Bikesrepublic

Berita Terkini

 

  • Perlumbaan MotoGP pada hujung minggu yang lalu menyaksikan Andrea Dovizioso (Ducati Team) memenangi perlumbaan dengan begitu selesa di GP Sepanyol di hadapan pasangan penunggang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa.
  • Kemenangan ini merupakan kali pertama Ducati memenangi dua perlumbaan berturut-turut sejak 2010 ketika legenda MotoGP, Casey Stoner, masih berlumba dengan mereka.
  • Jorge Lorenzo (Ducati Team) melintasi garisan penamat di P4 di hadapan penunggang-penunggang pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco dan Jonas Folger.

(more…)

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah memulakan program CSR pertama mereka untuk tahun ini dengan sebuah program kebajikan istimewa pada hari Sabtu lalu dinamakan “Gotong-Royong & Agihan Bubur Lambuk Kawasaki”.
  • Kumpulan urusan Kawasaki bersama dengan sekumpulan 60 orang penunggang dari Kawasaki Owners Group (KOG) dan lebih daripada 100 orang peserta telah membantu mengagihkan lebih daripada 3,000 bubur lambuk sekitar Lembah Klang.
  • Paket bubur lambuk istimewa bulan Ramadan yang lazat ini diagihkan ke beberapa rumah anak yatim, balai-balai polis dan bomba, dan juga kepada para pengunjung bazar Ramadan berdekatan Shah Alam.

(more…)

  • Penunggang lagak ngeri Australia, Robbie Madison telah berjaya melakukannya sekali lagi dengan sebuah lagi filem pendek meluncur-laut dipanggil ‘Pipe Dreams 2’.
  • Dalam video itu, Robbie Madison telah meluncur di atas laut menggunakan jenteranya yang telah diubahsuai KTM 450 empat lejang.
  • Dia juga telah mempamerkan cubaan memecahkan rekodnya bagi jarak terjauh direntasi atas air menggunakan motosikal dengan jaraj sejauh 31.8km dengan kelajuan tertinggi sehingga 72.4km/j.

(more…)

Sumber imej: MCN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Michael Dunlop telah memenangi perlumbaan terakhir TT Senior di Isle of Man TT 2017 semalam di atas jentera barunya Suzuki GSX-Rnya.
  • Dengan Ian Hutchinson yang telah terbabas pada Pusingan 2 dan menyebabkan perlumbaan dihentikan sementara, Dunlop mengambil peluang itu dan membuat pertukaran yang perlu pada aturcara motosikalnya yang membolehkannya memenangi perlumbaan TT mutlak itu.
  • Peter Hickman (Smiths BMW) dan Dean Harrison (Silicone Engineering Kawasaki) sekali lagi merangkul tempat di atas podium dengan kedudukan kedua dan ketiga.

(more…)

Sumber imej: Grimsby Telegraph

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Penunggang Honda Racing, Guy Martin, telah membuat keputusan untuk menarik diri dari perlumbaan TT Senior terakhir dalam Isle of Man TT 2017.
  • Disebabkan masa yang terhad diluangkan dalam pembangunan motosikal beserta dengan cuaca yang buruk dan kemalangan superbike Martin pada hari Ahad, keputusan itu dibuat untuk kebaikan semua pihak.
  • “Kami tidak mencatat masa yang diperlukan untuk menjadi cukup kompetitif di sini, kami memerlukan lebih masa untuk mengatur cara motosikal ini dan melakukan hanya enam pusingan (TT Senior) tidak akan mencapai apa yang kami ingin lakukan.”

(more…)

Alan Bonner
  • Perlumbaan Isle of Man TT 2017 telah meragut mangsa ketiga setakat ini setelah tiga orang penunggang meninggal dunia akibat kecederaan yang berlaku ketika perlumbaan.
  • Davey Lambert, Jochem van der Hoek, dan Alan Bonner adalah penunggang yang telah meninggal dunia akibat kecederaan serius ketika perlumbaan masing-masing pada minggu lalu.
  • Penunggang Ireland, Alan Bonner, merupakan penunggang ketiga dan yang terbaru meninggal dunia semasa sesi kelayakan TT Senior pada 7 Jun 2017.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube