Bikesrepublic

Kawasaki Motors Malaysia Membekalkan Motosikal Perlumbaan Bagi Program SIC “Impian ke MotoGP”

 

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”.
  • Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin.
  • Kawasaki Malaysia dikenali kerana aktif bergiat dalam mendokong arena perlumbaan tempatan dan industri sukan permotoran kebangsaan.

Dalam laporan terkini kami pada hari ini, lima penunggang muda telah dipilih bagi menyertai program “impian ke MotoGP”, anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Program latihan tersebut yang akan diketuai oleh penunggang Zulfahmi Khairuddin akan bermula dalam masa beberapa minggu.

Untuk program latihan ini, Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan beberapa buah motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang mana telah ditala untuk perlumbaan. Lima penunggang berumur di antara 13 hingga 15 tahun akan menjalani satu regimen latihan yang ketat yang juga akan dibantu oleh bekas pelumba negara, Ahmad Zamani Baharuddin.

Kawasaki Motors Malaysia cukup dikenali untuk sokongan hebat mereka dalam industri sukan permotoran di dalam negara terutamanya bersama dengan para penunggang yang telah membawa kebanggaan pada negara kita. Para pelumba seperti Zulfahmi yang sekarang aktif bertanding dalam siri perlumbaan WorldSSP dan Azlan Shah Kamaruzaman yang juga juara Asia Road Racing Championship (ARRC) 2017, kedua-dua mereka mengemudi jentera perlumbaan Kawasaki Ninja ZX-6R.

Bagi program “Impian ke MotoGP” ini, Kawasaki sekali lagi menunjukkan kemurahan hati mereka dengan menyediakan motosikal 250cc untuk kegunaan latihan penunggang di bawah seliaan SIC. Dua penunggang terbaik dari program ini bakal berpeluang untuk membuktikan diri mereka di siri perlumbaan Moto3 FIM CEV Repsol di Sepanyol dan juga Asia Road Racing Championship (ARRC) serta Malaysia Superbike Championship (MSC).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai program “Impian ke MotoGP”, tekanlah pautannya di bawah ini.

Lima Penunggang Muda Terpilih Untuk Program SIC “Impian ke MotoGP”

Sumber imej: SIC

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube