Bikesrepublic

Berita Terkini

HLYM memperkenalkan jentera edisi terhad Yamaha 125ZR yang hadir dalam 5000 unit sahaja.

(more…)

 

 

  • Ketika pusingan Cub Prix Malaysia pada hujung minggu lalu yang diadakan di MAEPS Serdang, Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) Malaysia dengan bangganya mempamerkan Yamaha NVX 2017-nya buat kali pertama untuk khalayak ramai.
  • Ruang utama telah dikhaskan untuk mempromosikan skuter terbaru mereka yang turut menyaksikan satu pertunjukan lagak ngeri menggunakan sebuah skuter perlumbaan Yamaha NVX Challenge yang telah diubahsuai oleh penunggang lagak ngeri mereka yang dikenali sebagai Gaban.
  • Motosikal yang paling menarik perhatian dipamerkan adalah motosikal Yamaha NVX yang dilitupi dengan warna Movistar Yamaha dan Monster Yamaha Tech 3.

(more…)

 

  • Moto Guzzi V7 III Stone, V7 III Racer dan V9 Roamer telah dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu di Moto Guzzi 3S Centre yang akan memulakan operasinya pada Ogos 2017.
  • Pengenalan motosikal terbaru ini disusuli dengan pengumuman Didi Resources Sdn Bhd sebagai pembekal dan pengedar rasmi di Malaysia.
  • Moto Guzzi 3S Centre baru yang terletak di Gasket Alley ini akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos 2017 nanti.

(more…)

 

 

  • Kawasaki Japan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa Kawasaki Ninja 650 dan Z650 2018 mereka akan boleh didapati dalam warna yang serba baru.
  • Kawasaki Ninja 650 2018 akan didatangkan dengan dua skema warna baru (Biru dan Kelabu) manakala Kawasaki Z650 2018 akan didatangkan dalam tiga warna; Kuning, Hitam dan Hijau diilhamkan dari Z900, serta kombinasi Hijau dan Hitam Matte.
  • Selain dari warnanya yang baru, Kawasaki Japan juga akan menawarkan pakej ‘performance’ dan ‘touring’ bagi motosikal middleweight 2018 mereka.

(more…)

 

  • Art of Speed Malaysia 2017 akan kembali untuk kali ke-enamnya pada tahun ini; lebih besar dan lebih hebat dari sebelumnya dengan lebih daripada 1,000 kenderaan tempahan khas akan berkumpul dari 29 hingga 30 Julai 2017 di MAEPS, Serdang.
  • Terdapat pelbagai motosikal dan kereta tempahan khas, pameran, pandu/tunggang uji, aktiviti, tokoh permotoran antarabangsa terkenal, persembahan dan banyak lagi untuk para pengunjung AOS tahun ini.
  • Paling menarik sekali, TIGA motosikal akan dihadiahkan sepanjang tempoh dua hari pameran yang terdiri daripada CMC XY400 serba baru, Harley-Davidson Street Rod 750 dan juga sebuah dragster RXZ dwi-enjin tempahan khas sepenuhnya yang dinamakan “RXZ Twinboss”.

(more…)

 

  • KTM telah mengumumkan bahawa KTM RC390 2017 terbaru mereka akan menerima beberapa kemaskini penting yang terbaru termasuk satu sistem pendikit ‘ride-by-wire’.
  • Kemaskini lain termasuk ‘power assist slipper clutch’, ekzos yang dilekap secara sisi, dan cakera brek hadapan lebih besar untuk peningkatan prestasi keseluruhan.
  • KTM juga telah menyatakan bahawa motosikal RC390 terbaru ini mempunyai ergonomik yang lebih baik dengan klac dan tuil brek bolehsuai, cermin sisi yang lebih lebar, dan pelana yang direka semula untuk keselesaan yang lebih hebat buat penunggang serta pembonceng.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube