Bikesrepublic

2017 Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad kini di pasaran – RM5,775.94 S dan RM6,040.94 R

  • Warna hitam matte

  • Grafik baru

  • Pelekat rim “sport” berwarna merah eksklusif

Boon Siew Honda baru sahaja melancarkan Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad yang boleh didapati dalam pasaran hari ini. Keluaran edisi terhad bagi Wave Dash kali ini adalah sambugan dari sambutan meriah Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang dilancarkan pada November lepas.

Gabungan warna badan dan grafik baru telah meningkatkan penampilan santai dan bergaya Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad tersebut. Ciri baru yang lain seperti tayar tanpa tiub dengan stiker “sport” rim merah eksklusif juga memberikan wajah baru kepada jentera ini.

Edisi terhad kali ini mempunyai sistem brek dwi-cakera (bagi siri R). Bagi yang risau tentang harga minyak yang semakin meningkat, enjin 109cc dengan sistem Suntikan Bahan Api terancang (PGM-Fi) telah diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga atau “Energy Efficient Vehicle” (EEV). Dengan hanya 1.8 liter petrol, motor ini dapat bergerak sejauh 100km.

Harga yang ditawarkan bagi Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad adalah RM5,775.94 (harga asas bersama GST) bagi siri S dengan brek cakera tunggal dan RM6,040.94 (harga asas bersama GST) bagi siri R dengan brek dwi-cakera). Model ini dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000km jaminan pengeluaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad, sila layari laman web utama Boon Siew Honda atau laman Facebook mereka.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube