Bikesrepublic

Berita Terkini

Sepang International Circuit (SIC) telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekaligus membuktikan komitmen dalam memerangi rasuah di negara ini.

Ikrar tersebut disaksikan sendiri Pengarah Pendidikan Masyarakat SPRM, TPj. Haji Razim Mohd Noor, Ketua Cawangan Sosio Budaya Bahagian Pendidikan Masyarakat PKPj Samsul Salip, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Dato Razlan Razali dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) SIC, Caroline Lee.

Menurut SIC, memerangi rasuah bukan sahaja menjadi tugas SPRM sebaliknya patut menjadi tanggungjawab semua pihak dan orang awam terutamanya mereka yang berkhidmat untuk kerajaan.

“Terdapat lebih 6,000 kes dilaporkan kepada SPRM namun hanya 1,300 kes berkait dengan rasuah ini kerana orang ramai belum memahami sepenuhnya kuasa SPRM. SPRM hanya boleh menjalankan siasatan dan tidak boleh mengenakan tindakan terhadap sebarang pihak dan organisasi, tugas itu dipikul Pejabat Peguam Negara,” jelas Samsul Salip.

Ikrar tersebut dibacakan Dato Razlan Razali sebelum sesi tandatangan yang disaksikan sendiri Caroline Lee.

Usaha ini dilihat akan mempertingkatkan integriti SIC dalam sebarang urusan.

“Ini membuktikan komitmen kami dalam memastikan kami bebas daripada sebarang unsur rasuah. SIC sangat mementingkan profesionalisme dan integriti. Inilah kami semua tekankan,” jelas Razlan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sempena Big Bike Warehouse yang berlangsung hujung minggu ini di Warehouse 15 (belakang Gasket Alley) Modenas Powerstore menawarkan Pulsar NS200 ABS dan Dominar D400 pada kadar istimewa.

Modenas Powerstore yang terlibat dalam acara motosikal terbesar tersebut menawarkan RM9,500 (tidak termasuk insurans/cukai jalan) bagi Pulsar NS200 ABS dan RM13,000 (tidak termasuk insurans/cukai jalan) bagi Dominar D400.

Mencari motosikal untuk tunggangan urban mahupun jarak jauh dengan harga mampu milik, hadirkan diri di Big Bike Warehouse pada 6-8 Mac ini untuk menyaksikan kedua-dua jentera dengan lebih dekat.

Bukan itu sahaja, Modenas Powerstore turut menawarkan pinjaman daripada AEON Credit sekaligus memudahkan proses pembelian motosikal idaman.

Big Bike Warehouse juga akan mempamerkan beberapa jenama motosikal terkemuka lain antarnya Harley-Davidson, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa, Ducati, Kawasaki dan banyak lagi!

Malah, pelbagai aksesori motosikal turut akan ditawarkan antaranya GIVI, Hypergera, Alpinestar, Akrapovic, Petronas & Riders Garage di samping jenama helmet popular, HJC, KYT, Simpson, Bell dan Ruby.

Menariknya, K-Tech turut menawarkan servis semakan terhadap sistem penyerap hentakan motosikal bagi pengunjung yang hadir secara percuma!

Orang ramai yang berminat hanya perlu hadir ke Warehouse 15 – tapak berukuran 11,000 kaki persegi – yang terletak di bahagian belakang Gasket Alley di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Tempat: Warehouse 15 (Gasket Alley)
Tarikh: 6 hingga 8 Mac (10 pagi hingga 7 petang)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Selepas lebih 20 tahun, BMW membuat keputusan untuk mengolah logo sedia ada bagi tahun 2020.

Pengeluar kenderaan Jerman itu bertindak memberi nafas baharu kepada logo ikonik mereka dengan membuang lingkaran hitam dan memilih lingkaran ‘transparent’ sementara aspek lain tampak lebih moden.

Sementara itu, lencana biru dan putih di dalam lingkaran kekal dengan warna biru dan putih.

Timbalan Presiden BMW, Jans Thiemer mengesahkan perkara ini dan memaklumkan bahawa logo baharu itu akan diguna pakai serta-merta di semua platform termasuk media sosial.

“Logo baharu ini menandakan usaha kami untuk tampil lebih telus dan jelas di samping tampak lebih relevan bagi dunia mobiliti dan keterujaan pemanduan masa depan,” jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan logo baharu itu tidak akan diguna pakai terhadap setiap kenderaan yang dihasilkan meskipun jentera Concept i4 memaparkan logo baharu terbabit.

Logo sedia ada ketika ini membuat penampilan pertama pada 1997 dengan BMW telah melaksanakan lebih enam kali pertukaran logo dalam sejarah 103 tahun syarikat itu.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Netizen telah dikejutkan dengan perkongsian video di laman sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penarik kereta telah bergelut dengan pemilik sebuah kereta jenis Toyota Hilux.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik kereta tersebut – seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun – masuk ke dalam kenderaan selepas selesai makan bersama isteri.

Bagaimanapun, dia kemudiannya dihampiri tiga lelaki yang membuka pintu lalu cuba menarik lelaki tersebut keluar.

Senario itu sekaligus mencetuskan pergelutan berdasarkan video dikongsikan laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis.

Salah seorang penarik kereta terbabit kemudian berjaya masuk ke dalam dan menutup pintu dalam percubaan untuk menarik kereta tersebut.

Namun, tindakan itu menyebabkan pemilik tersebut mengalami kecederaan tatkala tangannya tersepit meskipun berulang kali pintu diminta dibuka semula.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, pemilik kenderaan itu berpaut pada kereta itu kerana barangan peribadi masih berada dalam kereta tersebut.

“Dia yang kemudiannya diberi masuk ke dalam kenderaan itu di persimpangan lampu isyarat Taman Sutera Utama, sebelum diturunkan di kawasan Taman Universiti, kira-kira lapan kilometer dari lokasi kejadian,” jelasnya.

Difahamkan, salah seorang daripada tiga lelaki terbabit telah membuat laporan polis dan mendakwa mereka dari pusat institusi kewangan.

Sementara itu, menurut info yang boleh didapati daripada Persatuan Pengguna Islam, penarik kereta harus mengikut standard operating procedure (SOP) seperti berikut:

Hakikatnya, insiden tarik kereta sememangnya boleh dielakkan sekiranya pemilik melunaskan hutang mengikut waktu ditetapkan bagaimanapun, adakah wajar bagi penarik kereta melakukan kekerasan ketika menjalankan tugas?

Kongsikan pendapat anda.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

 

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing, Xavi Vierge dan Jake Dixon sedia memulakan kempen Moto2 2020 di Litar Losail, Qatar hujung minggu ini.

Saingan Moto2 bakal menjadi tumpuan utama minggu ini tatkala aksi kelas premier MotoGP dibatalkan disebabkan kerajaan negara itu mewajibkan setiap pengunjung luar untuk dikuarantin sehingga 2 minggu susulan penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, Vierge tidak terkesan dengan situasi semasa tatkala mahu meneruskan aksi konsisten yang dipamerkan hujung minggu lalu ketika ujian pra-musim.

Meskipun 2020 merupakan tahun pertama bagi Vierge bersama PETRONAS Sprinta namun dia tidak kekok susulan sudah biasa dengna chasis Kalex dan penggunaan enjin Triumph.

“Saya sangat gembira dengan ujian pra-musim terutamanya terhadap kru dan pasukan ini. Setiap hari prestasi saya meningkat dan segalanya tampak positif.

“Saya tak sabar untuk beraksi hujung mini ini kerana perlumbaan kali ini unik dan istimewa. Tetapi apa yang penting adalah menamatkan perlumbaan kerana musim yang panjang menanti,” jelas Vierge.

Malangnya, nasib sama tidak menimpa Dixon yang mengalami kecederaan jari ketika ujian pra-musim di Jerez.

Dia tidak dapat melakukan ujian optimum sebaliknya terhad kepada proses penyesuaian terhadap jentera baharu.

Bagaimanapun, Dixon kekal positif dalam melakar keputusan baik pada Ahad.

“Ujian pra-musim di Qatar tidak sebagus diharapkan tetapi bagi saya ketika ini adalah menyesuaikan diri dengan jentera. Saya tidak bimbang kerana saya tahun aspek yang saya perlu fokuskan.

“Disebabkan aksi MotoGP dibatalkan jadi perlumbaan kami akan bermula di sebelah petang, saya berharap kami akan dapat melakar keputusan positif,” katanya.

Aksi Moto2 bakal menjadi tumpuan utama di litar sepanjang 5.4km itu susulan pembatalan kelas premier.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Tahun lalu, jenama fesyen streetwear Jepun, AAPE by A Bathing Ape telah berkolaborasi dengan Island Motors – pengedar Suzuki di Hong Kong – bagi menghasilkan beberapa buah model Jimny edisi terhad.

Jentera terbabit tampil dengan warna ‘camo’ dan logo AAPE by A Bathing Ape berwarna putih.

Bagaimanapun, bagi peminat ‘hypebeast’ yang terlepas peluang mendapatkan model unik ini, AAPE by A Bathing Ape telah melancarkan versi yang lebih ‘mampu milik’.

Datang dalam bentuk model kereta berskala 1:18 dan 1:64, model kereta terbabit boleh didapati di seluruh kedai AAPE.

(SUMBER: Hypebeast)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube