Bikesrepublic

Berita Terkini

Gambar hiasan

Memandu dalam keadaan mabuk merupakan senario yang membahayakan bagi setiap pengguna jalan raya.

Bagaimanapun, saban tahun kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk dan khayal sering kali berlaku dan baru-baru ini seorang petugas bank – yang baru saja menyambut hari lahir – meninggal dunia susulan dilanggar pemandu mabuk.

Tidak hairanlah rata-rata rakyat Malaysia menggesa agar peraturan dan perundangan sedia ada diperketatkan agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Antara cadangan diutarakan adalah mengenakan tindakan yang lebih keras terhadap pemandu mabuk di samping mencadangkan agar penjualan arak di Malaysia diharamkan serta-merta.

Baru-baru ini beberapa rakyat Malaysia telah bertindak melaksanakan petisyen di Change.org untuk mengharamkan penjualan arak seluruh Malaysia.

Ketika ini lebih 19 ribu individu telah pun menyatakan sokongan mereka terhadap pengharaman ini.

Meskipun Malaysia menghampiri tahun 2020 namun terdapat segelintir daripada kita yang masih mengekalkan mentaliti kelas ketiga.

Antara sikap yang sukar ditangani adalah tindakan membuang sampah ke luar kereta sekaligus membuatkan jalan raya di Malaysia dipenuhi sampah sarap.

Baru-baru ini pengguna Facebook Azham Aizad berkongsi rakaman video dashcam yang memaparkan penumpang sebuah kereta hitam bertindak membuang sampah ke luar.


Video berdurasi 57 saat itu jelas menunjukkan insiden tersebut berlaku ketika berhenti di lampu isyarat.

Azham yang menyaksikan kejadian tersebut terus keluar daripada kenderaannya lalu mengambil sampah tersebut dan meletakkan di bahagian cermin depan dan mengepitnya pada pengelap cermin.

Tindakan Azham mendapat pujian netizen kerana berjaya mengajar pemandu dan penumpang kereta terbabit.

 

Gambar hiasan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal mematuhi arahan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama.

Menurut laporan The Star, pemandu hanya akan diberikan amaran dan peringatan untuk memasang kerusi kanak-kanak terbabit.

Isu penggunaan kerusi kanak-kanak menjadi hangat apabila Kementerian Pengangkutan mewajibkan penggunaan alat tersebut setelah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya mendapati hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan kerusi terbabit.

Bagaimanapun, bagi menggalakan penggunaan kerusi kanak-kanak tersebut, tiada duti import akan dikenakan sementara duti eksais akan dikurangkan kepada 5 peratus.

Bajaj mencuri tumpuan apabila mengesahkan kerjasama dengan Triumph bagi menghasilkan jentera segmen kecil dan sederhana namun kali ini pengeluar motosikal India itu bakal meneruskan kesinambungan tersebut dengan anak syarikat, KTM bagi menghasilkan motosikal elektrik.

Difahamkan, KTM akan mengguna pakai asas motosikal eletrik yang terdapat pada Bajaj Chetak bagi menghasilkan jentera mereka sendiri.

Ketika ini KTM dan Husqvarna telah pun menghasilkan jentera elektrik namun kedua-duanya tidak sah untuk digunakan di jalan raya.

Bagaimanapun, kerjasama KTM-Bajaj bakal menyaksikan pengeluar motosikal Austria itu menghasilkan jentera elektrik ‘road legal’ sulung bercirikan sebuah skuter.

Meskipun Bajaj Chetak hanya akan diperkenalkan Januari 2020 namun Bajaj telah pun merancang berkongsi platform dengan KTM.

(SUMBER: India Times)

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof mendedahkan bahawa kereta terbang akan memulakan penerbangan ujian, Khamis ini.

Menurut laporan Harian Metro, pihak yang membangunkan projek kereta terbang tersebut meminta agar sesi ujian dijalankan secara tertutup dengan lokasi dan waktu ujian tidak didedahkan kepada umum.

“Perincian sesi pandu uji tidak boleh didedahkan bagi menghormati permintaan mereka,” jelasnya.

Bagaimanapun, difahamkan sesi ujian tersebut akan dihadiri wakil daripada pihak kerajaan dan pembangkang.

Sementara itu, Redzuan menjelaskan kerajaan masih belum menetapkan sama ada akan mengeluarkan kereta terbang nasional meskipun ujian penerbangan tersebut akan menunjukan keputusan positif.

(SUMBER: Harian Metro)

Sumber: autocarindia

Media tempatan melaporkan Yamaha MT-15 telah dikesan menjalani sesi ujian di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)!

Menurut laporan Pandulaju, mereka telah menerima beberapa imej yang dihantar pembaca yang memaparkan sebuah jentera Yamaha yang menyerupai MT-15.

Meskipun tiada kepastian sama ada jentera tersebut merujuk kepada MT-15 mahupun MT-25 namun melihat kepada kehadiran penutup radiator dibahagian depan (meskipun agak kabur) kami mengagak model ditayangkan tersebut merupakan MT-15.

Ketika ini tiada maklumat rasmi daripada pihak Hong Leong Yamaha Malaysia bahawa model yang tersebut akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat.

Sekiranya dibawa masuk untuk pasaran Malaysia, pastinya menawarkan pilihan yang lebih banyak untuk rakyat Malaysia tatkala segmen 150cc cukup popular masa kini dengan model Yamaha R15 dan Y15ZR.

Meskipun Yamaha MT-15 tidak dibawa masuk ke pasaran negara ketika ini namun terdapat beberapa pemilik motosikal telah pun ‘convert’ jentera Yamaha FZ150 kepada jentera yang menyerupai MT-15.

Saksikan jentera tersebut dibawah:

(Sumber video: Hafeez Carmess @ Facebook)

Model MT-15 mendapat perhatian tinggi ketika diperkenalkan di Indnesia pada 2015 dengan harga sekitar RM16,000.

(SUMBER: Pandulaju)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube