Bikesrepublic

Berita Terkini

 

  • Mike Akatiff bersama dengan bantuan daripada Top 1 Oil telah memecahkan rekod kelajuan bagi motosikal terpantas di dunia pada tahun 2010 yang lalu dengan sebuah ‘streamliner’ TOP 1 ACK ATTACK.
  • Jentera yang dijana oleh Suzuki Hayabusa berkembar itu telah berjaya mencapai kelajuan melebihi 376bsj (605km/j) namun untuk tahun ini, pasukan itu sedang merancang untuk memecahkan rekod itu sekali lagi dengan cubaan untuk melepasi penanda 400bsj (643km/j).
  • Pasukan Mike Akatiff bersama dengan TOP 1 Oil akan menuju ke pamah garam Salar de Uyuni berdekatan dengan Pergunungan Andes bermula dari 3 Ogos hinggan 8 Ogos 2017 untuk mencapai apa yang suatu ketika dahulu dikatakan mustahil.

(more…)

 

 

  • Motosikal Suter kini sudah tersedia unuk jualan di Amerika Utara dengan kerjasama yang baru dimeterai dengan Arch Motorcycles.
  • Pelbagai pilihan motosikal lumba Suter boleh dibeli oleh orang ramai tidak termasuk jentera perlumbaan Suter MMX 500 MotoGP, MMX1 MotoGP, MMX2 Moto2, dan juga MMX3 Moto3.
  • Arch Motorcycles juga akan mendapat manfaat yang hebat dari kerjasama teknikal ini di mana Suter akan membantu meningkatkan lagi pembangunan motosikal dan pengedaran model-model keluaran mereka di pasaran Eropah.

(more…)

 

  • Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menganjurkan satu program kembara ke seluruh negara dinamakan Jelajah 1 Jiwa bersempena dengan ulang tahun jubli emas ke-50 agensi berkenaan.
  • Konvoi selama lapan hari itu dikembarai oleh sekitar 15 orang penunggang yang terdiri daripada kakitangan BERNAMA, ahli Kelab Komuniti Benelli Matters dan juga beberapa pemilik motosikal SYM yang akan menjelajah sepelusuk Semenanjung Malaysia dalam siri pertamanya.
  • Sejumlah lima buah motosikal Benelli yang baru telah didermakan oleh MForce Holdings Sdn Bhd bagi menunjukkan sokongan mereka yang juga termasuk siri kedua kembaraan itu di mana mereka akan menjelajah Sabah dan juga Sarawak.

(more…)

 

 

  • BMW Motorrad kini telah memperkenalkan BMW Motorrad Spezial; satu rangkaian kelengkapan khusus istimewa bagi model-model Touring dan Heritage keluaran mereka.
  • Kelengkapan yang dikhususkan itu memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pengkhususan motosikal dan juga bagi para pelanggan yang ingin menghiasi motosikal kesayangan mereka dengan sentuhan tersendiri.
  • Rangkaian Spezial ini dikatakan akan boleh didapati di seluruh dunia bermula pada bulan Ogos 2017.

(more…)

 

  • Akhirnya, motosikal Ducati Panigale 1299 R Final Edition telah pun dilancarkan di Pusingan Amerika Syarikat WorldSBK di litar lumba ikonik Laguna Seca.
  • Edisi terakhir ini digayakan dengan elegan sekali dalam kemasan ikonik ‘tricolore’ bendera Itali ini secara dasarnya adalah sebuah Superleggera yang dipermudahkan tetapi masih lagi menyengat dengan 209hp.
  • Berharga $40,000 (sekitar RM172,000), Panigale yang dijana V-berkembar yang terakhir sekali ini akan memberi laluan buat motosikal superbike Ducati janaan V-4 yang mana ia mungkin diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

(more…)

Yamaha Indonesia kini dengan rasminya membawakan Yamaha Aerox 155 dengan grafik khas bertemakan Movistar Yamaha Team dalam siri perlumbaan MotoGP. Yamaha Aerox 155 seperti yang kita ketahui adalah model yang sama dengan Yamaha NVX 155, yang dikatakan akan dilancarkan pada 11 Julai ini di Malaysia. Jika grafik khas Movistar Yamaha Team ini dibawakan ke Malaysia, pastinya akan laku keras dan menjadi barangan koleksi peminat motosikal di Malaysia kerana hobi mereka mahal.   (more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube