Bikesrepublic

Efkon Asia lancar E-TAG – Alat peranti lorong SmartTAG generasi baharu!

Efkon Asia Sdn Bhd baru sahaja melancarkan alat peranti E-TAG generasi terkini yang serasi untuk penggunaan semua lorong SmartTAG di dalam Malaysia. Jenama sendiri yang dinamakan E-TAG ini dilancarkan untuk para pengguna lebuh raya yang masih ingin menikmati kemudahan lorong SmartTAG di dalam negara.

Alat peranti E-TAG generasi baharu ini telah dikemaskini dengan teknologi terkini dimana mikroprosesor dan paparan skrin kini lebih maju yang menawarkan fungsi, mudah alih, kebolehpercayaan dan juga kecekapan dari segi kos.

Alat E-TAG dari Efkon Asia boleh didapati secara online di www.lazada.com.my dan www.11street.my yang melengkapkan penjualan online alat MaxTAG dari Sigma Technology Sdn Bhd. Dengan harga jualan RM138, para pemilik alat peranti lorong SmartTAG juga akan menerimakan waranti selama setahun (tambah lagi RM15 dan tempoh waranti akan dilanjutkan kepada 3 tahun).

Harganya sedikit tinggi jika dibandingkan dengan alat yang dijual oleh pihak Touch n Go Sdn Bhd sebelum ini tetapi apa yang telah diterangkan oleh pihak Efkon Asia, alat peranti E-TAG dan MaxTAG kini lebih tahan lasak dengan adanya mikroprosesor dan paparan skrin yang baharu.

Dengan lebih 4 juta alat peranti lorong SmartTAG yang telah dijual kepada rakyat Malaysia, kita dapat lihat bahawa penggunaan lorong SmartTAG masih diminati kerana aspek kemudahalihan yang boleh dipindahkan kepada mana-mana kenderaan yang dimiliki oleh para pemilik.

Walaupun Touch n Go Sdn Bhd kini sedang menguji keberkesanan sistem RFID atau ‘Radio Frequency Identification’, ia mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk mengubah hala terus kepada penggunaan tol tanpa menggunakan mana-mana alat peranti.

Pelekat RFID dari Touch n Go

Alat E-TAG yang baharu ini juga dianggap sebuah penyelesaian yang sangat efektif dari segi kos kerana pihak-pihak lebuhraya di dalam negara masih tidak perlu ubah atau tambah infrastruktur yang baharu dalam menampungi sistem yang sedia ada.

Alat E-TAG ini juga boleh dibeli secara fizikal di beberapa stesen petrol Shell yang terpilih dan dalam masa terdekat, ia juga boleh didapati di tempat-tempat yang lain. Pihak Efkon Asia juga merupakan pembekal alat peranti SmartTAG yang sedia ada dalam model kereta terkini seperti Perodua Myvi dan Toyota Rush.

Tag RFID – masa depan plaza tol Malaysia?

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan