Bikesrepublic

Berita Terkini

2016-135LC-Msia-f

Yamaha 135LC menerima grafik baru untuk 2016 dan juga sedikit kemaskini pada beberapa bahagian luarannya.
1)    Lampu reraup yang berbeza
2)    Lampu reraup kini LED
3)    Lampu belakang yang lebih tinggi pada bar pemegang belakang. Bar pemegang belakang juga menerima perubahan rekaan.
4)     Rekaan lampu belakang diubah dengan lampu isyarat yang terpisah (mengikut peraturan UNECE).
5)     Visor kini datang sebagai aksesori asas.  (more…)

2016-Yamaha-Aerox-125LC-Indonesia-biru

Yamaha Indonesia (YIMM) membawakan skuter baru untuk 2016 dengan kapasiti 125cc berdinginkan cecair iaitu Yamaha Aerox 125LC. Yamaha Aerox telah lama diperkenalkan di Eropah dan sudah tiba masanya Aerox diperkenalkan juga ke serata Asia.

Enjin berdingin cecair 125cc ini merupakan enjin yang dikatakan sebagai yang paling tinggi prestasinya dalam kategorinya. Kuasa yang mampu dikeluarkan oleh enjin ini ialah 8.4kW atau 11.26 kuasa kuda pada 9,000RPM. Namun begitu, kuasa ini adalah sangat hampir sama dengan kuasa enjin Yamaha Ego LC 125 yang ada dalam pasaran Malaysia iaitu 8.3kW (11.13hp)(more…)

2016-Yamaha-NMax-Malaysia-Red-002

Yamaha NMAX is a sporty scooter model based on the concept of “City Commuter with Global Prestige”. The NMAX has a newly developed BLUECORE engine, which boasts improvements in combustion efficiency, improved cooling performance and reduction of power losses. As a result of this trinity of improvement, the NMAX is able to achieve a “higher maximum power output and operating torque”, said Mr. Takehiko Gotanda, Engine Project Chief of Yamaha Motor Company, Japan. A new liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve, 155cc fuel-injected engine with CVT on a body with styling that reflects the “MAX” family of models like the “TMAX” and “X-MAX”, which is popular in Europe.  (more…)

2016-Honda-Wave-Dash-PGM-FI-001

Honda mengemaskini Wave Dash dengan menukarkan sistem karburetor kepada sistem suntikan bahanapi untuk 2016. Wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini menerima peningkatan dengan lampu hadapan berkembar dan lampu isyarat yang lebih besar pada bahagian reraup. Pada pandangan kasar, wajah Honda Wave Dash PGM-FI ini ada menyamai model Honda Future.  (more…)

2014-Kawasaki-Z250SL-002

Segmen 250cc merupakan satu segmen yang sangat kompetitif pada masa ini yang mana terdapat pelbagai pilihan spesifikasi dan pilihan harga yang berusaha untuk menambat hati penunggang baru yang ingin menaik taraf dari moped atau skuter kepada motosikal berkuasa tinggi (pada masa dulu, seingat saya, 250cc sudah dikategorikan sebagai ‘superbike’ iaitu ‘entry-level superbike’. Namun begitu, sekarang ini, ramai yang mengatakan 250cc bukan ‘superbike’. Apa-apa pun, saya masih ingin kekal dengan definisi 250cc sebagai ‘entry-level superbike’. Anda tidak setuju, tak apalah).   (more…)

2016-Yamaha-YZF-R25-001-Red

Yamaha membawakan kemaskini kepada model popular YZF-R25 dalam segmen 250cc. Terdapat 3 model yang kita ketahui setakat ini iaitu:

  1. YZF-R3A – model ini berkuasa 320cc dilengkapi dengan ABS (Sistem Brek Anti-kunci)
  2. YZF-R25A – versi 250cc dengan ABS
  3. YZF-R25 – versi 250cc tanpa ABS

Peningkatan dari segi spesifikasi dan bukan hanya dari segi grafik merupakan satu cara untuk memikat kembali pengguna mengenal YZF-R25 yang telah hadir sejak Februari 2015. Sebelum ini KTM juga meningkatkan spesifikasi RC250 dari model RC200 dengan menambah sistem klac slipper (selipar?) yang sangat digemari oleh penunggang yang suka mengambil selekoh dengan halaju tinggi dalam litar lumba. Begitu juga Kawasaki yang juga memperkenalkan sistem klac ini pada model 250cc 2-silindernya.  (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube