Bikesrepublic

Berita Terkini

Bagi yang mahu memasang RFID secara percuma, hari ini merupakan hari terakhir bagi yang berminat kerana bermula 15 Februari, caj pemasangan RM35 dikenakan seperti yang diumumkan Touch ‘n Go baru-baru ini.

Meskipun masih berbaki tiga hari tetapi sistem RFID akan menjalani penyelenggaraan dari 12 hingga 14 Februari ini.

 

Menurut Touch ‘n Go, pemasangan tag RFID hanya boleh didapati di 14 lokasi sekitar Lembah Klang dan dua lokasi di Johor Bahru.

Bagi yang berminat untuk melakukan pemasangan hari ini diingatkan untuk mempunyai aplikasi Touch n’Go eWallet dan mendaftar DISINI.

AIA General berhad menawarkan perlindungan komprehensif berkonsepkan kekeluargaan menerusi Family Drive yang bukan sahaja melindungi pemandu dan penumpang malah ahli keluarga.

AIA Family Drive merupakan insurans yang melindungi kerugian dan kerosakan kenderaan yang berpunca daripada pemandu/pemilik serta pihak ketiga.

Antara perlindungan yang ditawarkan adalah:

Perlindungan kemalangan diri – pemandu atau ahli keluarga yang menggunakan kereta yang telah dilindungi AIA Family Drive akan mendapat perlindungan sehingga RM250,000.

Perlindungan terhadap liabiliti undang-undang – melibatkan pemandu dan pihak ketiga yang mengalami kecederaan/kematian serta kerosakan harta benda.

Perlindungan automatik – terhadap semua pemandu yang memandu kenderaan ketika berlakunya kemalangan/kecederaan/kematian.

Bagi meringkan lagi beban, pelanggan yang berdaftar dengan AIA Family Drive akan menerima Elaun Kesulitan sebanyak RM600 sekiranya kereta terlibat kemalangan.

AIA Family Drive turut menawarkan bantuan Roadside Assist yang lengkap seperti berikut:

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AIA General Berhad, Eric Chang memaklumkan Family Drive lahir daripada permintaan pasaran ketika ini.

CEO AIA General Berhad, Eric Chang

“Penyelidikan pasaran yang kami jalankan telah mengenal pasti pelbagai kebimbangan pelanggan terutamanya dari segi peningkatan trend dalam kalangan mereka yang berkeluarga yang risau akan keselamatan keluarga mereka dan kesulitan yang dihadapi akibat kemalangan.

“Family Drive adalah antara pelan dan polisi insurans inovatif yang pertama daripada pelbagai produk yang bakal dilancarkan oleh AIA General Berhad,” jelasnya.

Sempena memasuki tahun 2020, Modenas Powerstore mengadakan promosi istimewa kepada para pengunjung!

Bagi setiap pelanggan yang datang hantar jentera Modenas Pulsar NS/RS, Dominar dan V15 untuk servis, setiap pelanggan akan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah berupa sebuah helmet HJC CS-15 bernilai RM519!

Menariknya, promosi tersebut akan berjalan setiap bulan hingga Disember 2020, ini bermakna seorang pelanggan bertuah akan membawa balik helmet baharu setiap bulan.

Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian Modenas Pulsar NS200 ABS di Modenas Powerstore, pelanggan akan menerima sebuah helmet full-face jenama SOL bernilai RM250.

Semua promosi ini adalah ekslusif bagi pelanggan Modenas Powerstore di Kota Damansara.

Sementara itu, bagi yang berminat untuk tunggang uji Modenas Pulsar NS200 ABS 2020, orang ramai dijemput hadir ke Modenas Powerstore di Kota Damansara pada 15-16 Februari ini.

Peluang tunggang uji disediakan bagi pengungjung yang hadir pada hari tersebut.

Niat nak beli motosikal jenis naked sport tapi teringin nak tunggang uji terlebih dahulu? Jom beramai-ramai singgah di Modenas Powerstore, Kota Damansara pada 15-16 Februari ini untuk merasai sendiri Modenas Pulsar NS200 ABS 2020!

Pulsar NS200 merupakan model paling popular dalam keluarga Modenas sejak menjalinkan kerjasama dengan Bajaj dan bagi 2020, model popular itu kini dipertingkat dengan sistem Anti-Lock Braking System (ABS) single-channel.

Fungsi ABS penting dalam memastikan jentera sentiasa berada dalam terkawal tidak kira dalam apa jua keadaan terutamanya ketika menghadapi permukaan jalan yang basah atau berpasir.

Dalam pasaran, jentera yang menawarkan sistem ABS rata-rata mencecah harga puluhan ribu ringgit tetapi Modenas Powerstore menawarkan Pulsar NS200 ABS 2020 dengan harga RM9,780 (merangkumi cukai julan dan insurans first party).

Bagi yang hadir untuk sesi tunggang uji, jangan lupa untuk membawa lesen dan IC untuk pendaftaran. Orang ramai boleh menguji jentera terbabit sekitar Kota Damansara dibawah pemantauan marshall.

Jadi kalau berminat untuk mencuba sendiri Pulsar NS200 ABS jom beramai-rami ke Modenas Powerstore Kota Damansara pada 15-16 Februari ini!

 

Danilo Petrucci

Pelumba Ducati, Danilo Petrucci akur bergelut untuk menyaingi kelajuan yang dipamerkan pelumba lain.

Ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berakhir semalam dengan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo mendominasi catatan masa terbaik bagi ketiga-tiga hari.

Petrucci menamatkan hari terakhir ujian pra-musim di kedudukan keenam sementara pelumba satelit Pramac Ducati, Francesco Bagnaia, mencatat keputusan yang lebih baik untuk menduduki kedudukan keempat dengan 1 minit 58.502 saat.

Andrea Dovizioso

Rakan sepasukan, Andrea Dovizioso turut gagal melakar catatan masa 10 terbaik apabila sekadar menduduki tempat ke-12 dengan masa 1 minit 58.859.

Bagaimanapun, kedua-dua wakil Ducati itu bergelut untuk mengekalkan catatan masa bawah 1 minit 59 saat lebih daripada 10 lap sementara Maverick Vinales (Yamaha), Marc Marquez (Honda), Alex Rins (Suzuki) termasuk Espargaro (KTM) berjaya merekodkan catatan masa yang lebih konsisten.

Pol Espargaro

“Fokus Maverick (Vinales) dan Marc (Marquez) mungkin berbeza dan saya berasakan mereka pelumba yang laju, (Aleix) Espargaro turut pamer tunggangan yang pantas termasuklah Rins dan Quartararo.

“Mereka berjaya mengekalkan catatan masa bawah 1’59s lebih daripada 10 lap dan kami bergelut untuk menyamai catatan ini,” jelasnya kepada motorsport.com.

Ujian pra-musim kedua akan diteruskan di Litar Losail, Qatar sebelum aksi pembukaan tirai bermula di litar sama pada 8 Mac ini.

Ujian pra-musim Winter Test di Litar Antarabangsa Sepang berakhir hari ini dengan Fabio Quartararo meneruskan kecemerlangan untuk tiga hari berturut-turut.

Pelumba pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu merekodkan masa terpantas hari ini dengan 1 minit 58.349 saat.

Catatan itu juga yang terpantas direkodkan Quartararo berbanding hari pertama dan kedua.

Cal Crutchlow (LCR Honda) merekodkan catatan masa kedua terbaik dengan 1’58.431s diikuti Alex Rins (Suzuki Ecstar) dengan 1’58.450s.

Hari terakhir ujian pra-musim turut menyaksikan pelumba uji Monster Energy Yamaha, Jorge Lorenzo memuat penampilan dan muncul ke-20 terpantas hari ini dengan 1’59.697s.

Sementara itu, pertahan juara, Marc Marquez (Repsol Honda), yang belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu, muncul ke-12 terpantas dengan 1’58.772s.

Para pelumba akan menjalani ujian pra-musim terakhir di Litar Losail, Qatar sebelum musim 2020 membuka tirai di litar sama 8 Mac ini.

Berikut keputusan penuh hari ketiga:

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube