Berita baik buat peminat jentera Bajaj Pulsar 200 apabila difahamkan pengeluar motosikal kedua terbesar di India itu sedang dalam proses menghasilkan model Pulsar NS250.
Tatkala model Pulsar NS200 dan RS200 dihasilkan daripada enjin 199.5cc milik KTM Duke 200 dan RC200, model NS250 bakal mengguna pakai enjin KTM Duke 250 – yang akan di ‘tune’bagi menyesuaikan dengan kelengkapan yang terdapat di jentera Bajaj.
Sumber : SRK Design
Difahamkan, jentera baharu ini disebut-sebut bakal memasuki pasaran India sekitara awal tahun 2020.
Model NS200 berjaya menarik minat orang ramai di India namun permintaan tinggi untuk model Yamaha FZ25 telah memaksa Bajaj untuk menghasilkan jentera dengan enjin yang lebih besar.
Difahamkan, Pulsar NS250 bakal didatangkan dengan ABS dual-channel seperti Dominar 400.
Buat masa ini, masih tiada makluman sama ada model ini akan dijual di Malaysia namun apa yang pasti MotoMalaya akan mengikuti perkembangan jentera ini dalam masa terdekat!
Honda Big Wing telah melancarkan dua model baharu di Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, semalam.
Kelibat kedua-dua model tersebut – Honda CBR 650R dan CB 650R – yang sebelum ini dipamerkan kepada orang ramai buat julung kalinya di EICMA 2018 kini sudah berada di Malaysia!
Orang ramai yang berminat untuk melihat kedua-dua model ini dengan lebih dekat boleh bertandang ke Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung dari 11 hingga 14 April ini.
Ramai yang ternanti-nanti akan ketibaan kedua-dua model ini ekoran harga yang ditawarkan cukup kompetitif dengan CBR 650R dijual pada harga RM45,499 sementara CB 650R dijual pada harga RM43,499.
Bagi peminat sportbike, sudah tentu model CBR 650R menjadi pilihan apatah lagi Honda bertindak bijak dengan mengekalkan beberapa ciri dan reka bentuk yang dimiliki abangnya, CB 1000RR. Bukan itu sahaja, bagi memastikan elemen sportbike, model CBR 650R adalah 6 kg lebih ringan berbanding model CBR 650F dan menawarkan posisi tunggangan yang lebih sporty.
Antara ciri-ciri lain terdapat di CBR 650R:
fork SHOWA dengan Separate Fork Function (SFF) boleh laras
Upside-down fork
Brek kaliper empat omboh
Honda Selectable Torque Control (HSTC)
Assist/Slipper Clutch
Lampu LED
Paparan LCD
Honda CBR 650R didatangkan dalam dua pilihan warna; Grand Prix Red dan Gunpowder Black Metallic
Bagaimanapun, jika anda bukan peminat sportbike, usah gusar kerana Honda turut memperkenalkan model CB 650R Neo Sports Cafe!
Model tersebut merupakan unit ‘mid range’ selepas Honda memperkenalkan model nake CB 1000R dan CB 250R tahun lalu.
Rekaan minimalis tersebut merupakan gabungan di antara elemen motosikal cafe racer dan ‘trapezoid’ sekaligus akan menarik perhatian orang ramai!
Antara ciri-ciri yang terdapat di CB 650R:
fork SHOWA dengan Separate Fork Function (SFF) boleh laras
Upside-down fork
Brek kaliper empat omboh
Honda Selectable Torque Control (HSTC)
Assist/Slipper Clutch
Honda CB 650R didatangkan dalam dua pilihan warna; Candy Chromosphere dan Graphite Black
UMW Toyota Motor sekali lagi mewarnai Malaysia Autoshow 2019 yang bermula semalam sehingga 14 April ini di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Terletak di Hall A, Toyota mempamerkan beberapa model antaranya enam model baharu termasuk Toyota Yaris yang akan dilancarkan bulan ini.
“Barisan model Toyota di Malaysia telah pun dinaik taraf namun kami masih ada beberapa model yang akan dilancarkan dalam tempoh enam bulan ini. Di ‘booth’ Toyota, kami membawakan model terbaru untuk tatapan pengunjung dan ini termasuk Toyota Yaris yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,”kata Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor.
Toyota juga memberi peluang kepada pengunjung bukan sahaja untuk bergambar malah merasai sendiri pengalaman memandu jentera Toyota menerusi sesi pandu uji yang disediakan.
Selain daripada Toyota Yaris, model lain yang turut dipamerkan adalah Vios serba baharu, Camry 2.5, CH-R 2019, Innova 2.0GX dan Hilux 2.4G Limited Edition.
Pengunjung juga boleh mengambil peluang ini untuk mempelajari servis pelbagai yang disediakan Toyota antaranya skim pembiayaan Toyota Capital EasyGrad yang menjanjikan bayaran bulanan rendah dan bayaran pendahuluan serendah 10 peratus.
Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-88-TOYOTA.
PROTON telah melanjutkan usaha sama bersama PETRONAS Lubrincatns Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan PETRONAS Lubricants Intertional (PLI) selama 10 tahun sekaligus memastikan penghasilan dan penghantaran produk pelincir berlangsung dengan lebih lancar.
Perjanjian Pembekalan, Teknologi, Komersial dan Kerjasama Global (STCCA) telah disaksikan sendiri Ketua Wilayah bagi OEM APAC, Andrew Wong, Ketua Pegawai Perolehan PROTON, Lim Meng Jin dan Pengarah Kanan Strategi Korporat, Yusri Yusof.
Sementara itu, Perjanjian Pembekalan dan Kerjasama Komersial Tempatan (LSCCA) telah ditandangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Hardeep Singh yang mewakili PETRONAS sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Jualan B2C, Gan Kher Yang.
Sesi menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB dan Pengerusi PLMM dan PLI serta Giuseppe D’Arrigo, Ketua Pegawai Eksekutif PLI. Pihak PROTON pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed.
“PROTON dan PETRONAS telah bekerjasama sejak dahulu lagi, jadi tidak hairanlah sekiranya kami ingin melanjutkan tempoh perjanjian kerjasama ini. PROTON bakal menghasilkan pelbagai model baharu yang menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka dengan lebih
mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama PETRONAS yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong.
Sementara itu, Dato Sri Syed Zainal Abidin meluahkan keterujaan ekoran diberi kepercayaan untuk tempoh 10 tahun untuk terus menjadi pembekal rasmi PROTON.
“PETRONAS telah menjadi pembekal cecair rasmi kepada PROTON sejak 1989. Kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian ini kerana ini merupakan bukti jelas kepercayaan dan keyakinan PROTON terhadap produk dan perkhidmatan kami,” katanya.