Bikesrepublic

Berita Terkini

michelinvip1-004
Pandangan dari paddock Michelin VIP Village

Michelin ingin membawakan cerita mengenai MotoGP dari pandangan peminat motosikal yang terdiri daripada orang-orang kebanyakan dan di situlah MotoMalaya menjadi media yang memaparkan cerita mereka ini. Dua peminat MotoGP telah terpilih sebagai pemenang Michelin Motorcycle Asia Contest 2016.

makan2

Terdapat 6 pemenang sebenarnya jika dikira 2 pemenang dari Thailand dan juga 2 pemenang dari Indonesia. Kesemua mereka ini adalah peminat MotoGP yang cukup teruja untuk mengikuti pakej VIP dari Michelin.   (more…)

dsc_0373

Shark Helmets dan Furygan telah melancarkan beberapa produk baru pada Rabu lepas di ‘MiniGP Experience’. Turut menyertai pelancaran ini adalah penunggang-penunggang Moto2 mereka iaitu Johann Zarco dan Sam Lowes. Pelancaran tersebut telah berlangsung di trek Speedway PLUS, Subang.
dsc_0612
Pelancaran ini telah diaturkan oleh pengedar rasmi Shark dan Furygan di Malaysia iaitu Winmaster. Shark telah melancarkan helmet terbaru mereka untuk 2017 iaitu Shark Spartan. Shark Spartan ini akan menggantikan model Speed R yang lama dari Shark.   (more…)

adam-norrodin

Sesi kelayakan Moto3 dikuasai oleh Brad Binder dari pasukan Red Bull KTM Ajo. Pelumba Malaysia, Adam Norrodin berada pada kedudukan 18 iaitu kedudukan terbaik bagi pelumba Malaysia. Khairul Idham Pawi berada pada kedudukan 20  dan Hafiq Azmi pada kedudukan 22 iaitu kedudukan yang lebih baik daripada semalam.   (more…)

khairul-rd-15-japan-rac-1

Moto3

Pada sesi kelayakan hari ini, Khairul Idham Pawi mencatat masa terbaik untuk berada di kedudukan ke-2 untuk FP1 dan ke-3 untuk FP2. Adam Norrodin pula pada kedudukan ke-24 untuk FP1 dan terus meningkat kepada kedudukan ke-13 pada FP2. Hafiq Azmi di kedudukan ke-28 pada FP1 dan meningkat kepada kedudukan ke-26 pada FP2.   (more…)

michelinwinnermas

Michelin membawakan pengalaman VIP MotoGP kepada dua pemenang peraduan ‘Michelin Motorcycle Asia Contest 2016’ yang telah berlangsung sejak dari 9 Julai sehingga 9 September. Saya berkesempatan bertemu dengan pemenang ini dan menemubual Muhammad Hussaini dari Kedah dan Muhammad Ikhmal dari Kuala Lumpur.   (more…)

the-new-bmw-r-ninet-scrambler-1

BMW Motorrad Malaysia membawakan kepada peminat jenteranya disini dengan BMW R nine T Scrambler. Sejarah model Scrambler untuk BMW bermula pada 1951 dimana BMW R 68 telah dipersembahkan di International Bicycle and Motorcycle Fair IFMA di Frankfurt dengan ekzos tinggi konfigurasi 2-1.

BMW R nine T ini dikuasakan oleh enjin peninju (boxer) 2-silinder dengan penyejukan udara yang klasik. Saiz gerek dan lejang pada 101mm x 73mm memberikan jumlah kebuk pembakaran pada 1,170cc. Kuasa maksimum yang mampu dijana oleh enjin yang lebar ini adalah 110hp dan 116Nm pada 6,000RPM dengan putaran enjin maksimum pada 8,500RPM. Semua kuasa ini disalurkan kepada kotak gear 6-kelajuan.

Data penggunaan minyak menunjukkan BMW R nine T mampu bergerak 100km dengan 5.3 liter petrol.  Tangki petrolnya juga besar pada kapasiti 17 liter untuk memastikan anda dapat bergerak jauh. (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube