
Yamaha membawakan kemaskini kepada model popular YZF-R25 dalam segmen 250cc. Terdapat 3 model yang kita ketahui setakat ini iaitu:
- YZF-R3A – model ini berkuasa 320cc dilengkapi dengan ABS (Sistem Brek Anti-kunci)
- YZF-R25A – versi 250cc dengan ABS
- YZF-R25 – versi 250cc tanpa ABS
Peningkatan dari segi spesifikasi dan bukan hanya dari segi grafik merupakan satu cara untuk memikat kembali pengguna mengenal YZF-R25 yang telah hadir sejak Februari 2015. Sebelum ini KTM juga meningkatkan spesifikasi RC250 dari model RC200 dengan menambah sistem klac slipper (selipar?) yang sangat digemari oleh penunggang yang suka mengambil selekoh dengan halaju tinggi dalam litar lumba. Begitu juga Kawasaki yang juga memperkenalkan sistem klac ini pada model 250cc 2-silindernya. (more…)




