Perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours untuk kali ke-40 akan sekali lagi menyaksikan para penunggang dan juga pasukan dari seluruh dunia bersaing di salah satu perlumbaan ketahanan terulung di dunia sepanjang masa bermula dari 27 hingga 30 Julai 2017.
Perlumbaan untuk tahun ini menandakan ulang tahun ke-40nya dan akan ada tiga penunggang negara yang akan turut serta bertanding; penunggang Moto2 Hafizh Syahrin, penunggang ARRC semasa Azlan Shah, dan juga juara ARRC 2016 Zaqhwan Zaidi.
Hafizh Syahrin akan berlumba bersama Team Kagayama di atas jentera Suzuki GSX-R1000, Zaqhwan Zaidi dengan Team Satu HATI di atas jentera Honda CBR1000RR yang terkini, dan Azlan Shah akan berlumba bagi Team Green dan jentera tersohornya Kawasaki ZX-10R.
Sesetengah pihak telah mengatakan bahawa format grid terbalik yang terkini dalam WorldSBK tidak membuahkan hasil seperti apa yang telah diharapkan.
Rancangannya adalah untuk meletakkan para penamat di atas podium bagi Perlumbaan 1 dalam kedudukan terbalik dari baris yang ketiga dengan harapan yang ianya akan memberikan peluang kepada pasukan dan penunggang namun ianya tidak berjaya.
Hampir 94% daripada kedudukan podium setakat ini telah diisi oleh Jonathan Rea dan Tom Sykes dari Kawasaki Racing Team dan juga Chaz Davies dan Marco Melandri dari Aruba.it Racing – Ducati.
Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia telah melancarkan motosikal Yamaha NVX 2017 untuk pasaran Malaysia.
Motosikal Yamaha NVX ini didatangkan dengan beberapa spesifikasi futuristik seperti panel meter LED sepenuhnya, sistem mulaan dan hentian, kefungsian Kunci Pintar, dan juga palam pengecas untuk peranti mudah alih.
Motosikal NVX serba baru yang berstatus EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) ini dinilai pada harga RM10,500 (asas beserta GST) dan akan tersedia dalam tiga warna berbeza; Biru, Merah, dan Hitam.
Ianya telah disahkan bahawa motosikal superbike Ducati V4 tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang perlumbaan sehingga permulaan musim 2019.
Ducati mempunyai rancangan untuk memperkenalkan motosikal ini kepada orang awam dahulu bagi tahun 2018 sebelum sebarang rancangan lanjut dan penyertaan dalam WorldSBK.
Walaupun tiada sebarang berita atau maklumat berkenaan spesifikasi motosikal itu, motosikal keluaran Ducati janaan V4 itu akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini ketika pertunjukan EICMA di Milan, Itali.
Kesemua motosikal BMW Motorrad 2018 akan mendapat beberapa kemaskini yang menarik yang termasuk warna-warna baru untuk seluruh model BMW.
Kemaskini ini bukan sahaja dari segi rupanya sahaja seperti warna yang baru tetapi juga terdapat kelengkapan pilihan dan perincian unik bagi setiap motosikal BMW Motorrad.
Daya tarikan terbesarnya selain daripada warnanya yang baru adalah butang ‘panggilan kecemasan’ yang secara automatik menghantar isyarat untuk bantuan sekiranya berlaku sebarang kemalangan serius.