Bikesrepublic

Berita Terkini

Dorna menegaskan bahawa cadangan untuk membatalkan musim MotoGP adalah pilihan terakhir.

Desas-desus mengenai pembatalan MotoGP musim 2020 timbul susulan pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Menurut FIM, sebarang kejuaraan dunia memerlukan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan dan ketika ini peluang itu hampir terjejas dengan pembatalan beberapa venue.

“Kami sentiasa berbincang dengan FIM, IRTA MSMA dan promoter GP bagi mengenal pasti siuasi semasa. Sasaran kami adalah memastikan perlumbaan akan terus diadakan sebalik senario kembali selamat.

“Objektif utama adalah memastikan musim 2020 berjalan dengan seberapa banyak perlumbaan yang boleh, dan cadangan pembatalan musim ini adalah pilihan terakhir,” jelas Dorna dalam satu kenyataan.

Setakat ini, GP Qatar (dibatalkan) sementara, Thailand, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol, Perancis dan terbaru Itali telah pun ditunda ke tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Aprilia bakal perkenalkan motosikal segmen ‘adventure’ Terra 250 menerusi gambar intipan daripada kilang Zongshen di China.

Zongshen merupakan rakan kerjasama Aprilia di China yang turut bertanggungjawab menghasilkan Aprilia GPR250 sebelum ini.

Difahamkan, Terra 250 didatangkan dengan enjin sama yang terdapat pada GPR250 dan CFMoto 250Nk yang menjana 26hp dan 22Nm pada 6,000rpm dan mampu merekodkan kelajuan 140 km/j.

Rupa keseluruhan model baharu ini menunjukkan bahawa Terra 250 direka untuk keupayaan ‘off-road’ dengan kerangka split cradle, fork depan teleskopik, monoshock belakang, rim spoke (18′ depan dan 17′ belakang) dan tayar knobby.

Menurut laporan, gambar intipan tersebut memaparkan unit standard dan mungkin ada varian dengan spesifikasi yang lebih tinggi.

Persoalan sama ada model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia belum dapat dipastikan namun Terra 250 pastinya dapat menarik peminat motosikal ADV.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Pengeluar motosikal India, TVS Motor Co. muncul antara pihak yang berminat untuk membida Norton Motorcycles.

Pengeluar motosikal berpangkalan di United Kingdom itu kini telah ditempatkan di bawah Administration atas kegagalan membayar hutang, Januari lalu.

Menurut Bloomberg, terdapat sumber yang mendedahkan bahawa TVS antara pembida yang berminat untuk memiliki Norton yang ketika ini dikendalikan BDO LLP.

Susulan kegagalan pengurusan, Norton yang menghasilkan motosikal seawal 1902 telah beberapa kali bertukar tangan dengan Stuart Garner muncul pemilik terakhir.

Garner ketika ini dalam penyiasatan Pension Regulator UK atas dakwaan pecah amanah ketika dia menjadi pemegang amanah tiga program pencen yang telah melabur ke dalam Norton sebelum ini.

Sementara itu, tindakan TVS untuk memiliki Norton Motorcycles adalah langkah relevan tatkala saham TVS jatuh lebih 40 peratus dalam usaha mengembangkan jenama ke penghasilan model yang lebih premium berbanding varian sedia ada.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 15 hingga 28 April 2020.

Ini merupakan lanjutan kedua dilaksanakan kerajaan selepas PKP sebelum ini yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac telah dipanjangkan sehingga 14 April.

Pengumuman baharu ini bermakna PKP akan dilanjutkan sehingga memasuki bulan puasa sekaligus bermakna tiadanya bazar Ramadhan dan solat tarawih dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Menurut ucapan Perdana Menteri hari ini, kerajaan turut akan mengetatkan kawalan di sempadan bagi memastikan pergerakan dipantau dengan lebih terperinci.

Pada masa sama, kerajaan akan membenarkan beberapa sektor ekonomi terpilih kembali beroperasi secara berperingkat.

Senarai sektor yang dibenarkan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Baru-baru ini, satu kemalangan membabitkan Perodua Viva dan Lamborghini Huracan mencuri perhatian di laman sosial.

Jentera bernilai RM1.5 juta itu telah melanggar bahagian belakang Perodua Viva milik seorang ibu tunggal yang menjalankan perniagaan penghantaran makanan dan Perodua Viva tersebut merupakan medium penting bagi perniagaannya.

Bagaimanapun, ketika kemalangan berlaku, kereta Viva tersebut dipandu kakaknya yang dalam perjalanan membeli makanan.

Kemalangan tersebut jelas berpunca daripada kesilapan pemandu Huracan itu yang memandu terlalu laju di dalam kawasan perumahan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menyedari kesilapannya di samping memahami kesukaran yang ditanggung pemilik ibu tunggal tersebut, pemandu Lamborghini itu membayar ganti rugi dengan membelikan sebuah Perodua Myvi.

Diharapkan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang jalan raya meskipun jalan raya kosong ketika penguatkuasaan PKP.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dan barisan hadapan dalam membendung penularan Covid-19, GoCar Malaysia bersama Shell Malaysia menawarkan 200 Nissan Almera secara percuma kepada petugas barisan hadapan negara.

Inisiatif ini bagi memudahkan pergerakan petugas barisan hadapan yang giat membantu negara dalam membendung Covid-19.

Selain daripada menawarkan 200 Nissan Almera, Shell turut menawarkan baucar RM30 kepada para petugas.

Usaha ini dijangka akan membantu para doktor, jururawat, ahli farmasi, pembantu makmal, kakitangan hospital untuk bergerak dengan lebih efisien dan selamat dari hospital, klinik dan pusat kuarantin.

Para petugas boleh mendaftar menerusi laman sesawang GoCar dan sebaik berjaya setiap pendaftar akan menerima kod promo bernilai RM483 yang boleh digunakan untuk menempah sebuah Nissan Almeera termasuk baucar RM30.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GoCar Malaysia, Alan Cheah menyifatkan inisiatif ini satu usah bersama dengan Shell Malaysia.

“Kami mahu menyumbang kepada komuniti dengan apa sahaja cara yang ada. Kami juga teruja dapat bekerjasama dengan Shell Malaysia yang berkongsi sasaran sama.

“Petugas barisan hadapan telah berpenat lelah untuk kita semua, jadi kami mahu mereka bergerak dalam keadaan yang selamat menerusi servis GoCar,” jelasnya.

Selaras dengan situasi semasa, GoCar turut menjalankan proses disinfeksi kerap bagi menjaminkan kebersihan kenderaan yang ada.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube