Bikesrepublic

Berita Terkini

Ferrari bakal menerima dua anugerah berprestij di Red Dot Award: Product Design 2019 yang akan berlangsung di Essen, Jerman pada 8 July depan.

Dua anugerah tersebut – Anugerah Best of the Best bagi Monza SP1 dan anugerah kehormat bagi pasukan pereka Ferrari yang diketuai Flavio Manzoni.

Sejak 2015, Ferrari telah merangkul 14 anugerah bagi Red Dot Award: Product Design dengan anugerah Best of the Best merupakan pencapaian kelima berturut-turut bagi Ferrari – selepas FXX-K, 488 GTB, J50 dan Portofino.

Dalam sejarah automotif, tiada pengeluar lain yang berjaya merekodkan pencapaian sama.

Sementara itu, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Anugerah Red Dot, Prof. Dr. Peter Zec berkata Ferrari memahami konsep pembuatan kereta mewah.

“Mereka faham bagaimana untuk membina kereta yang akan menjadi rebutan ramai. Pereka mereka menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan jentera yang tiada tolok bandingya,”katanya.

“Anugerah ini meningkatkan lagi semangat Pasukan Pereka Ferrari untuk menghasilkan jentera yang lebih kreatif,” ujar Timbalan Presiden Bahagian Rekaan Ferrari, Flavio Manzoni.

BMW Motorroad Malaysia bakal mengumpulkan peminat jentera dua roda seluruh negara bagi merancakkan BMW Night Fuel Edisi Ke-6 yang akan berlangsung 22 Jun ini di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi.

Mengembara ke seluruh Malaysia sejak diadakan pada 2016, BMW Night Fuel kembali ke Kuala Lumpur sekali lagi bagi tahun ini.

Meraikan ‘Making Life A Ride’, BMW Motorrad Night Fuel Malaysia merupakan antara acara terbesar yang membabitkan peminat jentera motosikal premium di seluruh Malaysia terutamanya bagi semua pemilik BMW Motorrad.

Berlangsung pada 22 Jun ini, acara tersebut akan dipenuhi dengan makanan, muzik, dan majlis pelancaran beberapa model baharu daripada BMW Motorrad Malaysia termasuk peluang memenangi model GS menerusi cabutan bertuah!

Antara yang akan merancakkan lagi majlis tersebut adalah kehadiran, TC Buskers, Arjuna Band dan persembahan istimewa oleh legenda rock tanah air!

Maklumat acara:

Tarikh:   22 Jun 2019
Masa:      7 petang hingga 11 malam
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Dapatkan tiket anda – bernilai RM90 – menerusi pendaftaran atas talin yang dibuka hari ini sehingga Isnin, 17 Jun sementara RM110 dikenakan bagi mereka yang membeli tiket di tempat acara.

 

Sumber: FMT

Perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go akan ditutup di Lebuhraya Utara Selatan bermula 30 Mei hingga 10 Jun ini dalam usaha untuk memastikan kelancaran trafik.

Dalam pengumuman yang dibuat di laman Facebook, PLUS Malaysia menasihatkan pengguna jalan raya agar menggunakan servis tambah nilai di kiosk yang terletak di kawasan rehat sepanjang lebuhraya.

Sumber: PLUS Malaysia @ Facebook

Sementara itu, PLUS menawarkan diskaun 20 peratus di semua tol PLUS di hari pertama Aidilfitri dari 12 malam hingga 11.59 pagi.

Sumber: PLUS Malaysia @ Facebook

Antara lebuhraya terlibat:

  • North-South Expressway (NSE)
  • New Klang Valley Expressway (NKVE)
  • Seremban-Port Dickson Expressway (SPDH)
  • North-South Expressway Central Link (ELITE)
  • Malaysia-Singapore Second Link Highway (Linkedua)
  • Butterworth-Kulim Expressway (BKE)
  • East-Coast Expressway 2 (LPT2)
  • Penang Bridge
Sumber: Sam Tham @ The Star

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa pihak berkuasa untuk membina laluan motosikal di sepanjang Lebuhraya Pulau Indah sebagai langkah untuk mengurangkan kadar kemalangan maut terutamanya melibatkan penunggang motosikal.

Lebuhraya Pulau Indah merekodkan lebih 2,700 kemalangan sejak 2007 dengan 26 kematian dicatatkan.

“Terlalu banyak kemalangan maut berlaku melibatkan penunggang motosikal di Lebuhraya Pulau Indah. Laluan sibuk dan banyak lori yang menggunakan jalan tersebut.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa lain yang ketika ini sedang melaksanakan kerja-kerja naik taraf perlu membina laluan motosikal,” katanya.

Abdullah Sani berkata kebanyakan penunggang motosikal adalah golongan B40.

“Pihak JKR perlu terbuka dalam cadangan ini dan kerajaan persekutuan perlu menyediakan suntikan kewangan agar cadangan ini dapat dilaksanakan,” tambahnya yang turut akan membawa perkara ini ke persidangan Parlimen nanti.

Difahamkan, Honda sedang dalam proses pembikinan motosikal ‘adventure’ baharu – CRF850L atau Africa Twin dengan enjin yang lebih kecil.

Menurut khabar angin tersebut, model tersebut akan ditayangkan pada 2020 dan akan dijual sebagai model tahun berikutnya.

Bagaimanapun, masih tiada kepastian tentang reka bentuk sebenar model ini. Tetapi difahamkan, CRF850L akan memiliki mengekalkan rekaan sama seperti Africa Twin.

Model ini juga dijangka akan didatangkan dengan enjin ‘in-line twin’ yang lebih kecil.

Sementara itu, timbul laporan bahawa Honda akan memperkenalkan Africa Twin dengan enjin yang lebih besar tahun depan.

Besar kemungkinan CRF1000L akan berubah ke CRF1100L, sekaligus dapat memenuhi piawaian Euro 5 dan Euro 5 tanpa perlu mengorbankan kuasa enjin.

Oleh itu, kehadiran CRF850L adalah satu gerakan yang relevan buat Honda terutamanya bagi merancakkan segmen ‘middleweight’.

CRF850L akan menjadi pesaing terhadap jentera ‘adventure’ lain antaranya Yamaha Tenere 700, F850GS dan KTM 790 Adventure R.

 

Suzuki dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan Suzuki Katana dengan spesifikasi yang lebih premium – diberi nama Suzuki Katana R.

Menurut laporan di Jepun, model edisi terhad tersebut akan diberi nama Suzuki Katana 1135R dan akan berkongsi beberapa spesifikasi sama yang terdapat pada Suzuki GSX-R1000R.

Jadi peminat Suzuki boleh menjangkakan Katana R akan memiliki penyerap hentakan depan dan belakang serta sistem brek premium dan kuasa yang jitu sepertimana yang terdapat pada GSX-R1000R.

Rekaan ‘swingarm’ juga tampil serba baharu termasuk ergonomik yang lebih sporty susulan penggunaan ‘clip-on handlebar’ dan fairing depan yang lebih rendah.

Ketika ini imej yang dikongsi hanyalah sekadar tanggapan awal sahaja dan tiada maklumat sahih yang mengesahkan bahawa ini adalah rekaan sebenar Katana R.

Apa yang pasti peminat jentera dua roda tidak sabar menanti apakah rekaan sebenar Suzuki Katana 1135R.

Katana merupakan antara model keluaran Suzuki yang popular dan digunakan sebagai model touring dari tahun 1981 sehingga 2006.

Suzuki telah menghasilkan varian 550cc, 650cc, 750cc dan 1100cc bagi Katana sejak diperkenalkan.

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube