Bikesrepublic

Berita Terkini

Sejak Kawasaki ZX-25R diperkenalkan, rata-rata peminat motosikal dunia tak mampu duduk diam.

Enjin 250cc 4-silinder itu bingkas mencuri tumpuan tatkala menawarkan sesuatu yang berlainan berbanding jentera 250cc yang ada dalam pasarana ketika ini.

Baru-baru ini, Kawasaki berkongsi video yang memaparkan ZX-25R mencapai redline sekitar 17,000rpm sebelum pelumba Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) Jonathan Rea dan Alex Lowes melakukan ujian di litar Jerez.

Namun kali ini, Kawasaki Indonesia memuat naik video yang memaparkan jentera tersebut di atas dyno lantas mendedahkan kesyahduan deruman enjin 250cc 4-silinder itu.

Kawasaki ZX-25R dikhabarkan menawarkan sekitar 45hp namun terdapat dakwaan bahawa Kawasaki turut akan memperkenalkan versi yang menawarkan 60hp.

Adakah model ini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia sebaik dilancarkan? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Belum sempat berita penjualan Norton Motorcycles ke TVS Motor Company bertukar suam, kini timbul laporan bahawa Zongshen bakal melancarkan motosikal baharu menggunakan enjin 650cc V4 milik jenama Britain itu.

Pada 2017, Norton telah pun memeterai Perjanjian Lesen dan Rekaan 20 tahun bagi enjin 650cc V4 serba baharu.

Enjin baharu itu dibangunkan sendiri Norton dan direka khas bagi menepati ciri ditetapkan Zongshen di samping mematuhi piawaian Euro 4.

Menurut kenyataan rasmi dari Norton pada 2017, enjin itu akan diguna pakai jenama Zongshen atau Cyclone.

Tahun lalu, Zongshen memperkenalkan dua model ADV konsep menerusi Cyclone RX6 dan RK6 dan kini timbul paten baharu memaparkan model ADV yang akan dipasarkan pada 2021.

Difahamkan, rekaan model tersebut turut dibantu syarikat rekaan Itali, Ricardo. – NewMotor.com

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia, MForce Bike Holdings membuka tempahan bagi SYM Maxsym TL500 2020.

Difahamkan, jentera ini sepatutnya dilancarkan bulan ini namun susulan Perintah Kawalan Pergerkan (PKP), perancangan itu dibawa ke tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.

Bernadikan enjin dua silinder 465cc yang menghasilkan 40hp pada 6,750rpm dan 42.5Nm pada 6,250rpm, skuter ini mampu merekodkan kelajuan maksima (top speed) 139km/j.

Sementara itu, SYM Maxsym TL500 menggunakan kotak gear jenis CVT kuasa itu disalurkan menerusi penggunaan chain drive (rantai) dan bukannya belt drive berbanding skuter lain dalam pasaran.

Antara ciri lain yang terdapat pada SYM Maxsym TL500:

  • fork depan USD
  • monoshock
  • klac basah (wet clutch)
  • penghadang angin boleh laras (adjustable windshield)
  • tangki 12.5 liter
  • skrin TFT berwarna 4.5 inci
  • tayar 15′ = 120/70 depan dan 160/60 belakang

Pada masa sama, model ini turut dilengkapi dengan sistem ABS dan cakera brek hidraulik 275mm dan penggunaan lampu LED depan dan belakang.

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengenal pasti pasangan suami isteri yang menjadi viral di laman sosial gara-gara berkongsi tips untuk melepasi sekatan jalan raya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap pasangan tersebut ekoran ingkar PKP.

“Semalam tular di media sosial sebuah keluarga sudah balik ke Kuala Lumpur dan berkongsi tip bagaimana untuk menipu polis.

“Jangan berbangga apabila melakukan kesalahan dan mempengaruhi orang ramai untuk mengikut kesalahan sama.

“Mereka sendiri mengakui telah ingkar PKP,” jelas Ismail Sabri.

Pasangan tersebut berkongsi tip elak ditahan pihak berkuasa dengan memberi alasan hendak membawa anak ke hospital.

PKP telah pun memasuki Fasa 3 bermula 15 April lalu dengan kerajaan menegaskan pihak berkuasa tidak lagi akan memfokuskan kompaun RM1,000 bagi pesalah ingkar PKP sebaliknya akan menahan dan dihadapkan ke mahkamah.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Bekas pengacara Top Gear UK, Jeremy Clarkson, dipilih sebagai ikon automotif televisyen mengetepikan pelakon The Great Escape, Steve McQueen.

Keputusan itu diperoleh menerusi undian OnePoll yang dijalankan Hyundai bagi mengenal pasti siapakah ikon automotif masa kini.

Selepas menerima lebih 2,000 undian daripada penduduk Britain, majoriti memilih Jeremy Clarkson sebagai ikon automotif mengetepikan Steve McQueen.

Clarkson dipilih susulan kejayaannya di arena automotif menerusi rancangan popular Top Gear UK dan kini The Grand Tour bersama Richard Hammond dan James May.

Rata-rata peminat dunia automotif gemar dengan sifat ‘cakap lepas’ dan mulut laser Jeremny yang sering kali mencetuskan kontroversi.

Steve McQueen muncul tempat kedua diikuti Hammond, Vin Diesel dan bintang James Bond, Sir Sean Connery CBE.

May, mendiang Paul Walker, Daniel Craig dan Sir Roger Moore turut mengisi kedudukan 10 terbaik.

Sementara itu, filem The Italian Job, Bullit dan francais Fast and Furious dipilih sebagai filem kereta terbaik manakala Aston Martin DB5 yang muncul dalam filem James Bond diundi sebagai kereta dalam filem terbaik.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Percaya atau tidak, tayar berharga RM3,044 ini bukanlah untuk motosikal mahupun kereta atau sebarang jentera berenjin sebaliknya ini adalah kit tayar bagi Apple Mac Pro.

Apple telah melancarkan Mac Pro Feet Kit untuk komputer Mac Pro bagi memudahkan pelanggan mengalihkan komputer mereka tanpa perlu mengangkat.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, Apple menawarkan kit tayar itu pada harga USD699 (RM3,044) dan USD299 (RM1,302) bagi kit tapak.

Harga tersebut membuktikan set tayar bagi sebuah Mac Pro jauh lebih mahal berbanding dua set tayar Bridgestone Battlax S22 mahupun Pirelli Diablo Rosso Corsa II.

Produk ‘inovasi baharu’ ini diperkenalkan ketika Apple melancarkan Iphone SE 2, baru-baru ini.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube