Sebuah rakaman video tular di media sosial yang memaparkan insiden ngeri berlaku di daerah Na Klang, Thailand, Isnin lalu.
Rakaman tersebut memaparkan seorang pemandu kereta telah bertindak membuka pintu tanpa menghiraukan kedatangan sebuah motosikal.
Apa boleh berlaku jika tak tengok belakang semasa buka pintu kereta. ?♀️
Seorang wanita yang menunggang motosikal terbunuh digilis treler selepas terbabas akibat terlanggar pintu kereta yang dibuka seorang lelaki. Kejadian 1.30 petang, 13 April 2020 di daerah Na Klang, Thailand. pic.twitter.com/iugfgCgxNn
Menghargai pengorbanan setiap petugas barisan hadapan, Modenas Powerstore di Kota Damansara melancarkan kempen Covid Warrior Modenas Powertore bagi semua petugas yang menggunakan jentera Modenas Pulsar dan Dominar.
Menerusi kempen tersebut petugas barisan hadapan yang memiliki jentera Pulsar NS200, NS160, RS200 dan Dominar D400 boleh menikmati FREE LABOUR (Upah Percuma) bagi setiap servis dan diskaun 20 peratus bagi setiap alat ganti.
Berikut senarai petugas barisan hadapan yang boleh menikmati kempen Covid Warrior Modenas Powerstore:
Doktor
Jururawat
Petugas kesihatan (ambulans dan berkaitan)
Polis
Tentera
RELA
FRU
Imigresen
Penghantar barangan dan makanan (GRAB Food dan FoodPanda)
Inisiatif utama kempen ini bagi meringankan beban petugas barisan hadapan dalam menjalankan tugas sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selaras dengan usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19.
Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi +60128003470 atau +60133995037 bagi menetapkan temujanji dan membawa bukti – kad polis/tetera – bahawa anda antara tersenarai dalam petugas barisan hadapan seperti di atas ketika hadir untuk servis.
Demikian kenyataan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador jika orang awam masih lagi berdegil dan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kerajaan telah pun menguatkuasakan PKP sejak 18 Mac lalu dan telah dilanjutkan sehingga 28 April ini dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19.
Setiap lanjutan akan membawa kepada pertamabahan PKP selama 14 hari selaras dengan tempoh inkubasi virus itu.
Meskipun PKP telah pun memasuki Fasa 3 bermula hari ini namun terdapat segelintir orang ramai yang berasakan PKP akan dilonggarkan.
“Saya sekali lagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tak lupa bahawa PKP tidak akan dilonggarkan. Tindakan tangkapan akan dipergiatkan lagi kepada mereka yang melanggar arahan PKP,” tegas Tan Sri Abdul Hamid Bador.
Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan semalam bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan memfokuskan terhadap mengenakan kompaun RM1,000 bagi pesalah PKP.
Sebaliknya, individu yang ingkar akan ditahan dan dihadapkan ke mahkamah.
Setakat ini, Malaysia telah merekodkan 4,987 kes positif Covid-19 dengan 82 kematian.
Penduduk di Klang, Selangor boleh menjalani ujian Covid-19 dengan mudah menerusi konsep pandu lalu di Klinik Kesihatan Pandamaran di Port Klang.
Klinik kesihatan tersebut merupakan satu-satunya yang menawarkan ujian Covid-19 di Klang.
Bagaimanapun, ujian tersebut hanya dibenarkan bagi mereka yang telah membuat temu janji awal.
Menurut laporan The Star, orang ramai yang telah membuat temu janji akan menerima mesej daripada Jabatan Kesihatan Selangor atau Kementerian Kesihatan.
ADUN Pandamaran, Tony Leong menjelaskan bahawa orang ramai yang perlu menjalani ujian tersebut adalah mereka yang baru pulang dari luar negara atau ada kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Ujian Covid-19 secara pandu lalu itu dilaksanakan di stadium hoki berhadapan dengan klinik tersebut dan menempatkan tiga kaunter ujian.
Orang awam yang telah membuat temu janji hanya perlu membawa kad pengenalan sebagai bukti.
Kemudian, petugas kesihatan akan membuat tiga ‘swab’ daripada lubang hidung kiri dan kanan serta mulut.
Seterusnya, akan menerima surat arahan untuk kuarantin diri selama 14 hari dari tarikh ujian.- The Star
Menteri Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pihak berkuasa tidak lagi akan berlembut dengan hanya mengenakan kompaun RM1,000 terhadap pesalah yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebaliknya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pesalah ingkar PKP dengan menahan dan dihadapkan ke mahkamah bermula 15 April ini.
Tindakan itu diambil susulan terdapat peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya sekaligus mampu merencatkan usaha kerajaan dan rakyat dalam sama-sama membendung penularan Covid-19.
“Bermula Fasa 3 esok (15 April) tindakan yang lebih tegas akan diambil ini kerana seolah-olah orang ramai tidak takut dengan undang-undang yang ada setakat ini.
“Mungkin RM1,000 tidak terlalu tinggi untuk menakutkan mereka yang terus ingkar PKP. Jadi mulai esok, siapa yang ditahan akan direman dan dihadapkan ke mahkamah.
“Biarlah mahkamah yang menentukan,” jelas Dato Sri Ismail Sabri.
Setakat ini, jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP telah pun mencecah 9,090 sementara sejumlah 4,036 kompaun telah pun dikeluarkan.
Terdahulu, enam sekeluarga dikenakan kompaun RM6,000 gara-gara keluar berama-ramai ke sebuah pasar raya di Sabak Bernam, Selangor, Sabtu lalu.
Mereka dikenakan tindakan kompaun mengikut Peraturan 11, Pecagahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Ketika Malaysia dimandikan dengan Wawasan 2020, masa depan ‘baharu’ yang akan dibentuk antaranya menerusi kereta terbang, pandemik Covid-19 pula yang tiba dan mengubah kehidupan rakyat di Malaysia dan seluruh dunia.
Antara perubahan ketara yang kini semakin menjadi norma harian orang sejak kedatangan wabak Covid-19 adalah penjagaan jarak (social distancing) dan pemakaian topeng muka.
Susulan Covid-19 mampu tular menerusi sentuhan dan penyebaran cecair secara aerosol (bersin dan batuk), pemakaian topeng muka merupakan aspek penting apatah lagi bagi mereka yang menunjukkan simpton wabak terbabit.
Pentingnya topeng muka sehinggakan beberapa pengeluar kereta mula menghasilkan topeng dan pelindung muka bagi petugas barisan hadapan dan orang ramai.
Tatkala tiada pihak yang mampu merungkai durasi penularan Covid-19, tidak hairan jika pemakaian topeng muka bakal menjadi aksesori harian.
Memahami kepentingan topeng muka, Render Weekly melaksanakan ‘Face Mask Challenge’ yang membuka peluang kepada orang ramai untuk menghasilkan rekaan topeng muka.
1. Pereka Michael Soleo
Kita kadang kala terlupa, golongan OKU juga antara yang terkesan. Untuk itu Michale Soleo mereka topeng muka khas yang memudahkan golongan bisu dan pekak membaca gerak bibir supaya mudah berkomunikasi.
2. Pereka David Olivares
Diinspirasikan daripada jenama audio AIAIAI, topeng muka ini mudah dibuka dan tutup mengikut kesesuaian dan gaya mengikut cita rasa si pemakai.
Topeng ini juga mengurangkan bahan yang perlu dibuang selepas penggunaan sekaligus mengurangkan penggunaan bahan semula jadi.
3. Pereka Oliver Perretta
Mendapat suntikan topeng muka AIRPOP, topeng ini bukan sahaja menapis udara tetapi turut berfungsi sebagai pemantau kualiti udara yang akan disalurkan kepada telefon pintar si pemakai.
4. Pereka Zack Massos dan Eitan Adika
Kedua pereka ini menggabungkan ciri yang terdapat pada topeng muka dengan fon kepala (headphones)! Memahami pemakaian topeng muka sebagai aksesori harian pada masa akan datang, gabungan kedua-dua ciri ini tampak futuristik namun praktikal.
5. Pereka Roshan Hakkim
Hakkim mereka sebuah pelindung muka menggunakan botol PET yang dikitar semula. Inisiatif ini sekaligus bukan sahaja membantu petugas barisan hadapan malah mempromosikan kitar semula.
6. Pereka IJ
Mendapat inspirasi daripada jenama sukan terkenal Amerika Syarikat, New Balance, IJ mengetengahkan sentuhan peribadi si pemakai yang boleh memilih warna dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan topeng muka ini sekaligus mengekalkan kepentingan fesyen di sebalik ciri praktikal yang ditawarkan topeng muka sedia ada.
Adakah pemakaian topeng muka akan menjadi aksesori harian bagi manusia pada masa akan datang? Pada masa sama, adakah pengeluar helmet motosikal dan beberapa pengeluar lain akan memberi penekanan terhadap perlindungan muka?