Bikesrepublic

Berita Terkini

Setelah sekian lama menanti, akhirnya BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW S1000 RR di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Selain daripada S1000 RR menjadi tumpuan utama, BMW Motorrad Malaysia turut melancarkan R1250 R dan R1250 RS.

Menurut Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley, BMW S1000 RR merupakan ikon tepat dalam membawa imej motosikal BMW Motorrad.

“Kelajuan, ketangkasan dan prestasi membentuk asas setiap motosikal BMW Motorrad.

“Dalam segmen Roadster, barisan motosikal kami dirumus dengan daya tahan yang tinggi; sama seperti motosikal Superbike kami dalam segmen Sport yang memfokuskan kelajuan serta kelincahan, sepertimana ia telah menjurus kepada kemenangan pelumba-pelumba BMW sejak lebih dari sedasawarsa yang lalu, termasuk kemenangan yang dilakar di Alpe Adria International Motorcycle Championship pada September tahun ini.

“Tiga model baharu yang kami persembahkan pada hari ini pastinya akan terus memberi nafas kepada legasi ini sementara ia merekodkan pencapaiannya yang tersendiri,” jelasnya.

BMW S1000 RR didatangkan dengan enjin 999cc empat in-line terkini yang menghasilkan 207hp pada 13,500rpm dan 113Nm pada 11,000rpm.

Bagi memastikan jentera ini kekal ringan, model ini turut dilengkapi dengan bateri ‘M’ yang ringan dan bebas penyelenggaraan.

Seperti jentera BMW lain, S1000 RR turut disuntik teknologi ShiftCam yang memastikan kelancaran penyaluran kuasa ketika berada dalam gear rendah atau tinggi.

BMW S1000 RR 2019 ini juga lebih ringan dengan 193.5 kilogram berbanding model terdahulu – 208kg.

Ciri menarik lain ditawarkan:

  • Dynamic Damping Control (DDC)
  • Empat mod tunggangan
  • Paparan TFT 6.5′
  • ABS Pro
  • DTC Wheelie
  • Launch Control

Menurut BMW, jentera baharu ini boleh didapati disemua pengedar rasmi BMW dalam masa terdekat dengan harga ditawarkan pada RM138,500!

Nama ARCH Motorcycle mungkin agak asing bagi peminat jentera dua roda di Malaysia namun sebaliknya jika anda mengikuti perkembangan bintang Hollywood, Keanu Reeves.

Berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, Arch Motorcycle – syarikat milik bersama Keanu Reeves dan Gard Hollinger – melancarkan ARCH KRGT-1, evolusi baharu bagi segmen ‘sport cruiser’.

Meneruskan kesinambungan ARCH Motorcycle, KRGT-1 turut menampilkan rekaan minimalis dan elegan namun dilengkapi dengan enjin berkuasa – 124ci ARCH X S&S V-Twin.

KRGT-1 serba baharu ini menampilan 20 perubahan ketara termasuk lebih 150 komponen baharu.

Ciri lain yang telah dikemaskini melibatkan rekaan keseluruhan, sistem penyerap hentakan baharu, tempat duduk ergonomik dan sistem brek yang lebih efisien.

Menurut Hollinger, KRGT-1 dihasilkan dengan objektif untuk mengangkat segmen motosikal V-Twin Amerika Syarikat.

“Jentera baharu ini masih mengekalkan objektif asal namun tampil dengan rekaan dan prestasi enjin yang telah diperhalusi,” jelas Hollinger.

Keanu Reeves turut berkongsikan rasa bangga dengan kemampuan ARCH Motorcycle untuk melahirkan sebuah motosikal yang luar biasa.

“KRGT-1 serba baharu ini menzahirkan cita-cita ARCH Motorcycle untuk menghasilkan jentera yang cukup mudah dan selesa untuk ditunggang tidak kira di jalan lurus mahupun di bahagian selekoh,” katanya.

Sumber: Aprilia @ Facebook

Selepas pelbagai desas-desus, akhirnya Aprilia mengesahkan bahawa jentera ditunggu-tunggu, Aprilia RS 660 akan membuat penampilan sulung di EICMA, November ini!

Khabar angin mengenai RS 660 pada awalnya timbul selepas Aprilia memfailkan paten jentera tersebut dengan IP Australia, Jun, lalu.

Meskipun gambar ‘teaser’tersebutt tidak mendedahkan rupa keseluruhan namun seperti yang dicanang sebelum ini, RS 660 merupakan jentera segmen ‘middleweight’.

Sementara itu, turut timbul desas-desus bahawa Aprilia akan mendedahkan Tuono 660 di Milan nanti.

Mforce Bike Holdings telah melancarkan SYM VF3i V2 185cc yang telah dikemaskini dengan empat warna baharu.

SYM VF3i merupakan jentera jenis ‘supercub’ dengan enjin terbesar dalam kelasnya namun masih didatangkan dengan harga mampu milik.

Menyedari tahap populariti jentera tersebut semakin meningkat, versi baharu ini dijangka dapat menarik lebih ramai pembeli terutamanya yang mencari kapcai yang tampil berbeza.

Rujuk spesifikasi di bawah:

Bukan itu sahaja, SYM VF3i V2 ini turut dilengkapi engan enjin yang mematuhi piawaian Euro 3 dan brek cakera bersaiz 250mm depan dan 200mm belakang.

Menurut Pengurus Besar Operasi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Asri Ahmad, SYM VF3i V2 ini boleh didapati diseluruh negara dalam masa terdekat.

Model V2 ini ditawarkan dengan harga RM8,338 bagi warna biru, merah dan kelabu sementara V2 edisi khas (warna emas) ditawarkan dengan harga RM8,638.

Pelumba Ducati MotoGP, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci meriahkan sesi ‘meet & greet’ di Shell KLIA yang turut dihadiri pemilik Ducati, hari ini.

 

Meskipun berdepan kepadatan jadual namun kedua-dua pelumba itu masih sempat meluangkan masa bersama peminat dengan sesi tandatangan dan bergambar.

Kehadiran kedua pelumba bintang itu membuatkan Shell KLIA dibanjiri lautan merah.

Kedua-duanya akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang hujung minggu ini bagi menebus kehampaan gagal menaiki podium di Philip Island, baru-baru ini.

Shell Malaysia MotoGP akan berlangsung esok hingga 3 November ini.

Rata-rata pengguna motosikal sekarang sibuk memfokuskan cara untuk mencantikkan dan melajukan motosikal tetapi bila tanya tentang aspek penjagaan terutamanya bahagian enjin, masing-masing melopong.

Hakikatnya, penjagaan enjin adalah aspek paling penting bagi setiap motosikal, untuk apa buat pinjaman tiga hingga tujuh tahun kalau enjin hanya mampu tahan setahun dua sahaja?

Jadi pentingnya untuk mengubah konsep pemikiran ini seandainya mahu jentera yang dibeli dengan duit mak ayah atau dari poket sendiri tidak lebur semata-mata gara-gara tak ambil berat penjagaan enjin.

Berikut empat  pendekatan yang perlu diubah penunggang motosikal di Malaysia.

1. Buang cermin sisi tambah ekstra 5hp


Ketika ini, ramai yang gemar mengubah suai motosikal untuk tampak lebih cantik sehingga ada yang sanggup buang cermin sisi kononnya boleh tambah hp.

Nak ubah YSuku jadi Panigale V4R pun boleh tapi buat apa kalau bahagian enjin tidak dijaga?
Shell menawarkan jalan penyelesaian terbaik dengan Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) dan Ultra 15W-50 (sintetik-penuh).

Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) dan Shell Ultra 15W-50 (sintetik-penuh) berupaya untuk memastikan prestatsi enjin kekal di tahap optimum meskipun menunggang dalam keadaan cuaca panas tanpa memecahkan dompet anda.

Minyak Motosikal Shell Advance paling ngam kerana berkeupayaan untuk memastikan prestasi enjin kekal di tahap optimum meskipun menunggang dalam keadaan cuaca panas. Gegaran enjin dan bunyi bising juga di kurangkan bagi memastikan tunggangan lebih selesa!

2. Beli ‘online’ lebih murah

Ramai yang menganggap beli minyak enjin secara ‘online’ adalah lebih menjimatkan kerana murah daripada yang dijual di pasaran.

Tetapi berapa pasti minyak yang dibeli itu adalah tulen dan bukannya tiruan?

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan minyak di pengedar rasmi kerana dijamin 100 peratus tulen.
Kalau mencari minyak enjin tulen dengan harga mampu milik, bergegas ke pengedar rasmi minyak enjin Shell dan dapatkan Shell Advance AX7 15W-50 dan Ultra 15W-50 yang hanya berharga RM33.90 serta RM68.30!

3. Servis dengan bengkel bawah pokok pun dah cukup

Bukan menidakkan kepakaran atau pengalaman mekanik bengkel bawah pokok tetapi dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada bengkel yang mematuhi piawaian terbaik.

Shell Advance Branded Workshop menawarkan perkhidmatan terbaik dengan mekanik berpengalaman luas yang mampu mengendalikan pelbagai jenis motosikal.

Menariknya, Shell Advance Branded Workshop turut menawarkan Shell Advance AX7 15W-50 dan Ultra 15W-50 yang dijamin 100 peratus tulen.

4. Semua jenama minyak enjin pun sama saja

Hakikatnya, setiap minyak enjin mampu menjalankan tugas sebagai pelincir enjin tetapi berapa pasti minyak yang direka itu benar-benar bersesuaian dengan cuaca dan senario jalan raya di Malaysia?

Shell Advance AX7 dihasilkan di Malaysia dan didatangkan dengan label ‘Buatan Malaysia’ sekaligus menjamin tahap efisien yang lebih tinggi untuk para penunggang motosikal di negara ini.

Bukan itu saja, Shell Advance AX7 15W-50 juga didatangkan dengan tahap kepekatan tinggi yang turut menepati piawaian API SM dan JASO MA2. Tahap kepekatan tinggi pula sesuai untuk memberi perlindungai enjin suhu tinggi.

Jadi tidak hairanlah mengapa Shell Advance 15-50 cukup popular dikalangan penunggang motosikal YSuku yang rata-rata mencari minyak enjin yang cukup gah untuk menangani ‘kelajuan’ jentera popular di Malaysia itu.

Pada masa sama, Shell Advance turut menawarkan dua jenis minyak 15W-50 – separa-sintetik dan sintetik-penuh!
Buat apa berbelanja lebih untuk minyak enjin yang belum pasti bersesuaian dengan keaadaan di Malaysia sedangkan hanya perlu membelanjakan RM33.90 untuk Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) dan Ultra 15W-50 (sintetik-penuh)?

Pengguna motosikal dinasihatkan untuk mengubah mentaliti ini dan mula memberi keutamaan kepada penjagaan enjin agar motosikal kesayangan tampil lebih Fattah-stik!

Bagi yang bercadang untuk ke bengkel Advance Branded Workshops untuk mendapatkan Shell Advance AX7 15W-50 (separa-sintetik) atau Ultra 15W-50 (sintetik-penuh), ada kejutan menanti anda kerana pelakon terkenal dan duta Shell Advance, Fattah Amin, mungkin menyambut anda di pintu masuk!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube