Bikesrepublic

Kesilapan NHTSA Mendedahkan Kemunculan Kawasaki Ninja ZX-6R 2019

Kawasaki Ninja ZX-6R 2018
  • NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) tanpa sengaja telah memuatnaik satu senarai motosikal Kawasaki bagi tahun 2019 di laman sesawang mereka.
  • Di antara motosikal yang muncul dalam senarai ini adalah Ninja ZX-6R yang baharu.
  • Kami jangkakan yang motosikal untuk tahun 2019 tersebut tampil dengan pelbagai pengemaskinian bagi mengatasi pesaingnya, Yamaha YZF-R6.

Kawasaki telah menghantar satu surat yang terdiri daripada satu senarai model mereka untuk tahun 2019, termasuklah sebuah model Ninja ZX-6R baharu, kepada NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration – badan keselamatan jalan raya Amerika Syarikat) pada minggu ini. Dalam surat tersebut, Kawasaki telah menyatakan, “di mana tarikh akhir embargo bagi model-model ini adalah pada 11 Oktober 2018, kami minta agar dokumen ini tidak disiarkan dalam laman sesawang NHTSA sehinggalah selepas tarikh akhir embargo tersebut.”

Bagaimana pun, telah berlaku kesilapan dan senarai tersebut telah dimuatnaik dalam laman sesawang mereka.

Pasaran motosikal supersport 600cc pada waktu ini agak hambar, tetapi, Kawasaki telah memutuskan untuk memperkenalkan model ZX-6R ini dengan harapan untuk memberi nafas baharu dalam segmen ini.

Tarikh 11 Oktober itu adalah tarikh di mana pertunjukan AIM Expo akan diadakan di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, di mana ianya bakal membuat kemunculan pertamanya di Amerika Syarikat, seminggu selepas acara Intermot di Cologne, yang akan berlangsung dari 3 hingga 7 Oktober akan datang.

Walaupun tidak ada banyak maklumat teknikal dalam senarai tersebut, ia ada menunjukkan yang model ZX-6R 2019 itu akan dijana oleh enjin inline-Four, 636cc, yang boleh didapati pada model semasanya, dan menghasilkan sehingga 127.4hp, pengurangan sebanyak 2 kuasa kuda berbanding model semasa yang dijual di Eropah.

Pengurangan itu bertitik tolak dari piawaian ketat emisi di Amerika Syarikat. Malah, ada satu dokumen yang telah difailkan di California Air Resources Board (CARB) menunjukkan yang motosikal baharu itu bercirikan pemangkin berubah 3-cara berbanding dengan pemangkin pengoksidaan yang sedia ada. Peerubahan baharu ini mengurangkan hampir separuh emisi karbon monoksida, hidrokarbon, dan NOX model tahun 2019 ini. Ini juga bermakna yang motosikal ini mungkin sahaja memenuhi piawaian baharu Euro 5 untuk tahun 2020.

Maklumat selanjutnya masih lagi agak samar-samar, namun, kami jangkakan yang model Ninja ZX-6R tahun 2019 ini akan tampil dengan pelbagai pengemaskinian yang menyeluruh bagi mengatasi pesaingnya, Yamaha YZF-R6. Kemungkinan besar ianya bakal muncul dengan rupa bentuk, suspensi dan pakej elektronik yang baharu.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Siap Sedia Untuk Ketibaan Kawasaki Ninja ZX-6R 2019!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube