Bikesrepublic

Mengurus Marquez Dan Lorenzo Satu Cabaran Besar: Repsol Honda MotoGP

Lorenzo, Marquez, Catalunya MotoGP 2018

  • Pasukan Honda MotoGP mengakui yang ianya satu cabaran besar untuk menguruskan hubungan antara kedua-dua penunggang.
  • Pengeluar itu juga akan perlu membina jentera yang sesuai sesuai bagi kedua-dua penunggang.
  • Para penggemar dan peminat dengan tekun mengikuti perkembangan ini bagi melihat kesudahannya nanti.

Pasti semua peminat sudah sedia maklum yang Repsol Honda MotoGP Team telah menandatangani perjanjian bersama Jorge Lorenzo bagi menyertai Marc Marquez bagi musim 2019. Dan kita juga sedia maklum yang lain penunggang, lain gaya penunggangannya, dan juga lain perwatakannya. Selain itu, bukannya satu rahsia yang mereka memerlukan kelengkapan yang sesuai dengan gaya penunggangan mereka.

Sering kali pengeluar akan membina jentera yang lebih sesuai dengan penunggang No. 1 pasukan – yang telah menamatkan musim sebelumnya di kedudukan lebih tinggi dari rakan sepasukannya.

Dan dengan itu, ramai penggemar sukan ini tertanya-tanya bagaimana Marc Marquez dan Honda akan mengendalikan Jorge Lorenzo apabila dia tiba dalam pasukan tersebut pada tahun hadapan dari Ducati.

Walaupun kehadiran Lorenzo akan mengisi tempat di pasukan Honda dengan dua juara kejohanan MotoGP dalam satu pasukan, kali pertama sejak Eddie Lawson sepasukan dengan Wayne Gardner pada tahun 1989, ketua pasukan Repsol Honda MotoGP, Alberto Puig, mengakui yang ianya satu cabaran hebat bagi menguruskan hubungan antara kedua-dua penunggang hebat itu.

“Sudah pasti ianya bukan mudah”, ujarnya sewaktu sidang akhbar di Sachsenring, “Tetapi, sekiranya saya mahukan sesuatu yang mudah, sudah pasti kami tidak akan mengendalikan pasukan pada tahap yang tinggi ini. Ia merumitkan, tetapi ianya satu cabaran yang sanggup kami hadapi.”

Mengenai sebab mereka menandatangani Lorenzo, Puig menjawab, “Umumnya, pasukan ini ingin memiliki penunggang terbaik, itulah falsafahnya. Apabila muncul peluang untuk mendapatkan Lorenzo, kami rebutnya dengan segera. Bagi Honda, ianya amat penting untuk menyediakan jentera terbaik yang kami mampu dan berikannya kepada penunggang yang lebih pantas.”

Bercakap mengenai jentera terbaik, Honda pasti akan tidak menang tangan dalam membina jentera yang sesuai dengan gaya penunggangan kedua-dua penunggang. Marquez menunggang dengan gaya garisan “V-shape”: brek lewat, dengan pantas tukar haluan jentera di apeks dan mendirikan semula jentera dengan awal, menggunakan kuasa enjin untuk memecut. Gaya Lorenzo pula bertentangan sama sekali: Dia menggunakan “long arc” tradisional, membrek dengan lebih awal dan membawa lebih banyak halaju selekoh, dan dengan itu, dia memerlukan paling banyak stabiliti sewaktu memasuki selekoh dan kebanyakan sudut condong.

“Kami tidak tahu jentera bagaimana yang diingini Jorge”, ujar Pengurus Besar Honda Racing Corporation (HRC), Tetsuhiro Kuwata, “Namun, sudah pasti kami akan cuba menyesuaikannya mengituk keperluannya. Dan juga Marc mempunyai pelbagai permintaan dan kami akan cuba memenuhinya.”

Encik Kuwata menidakkan dakwaan bahawa jentera RC213V semasa telah dibangunkan bersandarkan sepenuhnya pada keperluan Marc Marquez. “Kini kami membangunkannya untuk Marc dan Dani. Ianya bukan hanya untuk seorang penunggang. Jadi kami akan meneruskannya pada tahun hadapan.”

Sumber imej: MotoGP

https://www.bikesrepublic.com/2018/06/06/jorge-lorenzo-sah-sertai-honda-bagi-motogp-musim-2019-dan-2020/

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan