Bikesrepublic

Mengapa Saya Gemari Motosikal Modenas Pulsar NS200 – Sebuah Perspektif Peribadi


Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah

Kami telah pun menyiarkan sebuah ulasan tunggang uji motosikal Modenas Pulsar NS200 dan Pulsar RS200 baru-baru ini (TEKAN SINI untuk membaca artikel berkenaan), dan berasa amat kagum dengan kebolehan kedua-dua buah motosikal berkenaan.

Walau bagaimana pun, selain daripada tunggang uji rasmi, kami di MotoMalaya dan laman saudara kami, Bikes Republic, sering kali bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain mengenai motosikal-motosikal yang telah kami tunggang uji.

Kami semua amat menyukai motosikal Pulsar RS200 untuk rupa paras perlumbaannya yang amat kontemporari, namun sebenarnya, tidak ada banyak yang membezakan di antara kedua-dua tawaran terkini Modenas berkenaan. Ianya setara di mata kami semua. Penulis bagaimana pun, lebih menggemari motosikal naked Pulsar NS200 (NS di sini membawa maksud ‘Naked Sports’).

Walaupun ia tampak seperti biasa-biasa sahaja apabila berada di samping motosikal RS200, ianya tidaklah bermakna yang motosikal NS200 ini tiada tarikannya yang tersendiri. Dengan sendirinya, motosikal Pulsar NS200 ini nampak gah sekali, terutamanya apabila kita melihat pada gambar sewaktu penunggangan.

Yang pertama sekali, susuk tubuh penunggang tampak lebih menonjol di atas motosikal naked. sepelik bunyinya, secara peribadi, penulis rasakan yang motosikal perlu menekankan gabungang penunggang serta tunggangan menjadi satu entiti apabila menunggang. Salah satu tidak boleh terlampau menonjol, menenggelamkan yang lagi satu. Motosikal naked, standard, streetfighter, serta klasik sering kali menarik minat penulis disebabkan faktor ini.

Krisis pertengahan umur? Tidaklah, kerana penulis sejak kecil lagi suka akan rupa paras motosikal yang tidak ‘diselubungi’ reraup, yang mendedahkan bahagian mekanikalnya.

Ke-duanya, penulis secara peribadi merasakan yang untuk melakukan penyelenggaraan pada motosikal Pulsar NS200 ini lebih mudah. Penulis dengan mudah boleh mencapai palam pencucuh, penapis minyak, penakung minyak, gegancu pacuan akhir hadapan, dan sebagainya dengan lebih mudah kerana penulis tidak perlu menanggalkan reraup seperti mana yang perlu dilakukan untuk motosikal Pulsar RS200.

Yang ke-tiganya, dan ini adalah pendapat peribadi penulis, penulis mendapati yang motosikal yang tidak menarik minat penulis berdasarkan ‘cinta pandangan pertama’ sering kali membuatkan penulis menyukainya untuk tempoh masa yang lebih lama. Tidak syak lagi yang motosikal Pulsar RS200 tampak begitu menggiurkan, namun, motosikal Pulsar NS200 telah bermain di fikiran penulis untuk tempoh masa yang lebih panjang. Ianya seperti menyukai seseorang kerana perwatakannya dan bukannya rupa parasnya.

Yang ke-empat, anda tidak perlu terlalu risau akan kerosakan kosmetik apabila anda memiliki motosikal naked. Tidak kiralah sama ada akibat kemalangan mahu pun kerosakan akibat mekanik yang cuai apabila mereka menanggalkan dan memasang semula reraup. Tiada satu pun motosikal ber-reraup penuh milik penulis yang dalam jangka hayatnya tidak pernah kehilangan pengikat reraup, menyebabkannya terbuka, atau tertanggal satu panel.

Sebab yang ke-lima, motosikal naked Pulsar NS200 ini lebih sesuai untuk pengkhususan. Ianya sudah pun sebuah motosikal naked, jadi anda tidak perlu risau memikirkan di mana anda hendak simpan reraupnya nanti. Sepasang palang pemegang ‘clip-on‘ dengan cermin di hujung palang, set belakang perlumbaan akan membuatkan motosikal ini tampak seperti sebuah motosikal streetfighter yang sejati. Atau anda boleh melangkau tahap kovensional dengan ‘menelanjangkan’ motosikal ini dan menjadikannya kepada sebuah motosikal bobber, atau sebuah scrambler, mahu pun sebuah motosikal klasik.

Dan yang ke-enamnya, motosikal Pulsar NS200 ini mempunyai tubuh yang lebih ramping, dan ini bermakna ianya lebih mudah untuk menangani lalulintas yang amat sesak di jalan raya Kuala Lumpur.

Tetapi, bagaimana pula dengan perlindungan angin? Senang sahaja untuk mengatasi masalah ini, Pasangkan sahaja penghadang angin dan anda sudah pun siap!

Jadi, inilah sebab-sebab utama mengapa saya, pada pandangan peribadi saya sendiri, lebih menggemari motosikal naked Modenas Pulsar NS200.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube