Bikesrepublic

Berita Terkini

Pengeluar motosikal elektrik Sweden, CAKE mencuri tumpuan apabila memperkenalkan Kalk namun mereka kembali membuka mata ramai pihak menerusi model Osa.

CAKE Osa merupakan motosikal elektrik yang bagaikan sebuah kenderaan pelbagai guna, bukanlah seperti BMW GS mahupun Honda Africa Twin, sebaliknya sebuah motosikal mini yang berkemampuan melakukan banyak perkara.

Menurut CAKE, Osa didatangkan dengan dua varian Osa+ (versi premium) menawarkan kelajuan sehingga 100km/j manakala Osa Lite sekadar 50km/j.

Manakala pelanggan boleh memilih dua jenis bateri, 1.5kWh atau 2.6kWh.

Aspek rekaan pula paling menarik dan luar biasa dengan CAKE mendakwa rekaan ‘modular’ Osa bertindak sebagai ‘work bench’ dan kemampuan menunggang ‘off-road’.

Bukan itu sahaja, CAKE Osa turut mampu bertindak sebagai ‘power bank’ bagi yang memerlukan sokongan elektrik tidak kira di mana anda berada.

Pelanggan juga mampu membuat tetapan sendiri mengikut kreativiti seperti sebuah perabot IKEA!

Jadi tidak hairanlah, seperti perabot IKEA lain, CAKE Osa ditawarkan dengan harga USD8,500 (RM35,228).

Gambar hiasan

Kerajaan negeri Johor telah diberikan suntikan dana sebanyak RM336 Juta oleh kerajaan pusat untuk naik taraf jalan raya di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, RM65 juta daripada dana terbabit telah pun disalurkan bagi fasa pertama projek Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Projek tersebut turut membuka peluang kepada lebih 545 tawaran bekerja dengan undian terbuka telah pun dijalankan bagi memberi peluang kepada semua kontraktor untuk mendapatkan pekerjaan terbabit.

“Cara ini akan memastikan pelantikan kontraktor adalah telus,” jelas Datuk Dr Sahruddin menurut laporan Bernama.

(SUMBER: theSundaily)

Jangan lupa ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Bagi memudahkan pengalaman selepas jualan pelanggan, PROTON melancarkan Pusat 3S baharu di Puchong.

Terletak di Bandar Bukit Puchong dan mudah diakses melalui Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Pusat 3S ini menelan belanja lebih RM2.5 juta dan menawarkan pelbagai kemudahan antaranya, pusat servis, ruang pameran, port mengecas laptop, Wi-Fi percuma dan sebuah coffee bar.

Sehingga kini, PROTON memiliki sejumlah 120 pusat 3S dan 4S yang merupakan paling banyak di Malaysia.

“Selain daripada menawarkan produk pelbagai, kekuatan sesebuah syarikat terletak pada jaringan yang ada. Inilah sebabnya PROTON meletakkan fokus terhadap memperkembangkan jaringan ini bagi mendekatkan pelanggan dengan kami.

“Untuk itu kami berasa bangga kerana pelanggan lebih berminat untuk memilih PROTON sebagai jenama utama ketika membuat pembelian kenderaan.

“Kami telah menjual lebih 100,821 kereta pada 2019,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato Radzaif Mohamed.

Pusat 3S terbaru itu dilancarkan boleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan disaksikan oleh Exco Selangor, Ng Sze Han.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Youtube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Sumber: MotoGP

Pengurus pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Dato Razlan Razali, akui mengandingkan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo merupakan satu pilihan yang sangat menarik.

Pada masa sama, dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa gandingan kedua-dua pelumba veteran itu mungkin agak rumit.

Petronas Yamaha SRT bakal kehilangan khidmat Fabio Quartararo tatkala dia telapun dilamar pasukan Factory Yamaha bagi musim 2021 sementara Franco Morbidelli memasuki tahun terakhir kontraknya musim ini.

Ini bermakna, Petronas mempunyai dua kekosongan seandainya tidak menyambung khidmat Morbidelli dan kebarangkalian menggabungkan Rossi dan Lorenzo dilihat sebagai salah satu pilihan yang ada bagi tahun 2021.

Rossi sendiri mengakui berminat untuk berhijrah ke Petronas sekiranya masih mahu meneruskan kariernya di usia 42 tahun.

“Petronas merupakan pilihan terbaik. Mereka memiliki pasukan muda yang berpotensi, kewangan yang kukuh dan mereka sangat serius,” ujar Rossi ketika ujian pra-musim di Sepang.

Sementara itu, terdapat spekulasi bahawa Lorenzo – yang telah kembali ke Yamaha selaku pelumba uji – akan membuat pusingan U daripada persaraan sekiranya berjaya menemui jentera yang laju.

Meskipun, ketika ini gandingan Rossi-Lorenzo sekadar satu kemungkinan tetapi Razlan mengakui akan mengambil kira kedua-dua pelumba itu bila sampai waktunya nanti.

“Rumit tetapi menarik. Musim 2020 masih belum membuka tirai jadi kami akan mempertimbangkan perkara ini bila sampai waktunya nanti,” jelas Razlan.

(SUMBER: Crash.net)

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Shukri Yahaya merampas kemenangan perlumbaan dua Vios Challenge kategori promotional selepas berjaya menyekat kemaraan Nabil Ahmad di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Shukri yang menamatkan aksi perlumbaan satu semalam di tempat ketiga, mempamerkan pemanduan lebih konsisten kali ini.

Sementara itu, Nabil harus berpuas hati di tempat kedua tatkala berjaya mengekalkan tempat kedua sepertimana dilakukannya semalam.

Bagaimanapun, tumpuan sepanjang perlumbaan terarah kepada tempat ketiga, Shawn Lee dan Janna Nick.

Kedua-duanya berentap untuk merebut tempat ketiga tatkala Shawn mengekori rapat Janna sepanjang perlumbaan.

Ketika aksi berbaki 4 lap, Shawn Lee tampil lebih agresif dan cuba memintas Janna namun berlaku pelanggaran sehingga menyebabkan jentera Janna terpaksa bersara lebih awal.

Penentuan juara Vios Challenge bagi kategori promotional akan ditentukan di peringkat akhir Toyota Gazoo Racing Festival yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, selepas ini.

Perlumbaan dua Vios Challenge kategori Super Sporting menyaksikan Freddie Ang daripada pasukan Telagamas Toyota muncul juara.

Dia berjaya mengetepikan cabaran William Ho yang terpaksa akur di tempat kedua sementara Boy Wong lengkapkan podium dengan kedudukan ketiga.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan terhadap pelumba M7 Japan Project Team, Syafiq Ali yang memandu jentera no.7.

Meskipun beraksi di litar yang agak sempit namun situasi itu tidak menyekat peluang Syafiq yang mempamerkan pemanduan mantap untuk menamatkan aksi di tempat keempat.

Dia menampilkan aksi agresif sehingga menarik sorakan pengunjung yang hadir di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini.

Ketika perlumbaan berbaki 5 lap, Syafiq cuba mencari ruang untuk merampas kedudukan ketiga daripada Boy Wong namun gagal tatkala pelumba itu bijak menutup ruang.

Meskipun begitu, prestasi Syafiq harus diberikan pujian tatkala berjaya memperbaiki keputusan di perlumbaan pertama apabila dia menamatkan aksi di tempat ketujuh, semalam.

Dalam perkembangan sama, pendahulu kejuaraan Super Sporting, Tengku Djan Ley terpaksa akur dengan keputusan perlumbaan dua apabila menamatkan aksi di kedudukan terakhir.

Dia mempamerkan pemanduan garang di awal perlumbaan namun insiden berlanggar dinding konkrit menyebabkan tayar kanan jenteranya rosak lalu memberi kesan terhadap prestasinya hari ini.

Berikut keputusan penuh perlumbaan dua Super Sporting:

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube