Bikesrepublic

Berita Terkini

moto3-sepang-2016-006Perlumbaan Moto3 menyaksikan 3 pelumba beraksi dengan prestasi yang memberangsangkan dari Hafiq Azmi dan Khairul Idham Pawi.

moto3-sepang-2016-007

Khairul Idham Pawi terus mengutip mata pada kedudukan ke-8 dengan 8 mata yang menjadikan beliau salah satu kebangkitan dari Asia.   (more…)

Yamaha Motor Corporation mengambil peluang untuk melancarkan jentera terbaru mereka iaitu Yamaha NVX 155 atau dikenali sebagai Aerox di sesetengah pasaran. 

Yamaha NVX 155 ini dikatakan mempunyai enjin yang berasal dari Yamaha NMax 155, namun dibaluti dengan rekabentuk yang lebih tajam dan agresif; sesuai untuk penunggang yang lebih muda. Tambah-tambah pula dengan grafik Movistar Yamaha, pastinya senang untuk dijual seluruh Asean.

Jentera ini akan mula dipasarkan ke beberapa negera di Asean pada Disember ini dan tidak dapat dipastikan samada Malaysia akan menerima NVX 155 sesegera itu.

Sumber: Yamaha MotoGP FB

dsc_0839

Andrea Dovizioso dari Ducati Team berjaya memenangi perlumbaan MotoGP Malaysia di Sepang International Circuit (SIC) yang ditaja oleh Shell.

(more…)

Pelumba tanah air, Hafiq Azmi, akan beraksi sebagai pelumba ‘wildcard’ untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint  dalam kategori Moto3.

Ramai peminat dunia permotoran di Malaysia ini bersemangat untuk memberi sokongan kepada pelumba-pelumba Malaysia didalam kategori Moto3 dan Moto2 hari ini. Selain dari Khairul Idham Pawi (Honda Team Asia) dan Adam Norrodin (Drive M7 SIC Racing Team) dalam kategori Moto3, Hafiq Azmi juga telah dipilih sebagai pelumba ‘wildcard’ untuk pasukan Peugeot MC Saxoprint.

14731112_1641408249490868_9184951641127086532_n (more…)

michelinvip1-004
Pandangan dari paddock Michelin VIP Village

Michelin ingin membawakan cerita mengenai MotoGP dari pandangan peminat motosikal yang terdiri daripada orang-orang kebanyakan dan di situlah MotoMalaya menjadi media yang memaparkan cerita mereka ini. Dua peminat MotoGP telah terpilih sebagai pemenang Michelin Motorcycle Asia Contest 2016.

makan2

Terdapat 6 pemenang sebenarnya jika dikira 2 pemenang dari Thailand dan juga 2 pemenang dari Indonesia. Kesemua mereka ini adalah peminat MotoGP yang cukup teruja untuk mengikuti pakej VIP dari Michelin.   (more…)

dsc_0373

Shark Helmets dan Furygan telah melancarkan beberapa produk baru pada Rabu lepas di ‘MiniGP Experience’. Turut menyertai pelancaran ini adalah penunggang-penunggang Moto2 mereka iaitu Johann Zarco dan Sam Lowes. Pelancaran tersebut telah berlangsung di trek Speedway PLUS, Subang.
dsc_0612
Pelancaran ini telah diaturkan oleh pengedar rasmi Shark dan Furygan di Malaysia iaitu Winmaster. Shark telah melancarkan helmet terbaru mereka untuk 2017 iaitu Shark Spartan. Shark Spartan ini akan menggantikan model Speed R yang lama dari Shark.   (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube