Bikesrepublic

Berita Terkini

Seorang netizen telah berkongsikan pengalaman menerusi laman sosial Facebook menceritakan pengalamannya berdepan pasangan warga emas yang tampak memerlukan bantuan sebelum mengetahui cerita sebenar.

Menurut perkongsian tersebut, dia terserempak dengan pasangan warga emas terbabit berdiri di tepi jalan dengan si isteri sedang memegang tongkat sementara kaki kanannya dibalut.

Kesian dengan keadaan mereka, netizen itu kemudiannya memberhentikan kenderaan untuk menawarkan pertolongan.

Warga emas itu kemudiannya memaklumkan bahawa mereka tidak berasal dari situ malah telah menunggang motosikal bersama isterinya dari Pulau Pinang sebelum motosikalnya telah dilanggar kereta lain.

Prihatin, netizen tersebut kemudiannya menawarkan pertolongan untuk tolong hantar pasangan terbabit bersama-sama motosikal mereka.

Bagaimanapun, warga emas terbabit menolak pelawaan itu sebaliknya memberitahu dia memerlukan RM150 untuk menghubungi bantuan lori penunda.

“Saya memberitahu bahawa saya tiada duit sebanyak itu kemudiannya dia meminta RM20.

“Saya mula berasa was-was apabila saya berulang kali menawarkan untuk menghantar mereka dan motosikal tersebut ke destinasi dituju tetapi dia tetap bertegas meminta RM150 untuk khidmat lori tunda,”katanya.

Selepas itu, dia dimaklumkan oleh orang lain yang lalu lalang disitu bahawa pasangan warga emas terbabit sering berlegar dikawasan sekitar dan menceritakan kisah sama bagi mendapatkan wang.

Menurut laporan World of Buzz, pasangan warga emas terbabit turut kelihatan di Hospital Serdang dan Sungai Besi dan menggunakan modus operandi sama.

(SUMBER: World Of Buzz)

Demikian kenyataan dibuat aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin, menurut laporan The Malaysian Insight.

Menurutnya, motosikal berkapasiti rendah terutamanya kapcai menjadi penyumbang kepada kemalangan dan menggesa kerajaan untuk membenarkan hanya skuter elektrik dengan kelajuan tidak melebihi 80km sejam di atas jalan raya.

“Negara lain seperti China dan Taiwan sudah haramkan motosikal kapcai,” katanya.

Hakikatnya, motosikal kapcai menjadi pilihan rakyat Malaysia tatkala menawarkan harga mampu milik berbanding motosikal dengan enjin bersesaran yang lebih besar.

Malah, harga bagi sebuah skuter juga agak tinggi apatah lagi jika jenis elektrik atau hibrid.

Bagaimanapun, Shahrim menjelaskan penggunaan skuter elektrik dapat mengelakkan daripada orang ramai menunggang dengan laju di samping lebih mesra alam.

Pada masa sama, Shahrim turut menyalahkan pengeluar motosikal ekoran menggalakkan budah berlumba.

“Walaupun pengeluar motosikal tidak promosi, remaja tetap akan ke kedai motosikal untuk diubah suai agar menjadi lebih laju,” tambahnya.

Gesaan Shahrim turut mendapat sokongan daripada Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Bakri Zainal Abidin.

Menariknya, berdasarkan statistik tahun lalu, kadar kemalangan melibatkan kereta lebih tinggi berbanding motosikal – 591,399 kereta dan 113,288 motosikal – namun angka kematian penunggang motosikal adalah lebih tinggi.

Bagaimanapun, data ini membuktikan bahawa pemandu kereta lebih cenderung untuk menyebabkan kemalangan berbanding motosikal.

Hakikatnya, penggunaan sebarang kenderaan dua roda menghadirkan peratusan kemalangan maut yang lebih tinggi ekoran tiadanya perlindungan seperti kenderaan empat roda.

Bagaimanapun, apa yang penting adalah menyuntik kesedaran terhadap pemandu dan penunggang tentang pemanduan dan tunggangan yang selamat.

Jadi wajarkah kerajaan mengharamkan motosikal bawah 250cc dengan alasan kadar kemalangan maut yang tinggi meskipun angka kemalangan dikalangan pemandu jauh lebih tinggi?

(SUMBER: The Malaysian Insight)

Kajian terbaru oleh Universiti Nottingham di United Kingdom mendapati sebab utama sesetengah pemandu kereta gagal melihat kelibat motosikal adalah berpunca daripada kehilangan ingatan jangka pendek (short term memory loss).

Bagi mereka yang pernah dilanggar atau bergesel dengan kenderaan lain, antara alasan yang sering digunakan si pemandu adalah, “Maaf saya tak nampak”.

Bagi si penunggang, kadang kala alasan itu tampak seperti tidak masuk akal namun kajian yang dilakukan ini membuktikan sebaliknya.

Menurut kajian yang dilakukan terhadap pemandu lelaki dan wanita di UK, pada awalnya kebanyakan pemandu berjaya melihat kelibat penunggang motosikal di atas jalan raya namun seakan lupa dengan kedudukan mereka sejurus selepas itu.

Pada masa sama, kajian tersebut turut mendapati kebanyakan pemandu gagal menganggar jarak di antara kereta dan motosikal sekaligus membawa kepada tercetusnya insiden yang tidak diingini.

Penyelidik kajian tersebut kemudiannya mencadangkan agar si pemandu menyebut, “Nampak motosikal, sebut motosikal” kerana dengan cara itu, otak akan menangkap dengan lebih cepat dan memberi perhatian yang lebih terhadap kedudukan motosikal.

(SUMBER: Ride Apart)

Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan barisan minyak Petronas Syntium dengan Cooltech serba baharu yang berupaya menangani kepanasan enjin yang melampau sekaligus memastikan prestasi yang optimum.

Pengalaman lebih 20 tahun dalam arena Formula 1 serta 5 kejuaraan dunia menjadikan Petronas antara peneraju dalam menghasilkan minyak enjin terbaik untuk jentera empat roda.

Barisan minyak enjin Petronas Syntium dengan Cooltech merangkumi Petronas Syntium 7000 Ultimate Series yang  turut menampilkan minyak enjin khas untuk kenderaan hibrid – Petronas Syntium 7000 Hibrid dengan Cooltech.

Antara kelebihan Petronas Syntium dengan Cooltech:

  • Lebih stabil
  • Penggunaan minyak lebih efisien
  • Prestasi enjin kekal optimum
  • Elak daripada kegagalan enjin

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif serta Timbalan Presiden Pemasaran Petronas, Dato Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Mokhtar menyifatkan minyak baharu ini memfokuskan terhadap mengoptimumkan prestasi enjin.

“Menerusi pengalaman kami dalam Formula 1 kami menghasilkan minyak yang terbaik untuk enjin petrol dan hibrid,” jelasnya.

Sementara itu, kejayaan Petronas dalam menghasilkan minyak berkualiti turut mendapat pujian daripada lima kali juara dunia Formula 1, Lewis Hamilotn.

“Petronas Syntium memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan enjin kekal dalam suhu terbaik sekaligus membantu kami merekodkan keputusan yang cemerlang.

“Kerjasama di antara pasukan teknikal selama ini cukup mengagumkan, saya rasa lega kerana mendapat satu pasukan yang terbaik dalam menyediakan minyak untuk enjin kami,” jelasnya.

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan yang direka khas untuk golongan muda yang mencari kereta berprestasi tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Dr Claus Weinder menyifatkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan sebagai kenderaan paling tepat untuk menjemput orang ramai merasai pengalaman pertama duni AMG Driving Performance.

“Kami mengangkat segala sejarah AMG ke era moden menerusi Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan,” katanya.

Keterujaan sama turut dikongsikan Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran MBM, Michael Jopp.

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan kepada pasaran Malaysia. Kami yakin dengan pemanduan dinamik dan kuasa yang ditawarkan model ini akan menarik orang ramai dalam menyelami dunia AMG,” jelasnya.

Enjin 2.0L empat silinder turbo ini menghasilkan 306hp dan 400Nm pada 3,000rpm dan mampu merekodkan 0-100km/j dibawah 4.8 saat dengan segala kuasa itu kemudiannya disalurkan menerusi sistem pemanduan all-wheel 4MATIC.

Difahamkan, model baharu ini dilengkapi dengan program AMG DYNAMIC dibawah program AMG DYNAMIC SELECT yang berfungsi untuk meningkatkan lagi pemanduan.

Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan turut didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan terbaik antaranya:

AMG RIDE CONTROL turut meningkatkan lagi keselesaan dengan sistem penyerap hentakan boleh laras yang membenarkan pemandu untuk membuat pilihan di antara tiga tetapan.

Mercedes-AMG A35 4MMATIC Sedan kini boleh dimiliki dengan harga RM348,888

Sumber: Gear Patrol

Selepas mendengar keluhan peminat motosikal adventure, Honda memperkenalkan Africa Twin 2020 yang kini tampil lebih berkuasa dan ringan.

Honda telah mengikut jejak BMW untuk menghasilkan sebuah motosikal adventure yang lebih besar dan berkuasa dengan enjin 1084cc parallel twin.

Menurut laporan Gear Patrol, model baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemas kini bersifat teknikal antaranya, kepala silinder yang telah direka semula, lengan silinder aluminium dan tetap ECU serba baharu.

Sumber: Gear Patrol

Model baharu ini juga dilengkapi dengan enam mod tunggangan – Tour, Urban, Gravel dan Off-Road.

Sistem ekzos yang terdapat pada model ini turut dilengkapi dengan kawalan injap ekzos yang membantu jentera menghasilkan 107hp.

Saksikan trailer Honda Africa Twin 2020 di bawah:

Ketika BMW memperkenalkan R1250 GS dan R1250 GS Adventure, berat kedua-dua jentera ini adalah sekitar 270 kilogram namun Honda berjaya menghasilkan Africa Twin 2020 dengan berat yang lebih ringan – sekitar 226kg sahaja bagi model standard.

Bagi memudahkan tunggangan, ketinggian tempat duduk Africa Twin 2020 ini juga boleh ditetapkan mengikut keselesaan – serendah 33.4 inci dan setinggi 35.2 inci.

Tidak ketinggalan, Africa Twin 2020 ini turut dilengkapi dengan sistem cruise control serta sistem penghubungan Android Auto dan Apple Car Play.

Di Amerika Syarikat, Africa Twin 2020 dijual dengan harga dari USD 14,399 (RM60,166).

(SUMBER: Gear Patrol)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube