Bikesrepublic

Isu Kekecohan Di Litar, KBS Arah SIC Tutup Pintu

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menjadi fokus utama minggu ini apabila terpalit dengan isu kekecohan yang berlaku sewaktu penganjuran perlumbaan drag baru-baru ini.

MUSC SIC Sepang Drag Cars Test & Tune 2021 yang dianjurkan pihak MUSC Motorsport telah terpalit dengan isu kegagalan pematuhan prosedur operasi standard dengan pihak penganjur turut dikenakan kompaun RM20,000.

Ekoran kejadian itu, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) mengarahkan SIC untuk tutup pintu daripada sebarang penganjuran perlumbaan drag buat sementara waktu.

KBS dalam satu kenyataan menyebut penangguhan itu berkuat kuasa serta merta dan hanya akan menarik balik selepas berpuas hati dengan protokal pengurusan di SIC.

Pada masa sama, penganjur perlumbaan, MUSC Motorsport turut tidak dibenarkan untuk menganjurkan sebarang kejohanan drag bukan sahaja di SIC malah di litar lain sehinggalah diberitahu kelak.

“KBS memandang serius berhubung insiden pelanggaran SOP Sukan dan Rekreasi yang ditetapkan, memandangkan KBS sedang mempergiatkan usaha untuk menghidupkan semula industri sukan yang terjejas teruk, berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Sehubungan itu, KBS berharap agar semua penggiat dan peminat sukan dapat memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab masing-masing, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan,” jelas KBS.

Bagaimanapun, KBS masih membenarkan penganjuran acara permotorarn lain di SIC namun tertakluk kepada kebenaran KBS.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube