BMW F 900 XR (2025) telah tiba di Malaysia, dengan harga jualanRM82,500 (bukan di atas jalan).
BMW F 900 XR merupakan varian sport-tourer dalam keluarga F 900, manakala F 900 GS ialah jenis adventure, dan F 900 R ialah roadster.
Dengan beberapa peningkatan visual dan teknikal, BMW Motorrad menyatakan bahawa motosikal ini “menawarkan keseimbangan sempurna antara prestasi dan keserbagunaan untuk mereka yang menginginkan pengendalian dinamik dan keselesaan jarak jauh.”
Sorotan Utama:
- Fork baharu jenis terbalik dengan tiub 43mm yang lebih tegar.
- Redaman lantunan dan mampatan, serta pra-beban spring kini boleh dilaras.
- Roda aluminium tuangan 17 inci baharu lebih ringan sebanyak 1.8 kg berbanding model sebelumnya. Digabungkan dengan bateri 0.8 kg lebih ringan, jumlah pengurangan berat model ini ialah 3 kg.
- Penambahan spoiler enjin menonjolkan ciri berorientasikan prestasi dan meningkatkan kecekapan aerodinamik.
- Aerodinamik baharu untuk fairing depan, penghadang angin dan pelindung tangan yang direka semula.
- Ciri Headlight Pro sebagai standard, manakala bahagian belakang direka semula dengan lampu penunjuk arah terintegrasi.
- Port pengecasan USB-C di sebelah kanan cockpit dengan arus maksimum 2.4 A.
- Pemanas pemegang handel.
- Dilengkapi enjin 2-silinder sebaris 895cc, penyejukan cecair, 4-lejang yang menghasilkan 105 hp (77 kW) pada 7,500 RPM dan tork 93 Nm pada 6,750 RPM.
- Mencapai 0-100 km/j dalam hanya 3.6 saat.
- Kelajuan maksimum melebihi 200 km/j.
- Dynamic Brake Control (DBC) menghalang pecutan tidak sengaja semasa brek.
- BMW Motorrad ABS Pro meningkatkan keselamatan ketika membelok dengan membenarkan brek berbantu ABS pada sudut condong.
- Digabungkan dengan Dynamic ESA, memberikan rasa keselamatan baharu ketika menunggang.
- Gear Shift Assistant Pro membolehkan penukaran gear tanpa klac dengan lancar.
- Tyre Pressure Control (TPC) memantau tekanan tayar dan memberi amaran kepada penunggang.
- Keyless Ride menghapuskan keperluan kunci fizikal.
- Sistem Cruise Control meningkatkan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.
- Pemegang kotak simpanan barang di bahagian belakang memudahkan pemasangan bagasi.
- BMW F 900 XR (2025) boleh didapati dalam warna-warna Racing Blue/Lightwhite uni yang memaparkan pelana hitam, spoiler enjin di dalam warna Racing Blue Metallic, rim berwarna Racing Red, dan enjin berwarna Avus Black.
Perkhidmatan Kewangan
Dengan Pelan Pembiayaan dari BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW F 900 XR 2025 bermula dari RM1,158 sebulan (berdasarkan anggoran pembiayaan 90% untuk tempoh 7 tahun). Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan seperti Premium Engine Oil Inclusive, Service Inclusive, and Warranty Extension Programmes oleh BMW Motorrad Malaysia.
Harga jualan (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun dan Program Bantuan Jalan Raya 3 Tahun BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans): RM82,500.00.