- Perlumbaan MotoGP pada hujung minggu yang lalu menyaksikan Andrea Dovizioso (Ducati Team) memenangi perlumbaan dengan begitu selesa di GP Sepanyol di hadapan pasangan penunggang pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa.
- Kemenangan ini merupakan kali pertama Ducati memenangi dua perlumbaan berturut-turut sejak 2010 ketika legenda MotoGP, Casey Stoner, masih berlumba dengan mereka.
- Jorge Lorenzo (Ducati Team) melintasi garisan penamat di P4 di hadapan penunggang-penunggang pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco dan Jonas Folger.
Ianya merupakan hujung minggu perlumbaan MotoGP yang aneh, tidak dijangkakan, namun tetap menakjubkan di Catalunya di mana Andrea Dovizioso melintasi garisan penamat dengan selesa di tempat pertama buat kali kedua berturut-turut di atas jentera Ducati Desmosedici GP17-nya. Dengan kemenangan yang diperolehi ‘DesmoDovi’ ini, ia menandakan buat kali pertamanya sejak tahun 2010 semasa legenda MotoGP, Casey Stoner, yang telah berlumba bagi pasukan itu, Ducati berjaya memenangi dua perlumbaan berturut-turut.
Best moment of the weekend: when you win and meet your euphoric team! #AD04 is on ? #CatalanGP #MotoGP #ForzaDucati #DucatiTeam pic.twitter.com/sUGIyzOqZx
— Ducati Motor (@DucatiMotor) June 11, 2017
Setelah melayakkan diri untuk perlumbaan itu di petak ketujuh di litar Barcelona itu, ianya telah terbukti dengan jelas sekali di mana hampir ke semua jentera Ducati yang berada di atas litar menunjukkan tanda-tanda dominasi dengan mencatatkan masa yang pantas sepanjang sesi latihan dan juga ketika sesi kelayakan. Malah, teman sepasukan Dovi, Jorge Lorenzo, turut berjaya melayakkan di kedudukan yang menakjubkan P2 jika diambil kira yang Lorenzo sendiri baru-baru ini menyatakan yang cubaan menyesuaikan diri dan gaya tunggangannya dengan jentera GP17 sebagai ‘tidak logik’.
Lorenzo juga telah mendahului permulaan perlumbaan dengan selesa sebelum aksi memotong dari penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa, telah mengganggu rentaknya dan menyaksikannya ketinggalan hingga pada kedudukan P10. Namun begitu, menjelang penghujung perlumbaan itu, Lorenzo berjaya mendapatkan rentaknya semula dan menamatkan perlumbaannya di belakang pasangan penunggang Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa.
Dani Pedrosa juga telah mendahului sebahagian daripada perlumbaan berkenaan sebelum deruan hebat Dovizioso dari belakang. Meniti ke penghujung perlumbaan itu, tampak jelas sekali yang Dovizioso tidak perlu memaksa jentera Ducatinya bekerja terlalu keras untuk merampas kedudukan pendahulu perlumbaan dari Pedrosa. Pedrosa yang pada masa itu semakin kehilangan rentaknya akibat kehausan tayarnya, telah dipotong oleh Marquez yang meragut peluang yang tersedia untuk melintasi garisan di P2.
Menamatkan perlumbaannya di tempat kedua terasa bagaikan satu rahmat buat Marquez yang mengharungi hujung minggu yang cukup sukar kali ini di mana dia telah pun terbabas sebanyak lima kali. Tempat kedua ini membantu Juara Dunia MotoGP 2016 ini dengan mata keseluruhan kejohanan yang kini sebanyak 88 mata, menempatkannya di tempat ketiga keseluruhan
Para penunggang dari pasukan Monster Yamaha Tech 3 juga boleh bergembira dengan keputusan yang telah mereka perolehi semalam dengan tempat kelima buat Johann Zarco dan keenam bagi Jonas Folger. Pendatang-pendatang baru MotoGP ini juga pengumpul mata terbanyak bagi Yamaha untuk perlumbaan ini berbanding dengan penunggang pasukan pengilang Movistar Yamaha MotoGP, Valentino Rossi dan Maverick Viñales yang menamatkan perlumbaan di P8 dan P10.
Alvaro Baustista (Pull&Bear Aspar Team) mengakhiri hujung minggu ini dengan positif apabila dia melintasi garisan penamat di P7 membuktikan kepada para penunggang pengilang yang lain bahawa jentera Ducati Desmosedici-nya masih lagi berbisa di tahun 2017 ini. Hector Barbera (Reale Avintia Racing) merupakan penunggang Desmosedici yang berikutnya menamatkan perlumbaan di kedudukan sepuluh teratas setelah menamatkan perlumbaannya di P9.
Here's your #MotoGP Championship standings after the latest round from Catalunya…
?️1️⃣ #MV25
?️2️⃣ #AD04
?️3️⃣ #MM93 pic.twitter.com/8Bu38X7k6Z— BT Sport MotoGP (@btsportmotogp) June 11, 2017
MotoGP akan meneruskan perjalanan mereka dan akan menuju ke Motul TT Assen di Belanda untuk Pusingan 8 di Litar TT Assen yang terkenal pada 25 Jun 2017. Adakan Dovizioso akan meneruskan penguasaan perlumbaannya dan akhirnya membuktikan pada dunia bahawa Ducati mampu memenangi kejohanan ini?
Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini MotoGP.
Sumber: MotoGP