Bikesrepublic

Berita Terkini

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengesahkan dua kakitangannya dari cawangan Wangsa Maju telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahmood Razak Bahman, bagaimanapun tidak memperincikan sebab kedua-dua kakitangan itu diarah memberi keterangan kepada Jabatan Penguatkuasaan JPJ.

Puspakom menegaskan kakitangan terbabit tidak akan dilindungi daripada sebarang tindakan disiplin dalaman, sekiranya terbukti ada salah laku.

Bagi memastikan integriti pemeriksaan Puspakom, syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya terhadap kakitangan terbabit seperti diperuntukkan di bawah terma dan syarat kontrak pekerjaan, termasuk penggantungan atau pembuangan kerja,” katanya dalam kenyataan kepada pihak akhbar, semalam.

Selain daripada itu, Mahmood juga mengesahkan sebuah kenderaan yang diperiksa di cawangan Wangsa Maju disita JPJ kerana menggunakan pemandu warga asing tanpa lesen memandu sah.

Terdahulu, JPJ dilapor mengadakan operasi secara serentak ke semua cawangan Puspakom di seluruh negara semalam, bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di fasiliti itu mematuhi standard ditetapkan.

Antara kesalahan dikesan dilakukan pemandu lori dalam Op Mengejut PUSPAKOM ialah penggunaan tayar celup yang uzur dan tidak selamat dalam kalangan kenderaan berat, meskipun menyedari ia berisiko bocor pada bila-bila masa.

Sementara itu, Mahmood berkata, kerjasama penuh akan diberi kepada JPJ yang menjalankan pemeriksaan mengejut di semua cawangan Puspakom di seluruh negara, hari ini.

Katanya, Puspakom juga mengalu-alukan tindakan penguatkuasaan ke atas cawangan syarikat berkenaan, bertujuan memastikan operasi pemeriksaan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Langkah ini akan membantu usaha membudayakan amalan keselamatan jalan raya di negara ini.

Kerjasama Puspakom dan JPJ ini dipercayai akan mengukuhkan usaha meningkatkan tahap keselamatan jalan raya dan memelihara integriti sistem pengangkutan negara.

Puspakom sentiasa komited memastikan semua kenderaan diperiksa memenuhi syarat keselamatan ditetapkan.

Pemeriksaan mengejut ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JPJ untuk memastikan keselamatan dan pematuhan undang-undang berkaitan kenderaan di jalan raya.

Kami menyokong penuh inisiatif untuk memastikan segala prosedur pemeriksaan dilakukan dengan telus dan mengikut piawaian ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) keluarkan 5,306 notis kesalahan terhadap 17,729 kenderaan perdagangan dan perkhidmatan awam yang diperiksa dalam tempoh lima hari Operasi Khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara yang bermula 25 Disember lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, berkata dalam operasi itu sebanyak 16 kenderaan disita membabitkan 15 kenderaan perdagangan dan satu kenderaan perkhidmatan awam.

Katanya, operasi khas yang diadakan sempena sambutan perayaan Krismas, JPJ telah menggerakkan lebih 1,500 anggota yang menumpukan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan perdagangan.

Operasi ini memberi tumpuan kepada kesalahan lebih muatan, teknikal, dokumentasi dan lalu lintas serta teknikal pembuatan dan penggunaan kenderaan.

Sebanyak 17,729 kenderaan diperiksa membabitkan kenderaan perdagangan sebanyak 15,770 dan kenderaan perkhidmatan awam (1,959).

Sebanyak 1,787 kenderaan dikenakan tindakan manakala sebanyak 578 pemilik kenderaan diberikan slip pemeriksaan babitkan 544 (perdagangan) dan awam (34),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai Operasi Khas Gempur Teknikal di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Arah Selatan, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhmmad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf.

Mengulas lanjut, Jana Santhiran berkata pihaknya memandang serius siri kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya yang membabitkan kenderaan perdagangan.

Justeru, tindakan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Kaedah-Kaedah di seluruh negara.

Bagi memastikan pemantauan lebih agresif dan proaktif dapat dilakukan, JPJ akan mengekalkan jumlah keanggotaan 1,500 orang dalam setiap operasi khas ini termasuk ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Aidilfitri akan datang,” katanya kepada Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Bentong menafikan dakwaan yang pihaknya enggan menerima laporan yang dibuat oleh seorang penghantar barang yang mendakwa telah ditikam pada matanya.

Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong mengesan dakwaan itu yang ditularkan menerusi WhatsApp.

Beliau berkata, berdasarkan imej tangkap layar itu, ia mendakwa polis Bentong enggan menerima laporan daripada seorang penghantar barang berhubung kejadian perselisihan faham antara penghantar barang dan pelanggannya sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Menurutnya, kandungan WhatsApp yang tular adalah tidak benar kerana pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan menyiasat kes itu.

Mangsa juga dihantar ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu katanya, pada 3.01 petang semalam, satu laporan polis dibuat oleh seorang penolong pegawai penyiasat jenayah IPD Bentong berhubuPDRng dakwaan berunsur fitnah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam pada itu, Zaiham menasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya menularkan sesuatu yang tidak benar.

Polis Bentong juga memohon suspek yang menularkan WhatsApp itu tampil ke IPD Bentong untuk siasatan selanjutnya,” katanya.

Tindakan seorang wanita yang membakar motosikal membawa padah kerana dia telah ditahan oleh polis dan direman tiga hari sehingga Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail, berkata mereka telah menahan wanita terbabit pada jam 7.30 petang hari Khamis lepas bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 435 (khianat dengan api) Kanun Keseksaan.

“Terdahulu pada jam 4.27 petang polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang berkerja sebagai penarik kenderaan berhubung tindakan seorang wanita membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam.

Susulan laporan itu polis berjaya menahan wanita berkenaan dan motif kejadian berpunca dari tangkapan yang tidak berpuas hati apabila motosikal itu mahu ditarik.

Difahamkan bayaran bulanan motosikal berkenaan tertunggak selama lebih 20 bulan dan motosikal itu dibeli atas nama anaknya,” katanya dihubungi media.

Menurutnya lagi satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api) yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman 14 tahun penjara atau denda.

Terdahulu tular di media sosial apabila seorang wanita yang juga peniaga bertindak membakar sebuah motosikal jenis Honda RSX berwarna hitam berhampiran sebuah gerai di Pokok Assam,Taiping.

Difahamkan kejadian berlaku setelah wanita itu enggan memberi kerjasama kepada penarik kenderaan yang ingin menarik motosikal terbabit kerana mengalami tunggakan selama 20 bulan.

Video berkenaan memaparkan wanita terbabit bertindak mencurahkan cecair dipercayai minyak tanah atau petrol sebelum membakarnya. Pihak Bomba terpaksa dikerah bagi memadamkan kebakaran.

Sebanyak 1,457 kematian daripada 3,500 kemalangan yang membabitkan lori telah dicatat sejak Januari 2019 sehingga November 2024. Statistik tersebut telah didedahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri.

Beliau turut menghuraikan jumlah kematian akibat kemalangan lori menurut tahun:

  • 2019 – 274 kematian.
  • 2020 – 226 kematian.
  • 2021 – 230 kematian.
  • 2022 – 232 kematian.
  • 2023 – 235 kematian.
  • 2024 (setakat November) – 260 kematian.

Selain itu, terdapat 473 kes kecederaan parah dan 1,076 ke kecederaan ringan daripada jumlah kemalangan tersebut.

Bagi kemalangan melibatkan bas pula, 548 kes direkodkan bagi tempoh sama dengan 153 kematian, 120 kecederaan parah dan 218 kecederaan ringan dicatatkan.

Polis akan terus mempergiatkan pemantauan dan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan khususnya lori dan bas dalam usaha mengurangkan jumlah kematian yang membimbangkan yang direkodkan,” katanya semasa dihubungi oleh agensi Bernama hari ini.

Datuk Seri Mohd. Yusri berkata polis akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan syarikat konsesi lebuh raya bagi tujuan itu. Beliau juga berharap pemilik, syarikat dan pemandu kenderaan perdagangan bekerjasama memastikan keselamatan kenderaan mereka.

Nota daripada pengarang:

Walaupun rangkaian model Aprilia di Malaysia agak besar, sebenarnya terdapat beberapa model yang tidak dijual di sini, iaitu Aprilia Tuono 125, RS125, RX125, dan SX125. Namun mereka ini boleh didapati di Eropah terutamanya kerana benua itu mempunyai peraturan lesen A1 dan A2. Mereka nampaknya laris di sana dan Aprilia telah menyegarkannya untuk 2025.

Bermula dengan enjin, loji kuasa satu silinder, empat injap, penyejuk cecair (dikongsi antara empat model) kini telah dibaik pulih untuk memenuhi piawaian Euro5+. Enjin itu menghasilkan 14.8hp pada 10,500rpm dan 11Nm pada 8500rpm, yang pada had peraturan lesen A1. Sebagai perbandingan, keluaran kuasa enjin Aprilia 125cc terletak di antara Yamaha 135LC (12hp) dan Y15ZR (15.1hp).

Aprilia RS125

Pasangan yang lebih sporty dalam empat sekawan itu, iaitu sportbike RS125 dan Tuono 125 yang naked terus menggunakan kerangka aluminium berkembar sama seperti sebelum ini. Mereka satu-satunya motosikal dalam kelas mereka yang tidak menggunakan kerangka keluli. Ia didatangkan dengan fork terbalik, lengan ayun aluminium, kaliper brek depan yang dipasang secara jejari, dan lampu LED.

Pilihan warna untuk setiap satu kini ialah Kingsnake White atau Cyanide Yellow untuk RS125, dan Viper Yellow atau Mamba Grey untuk Tuono 125.

Dua lagi varian dalam barisan Aprilia 125 ialah supermoto SX125 dan motosikal lasak RX125. Yang pertama menggunakan roda depan dan belakang 17 inci, manakala yang kedua mempunyai roda hadapan 21 inci dan roda belakang 18 inci. Kedua-dua ini menggunakan kerangka keluli. Kedua-dua mesin datang dalam warna Cubozoa White atau Varanus Black.

Harga untuk Aprilia Tuono 125, RS125, SX125, dan RX125 belum didedahkan. Tertanya-tanya jika ini akan berada di Malaysia suatu hari nanti.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube