Bikesrepublic

Berita Terkini

 

Pengumuman mengejut berlaku dalam arena MotoGP apabila aksi pertama di GP Qatar dibatalkan susulan kebimbangan Covid-19.

Bagaimanapun, aksi Moto2 dan Moto3 akan berjalan seperti biasa tatkala telahpun berada di Qatar bagi ujian pra-musim sejak dua minggu lalu.

Difahamkan,pembatalan MotoGP Qatar berpunca daripada kerajaan negara itu yang mengenakan sekatan selama dua minggu bagi setiap pengunjung yang baru-baru ini berkunjung ke Itali.

Qatar merekodkan kes pertama Covid-19 semalam.

“Susulan sekatan perjalanan yang dilaksanakan Qatar, kelas premier MotoGP tidak akan bermula di Losail.

“FIM, IRTA dan Dorna dengan dukacita mengumumkan pembatalan perlumbaan MotoGP di GP Qatar,” jelas FIM dalam satu kenyataan.

Tatkala kebimbangan coronavirus semakain meruncing, GP Thailand juga dijangka akan terkesan jadi tidak hairanlah jika MotoGP musim ini akan bermula lebih lewat dari dijadualkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa tiada kenaikan harga akan dilaksanakan terhadap model CKD (pasangan temapatan) buat masa ini.

Awal tahun ini, Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa sebarang model CKD yang terkesan dengan kenaikan harga susulan Open Market Value, kenaikan tersebut akan diserap sepenuhnya oleh kementerian pada 2020.

Presiden UMWT, Ravindran K. menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa cuba menstabilkan harga dengan menyerap seberapa banyak kenaikan yang berlaku.

Ketika ini, model CKD melibatkan Toyota Yaris, Vios, Rush, Hilux, Fortuner, Innova dan Hiace.

Untuk mengetahui harga semua model ini dengan lebih terperinci, layari Toyota.com.my.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Menyedari model Honda S2000 masih lagi menjadi kegilaan, Honda membuat keputusan untuk menghasilkan semula alat ganti jentera popular itu.

Honda baru-baru ini memperkenalkan sebuah laman web berbentuk katalog alat ganti bagi S2000 yang dijangka akan tiba seawal bulan Jun ini.

Bagaimanapun, Honda meminta para pelanggan untuk memaklumkan bahagian alat ganti mana yang harus dihasilkan semula.

Ini bagi membolehkan Honda mengenal pasti alat ganti yang tidak boleh diperolehi daripada pasaran luar.

Orang ramai hanya perlu memuatnaik perkongsian di Facebook atau Twitter dengan #S2000PartsCatalog dan menyatakan bahagian alat ganti yang harus dihasilkan semula.

Peluang ini terbuka hingga 30 April ini dan Honda dijangka mengemaskini katalog S2000 pada Mei sebelum proses pengeluaran bermula pada Jun.

Sebelum ini beberapa langkah sama turut diambil pengeluar lain antaranya, Toyota yang sedang menghasilkan semula alat ganti bagi A70 dan A80 Supra sementara Nissan turut mengumumkan akan mengeluarkan semula alat ganti bagi Skyline R32, R33 dan R34.

(SUMBER: Carscoops)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memperkenalkan promosi Ford Ranger XLT Family bermula hari ini hingga 31 Mei 2020.

Menerusi promosi ini, orang ramai ditawarkan penjimatan istimewa bagi XLT, XLT Plus dan XLT Special Edition.

Pelanggan yang berminat untuk membawa pulang sebuah Ford Ranger XLT Plus bakal menerima penjimatan sehingga RM7,188 manakala penjimatan sehingga RM8,000 menanti pelanggan yang berminat untuk mendapatkan Ford Ranger XLT Special Edition.

Ford Ranger XLT mampu menjana 157.8hp dan 385Nm sekaligus menjadikan trak pikap paling praktikal bagi rakyat Malaysia.

Bagi yang mengharapkan sesuatu yang ekstra, Ford Ranger XLT Special Edition didatangkan dengan paparan sesentuh 9-inci dengan ‘reverse camera’ dan sokongan Android Auto serta Apple CarPlay.

Sementara itu, bagi yang mengejar keterujaan, Ford Ranger XLT Plus menawarkan 178hp dan 420Nm menerusi enjin turbo 2.0L yang disalurkan menerusi transmisi 10-kelajuan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut layari Ford Malaysia.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Tak cukup dengan penunggang motosikal terpaksa berhadapan dengan pelbagai unsur bahaya setiapp hari, seorang lelaki mengalami insiden menggerunkan ketika menunggang di lebuhraya DUKE.

Seorang pengguna Twitter berkongsi bagaimana sahabatnya mengalami kecederaan di muka apabila melanggar tali tangsi yang dengan sengaja diletakkan melintangi lebuhraya terbabit.

Bagaimanapun, kecederaan dialami mungkin lebih serius seandainya menunggang dengan lebih laju.

Difahamkan, tali topi keledar turut terputus susulan daripada kejadian terbabit sekaligus membuktikan tali tangsi terbabit boleh menyebabkan berlakunya kemalangan ngeri.

Ini bukan kali pertama insiden sebegini berlaku, Julai tahun lalu, seorang lelaki hampir putus jari apabila melanggar tali tangsi yang diikat secara melintang di lebuhraya sama.

Dua tahun lalu, seorang lelaki cedera parah di bahagian dagu dan terpaksa menerima 25 jahitan apabila terkena tali tangsi ketika menunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT dekat Kampung Kayu Ara.

Persoalannya, apakah punca disebalik kejadian ini yang ternyata disengajakan?

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

BMW F 900 XR

BMW Motorrad Malaysia melancarkan BMW F 900 R dan F 900 XR, motosikal segmen roadster dan sport touring bagi pasaran tempatan.

BMW F 900 R

Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua pengalaman tunggangan berbeza namun selesa.

BMW F 900 R merupakan jentera dengan pengayaan Sport yang menawarkan tunggangan lebih sporty.

Bagaimanapun, bagi peminat sport touring, F 900 XR merupakan jentera idaman bagi penunggang yang gemarkan tunggangan jarak jauh.

BMW F 900 R

Bagi memastikan keselesaan, F 900 XR dilengkapi dengan penghadang angin yang tinggi sekaligus menonjolkan lagi rupa motosikal pengembaraan.

F 900 R didatangkan dengan tangki 13 liter sementara F 900 XR mampu pergi lebih jauh dengan tangki 15.5 liter.

BMW F 900 XR

Kerangka belakang kedua-dua jentera turut dikemaskini dengan penggunaan bahan keluli sekaligus tampak lebih tirus dan kompak.

BMW F 900 XR

BMW F 900 R dan F 900 XR dilengkapi enjin 900cc yang menjana 105hp pada 8,750rpm dan 92Nm pada 6,500rpm namun menariknya, kedua-duanya menghasilan tork tinggi sekitar 87Nm pada rpm rendah – sekitar 4,500 hingga 8,500rpm.

BMW F 900 R

Antara ciri lain ditawarkan:

  • dua mod tunggangan – Rain dan Road
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS-Pro
  • Dynamic Brake Control (DBC)
  • Drag Torque Control (MSR)

Sistem infotainmen turut dipertingkat dengan paparan 6.5′ berwarna TFT yang boleh dilaras menerusi kawalan BMW Motorrad Multi-Controller.

BMW F 900 R dan F 900 XR boleh didapati di semua pengedar BMW Motorrad Malaysia bermula 29 Februari ini.

Berikut senarai harga:

BMW F 900 R: RM62,500
BMW F 900 XR: RM69,500

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube