnya. Ada penunggang MotoGP lain yang telah melakukan kesalahan yang lebih teruk dari Manzi dan terlepas dari sebarang hukuman.

Manzi telah meluru masuk ke bahagian dalam Fenati di Selekoh Empat sewaktu mereka berdua tersasar keluar litar. Fenati membelok masuk ke bahagian apeks dan mereka berdua bertembung, hampir menyebabkan kemalangan. Bagaimana pun, mereka berdua berjaya menyelamatkan keadaan dan meneruskan perlumbaan, Fenati kemudiannya berjaya menghampiri Manzi di Selekoh Tujuh dan menarik tuil brek hadapan Manzi sewaktu mereka sedang seiringan. Manzi kemudiannya terbabas dalam satu insiden yang berasingan dua pusingan kemudian, manakala Fenati telah dibendera hitamkan untuk “penunggangan tidak bertanggungjawab”.

https://youtu.be/t3m967W4eNo

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube