Bikesrepublic

Berita Terkini

Baru-baru ini seorang remaja telah ditahan pihak polis susulan tular video yang memaparkan aksi menunggang motosikal secara membahayakan di Jambatan Pulau Pinang.

Remaja itu merakam aksinya mencatat kelajuan lebih 260km/j dan memuat naik video tersebut di laman Facebook sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa yang bertindak menahannya.

Bagaimanapun, sebaik berita penahanan remaja itu berlegar di laman sosial, rata-rata netizen meminta agar pihak polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang memuat naik video yang memaparkan tunggangan melebihi had kelajuan dan membahayakan di laman YouTube.

YouTube menjadi platform popular dikalangan penunggang motosikal yang berkongsi reviu serta tunggangan hujung minggu.

Namun, terdapat segelintir yang jelas memaparkan tunggangan membahayakan dan melebihi had ditetapkan.

Antara medan popular bagi YouTuber atau motovlogger melaksanakan ujian sains adalah di Lebuhraya Karak dan tidak kurang juga ada yang melakukannya di lebuhraya sekitar Lembah Klang antaranya DUKE dan MEX.

Wajar atau tidak pihak polis buru YouTuber yang menunggang dengan laju dan berbahaya? Kongsikan pendapat anda di ruang komen.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu, semua perniagaan kecuali perkhidmata perlu dikehendaki memberhentikan operasi.

Bagaimanapun, susulan lanjutan PKP sehingga 28 April, kerajaan telah membenarkan syarikat automotif untuk kembali beroperasi pada kadar minima.

Setelah menerima pelepasan daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), UMW Toyota Motor membuat keputusan untuk membuka pusat servis terpilih dengan perkhidmatan ditawarkan berdasarkan janji temu sahaja.

Bagi membuat janji temu, pelanggan hanya perlu menghubungi pusat servis terdekat bagi mengenal pasti sama ada dibuka atau tidak dan kemudian menetapkan tarikh dan masa untuk datang.

Berkenaan semua kenderaan yang dibeli daripada UMWT atau pengedar rasmi dengan tempoh jaminan sah yang berakhir di dalam tempoh PKP, lanjutan 30 hari akan diberikan bermula dari hari terakhir PKP dilaksanakan nanti.

Untuk pertanyaan hubungi 1800-8-TOYOTA (869682) atau hotline tambahan berikut 8 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Jumaat:

  • 017-6278982
  • 016-8696107
  • 014-3335380
  • 016-6332865
  • 016-6387678
  • 011-273 55039

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Seorang remaja lelaki telah ditahan pihak polis susulan tindakannya menunggang secara berbahaya di atas jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 2 minit 20 saat yang tular di laman sosial Facebook, jelas menunjukkan penunggang tersebut merekodkan kelajuan membahayakan sehingga 250 km/j sambil menunggang motosikal jenis Kawasaki ZX6R.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh ketika rakaman tersebut dibuat.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Timur Laut DSP Ridzuan bin Ishak bersama Insp Abdul Sah bin Ibbah dan Team PG85 mengesahkan penahanan tersebut hasil maklumat orang awam.

Berdasarkan perkongsian di Facebook IPD Timur Laut, Pulau Pinang, remaja itu kini berdepan penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika didapati bersalah.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Selepas Honda CBF190R mencatatkan populariti di China, jentera itu dilaporkan akan dipasarkan di India.

Perkara itu disahkan apabila pengeluar motosikal Jepun itu memfailkan paten CBF190R di India.

Honda CBF190R sebelum ini hanya eksklusif untuk pasaran China termasuk CBF190X dan beberapa model 190 lain.

Honda CBF190R merupakan motosikal jenis naked yang menawarkan enjin 184cc satu silinder dengan suntikan bahan api yang menghasilkan 17hp pada 8,000rpm dan 15Nm pada 7,000rpm.

Menariknya, jentera ini didatangkan dengan fork USD, rim 17 inci, lampu LED, paparan digital di samping menawarkan berat sekitar 140 kg sahaja.

Bagi yang memburu motosikal berkuasa, CBF190R bukanlah jentera yang dicari sebaliknya lebih sesuai untuk tunggangan harian.

Model ini juga dijangka akan memberi saingan sengit kepada KTM Duke 200, Bajaj Pulsar NS200/RS200 dan TVS RTR 200.- Motorbeam

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Bagi meringankan beban Itali dalam menangani pandemik Covid-19, Brembo telah menyalurkan bantuan sebanyak EUR1 juta (RM4.7 juta).

Dana itu dibahagiakan kepada tiga pusat perubatan, Fondazione per la Ricerca Ospedale di Bergamo, Hospital Papa Giovanni XXIII dan Institut Mario Negri.

Ibu pejabat Brembo terletak di Bandar Bergamo, utara Itali dan merupakan antara daerah yang terkesan teruk dengan pandemik tersebut.

Menurut kenyataan, inisiatif penyaluran dana itu adalah bertujuan untuk membantu dalam penyelidikan vaksin Covid-19.

Itali merupakan antara negara yang paling terjejas teruk dengan pandemik ini dengan lebih 181,228 kes positif direkodkan dan 24,114 kematian.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Agensi Polis Thailand menerima keluarga baharu dikalangan kereta peronda apabila menerima tujuh unit Tesla Model 3.

Difahamkan, tujuh unit Model 3 itu dipinjamkan untuk lima tahun dan menelan belanja lebih USD2.7 juta (RM11 juta) atau USD385,714 seunit.

Ketujuh-tujuh unit tersebut telah pun selamat tiba di ibu pejabat polis Thailand di Dusit, Bangkok dan dilengkapi kelengkapan polis antaranya komputer dan siren.

Difahamkan, penggunaan kereta Tesla menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan kereta polis susulan kos penjagaan yang rendah sekaligus mengurangkan penggunaan duit pembayar cukai.

Tidak hairanlah, penggunaan kereta Tesla sebagai kereta peronda turut dilaksanakan beberapa jabatan polis di Amerika Syarikat antaranya Fremont, Bargersville, dan Westport.  – driveteslacanada

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube