Bikesrepublic

Berita Terkini

BMW Motorrad telah memperkenalkan paparan TFT BMW Motorrad Connected serba baharu yang kini didatangkan dengan sistem navigasi terbina.

Sistem navigasi ini boleh diakses menerusi aplikasi Connectivity App yang dimuat turun ke telefon pintar sekaligus menggantikan sistem navigasi ‘turn-by-turn’ yang ketika ini ditawarkan paparan TFT sedia ada.

Menurut info yang dikongsikan menerusi podcast BMW Motorrad, sistem baharu ini secara tidak langsung akan menjadikan sistem navigasi atau GPS lain tidak lagi diperlukan tatkala sistem terbaru BMW Motorrad ini turut menawarkan peta ‘offline’ dan lebih mesra pengguna.

BMW R 1250 RT

Melihat kepada saiz dan bentuk paparan TFT serba baharu ini, dijangkakan paparan ini akan diperkenalkan pada model ‘touring’ BMW Motorrad antaranya R1250RT dan K1600GT berbanding R 1250 GS dan GS Adventure.

Bagi menggunakan sistem navigasi baharu ini, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Connectivity App di telefon pintar dan menghubungkan aplikasi tersebut ke paparan TFT menerusi Bluetooth.

Paparan TFT itu kemudiannya akan memaparkan navigasi seperti diatas di samping menjawab telefon dan mendengar lagu.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya pasaran motosikal Malaysia akan diserikan dengan Honda CBR250RR.

Kami memperoleh pengesahan itu daripada orang besar Boon Siew Honda (BSH) sendiri ketika pelancaran Honda Rebel 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, malam tadi.

Difahamkan, model yang bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia merupakan model terkini (2020) yang telah pun dilancarkan di Jepun tahun ini dan akan ditawarkan pada harga yang sangat ‘kompetitif’.

Perlu diingatkan, ini BUKAN 10 unit yang ditawarkan untuk perlumbaan MSBK 2021 bagi program Boon Siew Honda 250cc Racing Support tetapi ini adalah merujuk kepada unit yang akan dipasarkan untuk orang ramai, hujung tahun ini.

Kami menjangkakan harga Honda CBR250RR akan ditawarkan sekitar RM30,000.

Honda CBR250RR 2020 kini menawarkan 41hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm di samping didatangkan dengan pelbagai ciri menarik lain antaranya fungsi quickshifter dan assist/slipper clutch.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • ride-by-wire
  • tiga mod tunggangan
  • paparan LCD
  • lampu LED
  • fork depan USD 37mm
  • ABS dual-channel

Akhirnya penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang enggan menaik taraf ke enjin B (full) boleh merasai jentera berprestasi tinggi.

Boon Siew Honda telah melancarkan inisiatif Boon Siew Honda 250cc Racing Support Program dalam usaha mengasah bakat baharu perlumbaan.

Menerusi program ini bersama-sama dengan Malaysia Superbike Championship (MSBK), pelumba berpeluang beraksi dalam kelas MSBK250 menggunakan jentera Honda CBR250RR yang lengkap dengan kit perlumbaan.

Orang ramai yang berminat untuk sertai MSBK kategori 250cc hanya perlu membayar RM30,000 bagi seunit motosikal CBR250RR dan BSH akan memasang segala kelengkapan perlumbaan berharga lebih RM50,000.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSH, Yoshitaka Nakamura menyifatkan program ini sebagai usaha mempertingkatkan arena perlumbaan motosikal di Malaysia.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan jentera perlumbaan ini boleh hubungi Two Wheels Motor Racing (TWMR) di 03-87338787.

Hanya 10 unit ditawarkan bagi kumpulan pertama.

Boon Siew Honda melancarkan Honda Rebel 500 2020 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Honda Rebel merupakan jentera konsep ‘cruiser’ segmen pertengahan yang telah pun diperkenalkan pada 2018.

Bagi tahun 2020, pelbagai kemaskini telah pun dilaksanakan dengan sistem ‘assist & slipper clutch’ menjadi tambahan baharu.

Sistem itu kini meningkatkan kemudahan pertukaran gear sehingga 30 peratus berbanding model sebelumnya termasuk fork depan baharu yang kini dilengkapi spring lebih utuh bagi menjaminkan keselesaan lebih baik.

Model ini masih lagi didatangkan dengan enjin 471cc ‘parallel-twin’ (EURO4) yang menawarkan 45.9hp pada 8,500rpm dan 43Nm pada 6,500rpm.

Antara ciri baharu lain yang turut diperkenalkan adalah lampu LED penuh depan dan belakang serta instrumen meter baharu dan kerangka belakang yang baharu bagi menawarkan tempat duduk yang lebih selesa.

Honda Rebel 2020 kini ditawarkan pada harga RM32,899!

Nissan telah pun memperkenalkan logo baharu yang akan diguna pakai di platform digital dan fizikal.

Logo baharu tersebut melambangkan langkah kedepan Nissan menggantikan logo sedia ada yang telah bertahan lebih 20 tahun.

Menurut Nissan, nukilan logo baharu ini telah bermula sejak 2017 oleh Timbalan Presiden Nissan, Alfonso Albaisa yang kemudiannya menubuhkan pasukan pereka diterajui Tsutomu Matsuo dalam mereka logo baharu berkiblatkan tiga prinsip utama, ‘nipis, ringan dan fleksibel’.

Logo ini membuat kemunculan sulung ketika pelancaran jentera konsep Ariya di Tokyo Motor Show tahun lalu dengan rekaan lebih minimalis dan digital selaras dengan arah tuju baharu syarikat itu.

Pada masa sama, logo baharu ini akan turut diperkenalkan pada semua model Nissan akan datang.

Motosikal retro klasik popular, Kawasaki Z900 RS bakal muncul dengan model yang lebih kecil kali ini dengan enjin 650cc menurut laporan Young Machine.

Seperti biasa, laporan daripada Young Machine tak boleh diambil mudah kerana media Jepun itu sememangnya sering disuap dengan maklumat orang dalam dari semasa ke semasa.

Kali ini, mereka mendedahkan Kawasaki bakal mengembangkan portfolio RS dengan memperkenalkan jentera bersesaran 650cc.

Kawasaki Z650 RS

Menurut imej render dikongsikan, jelas Kawasaki bakal menggunakan platform rekaan yang sama pada Z900 RS termasuk tangki, tempat duduk dan meter analog berkembar.

Kawasaki Z900 RS

Meskipun tiada pengesahan ketika ini namun Z650 RS ini dijangka mengguna pakai nadi sama yang terdapat pada Z650 dan Ninja 650 namun memfokuskan terhadap tunggangan yang lebih santai dan selesa berbanding prestasi enjin.

Mengikut permintaan semasa, pastinya Z650 RS ini akan menarik lebih ramai pembeli yang ketika ini dahagakan jentera berkonsepkan retro klasik namun dengan harga yang lebih kompetitif.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube