Bikesrepublic

Berita Terkini

  • Jentera perlumbaan Aprilia RS-GP 2018 baru sahaja dilancarkan baru-baru ini bersama dengan penunggang mereka bagi musim 2018, Aleix Espargaro dan Scott Redding.
  • Aldo Drudi dari Drudi Performance adalah orang yang bertanggungjawab di atas skema warna serba Itali pada jentera yang baru tersebut.
  • Evolusi terkini jentera RS-GP yang baru ini terdiri daripada kerangka, kotak udara, sistem penyejukan dan pakej aerodinamik yang baru.

(more…)

  • KTM MY RIDE telah memperkenalkan kemaskini navigasi serba baru bagi model 2017 mereka yang dilengkapi dengan skrin TFT.
  • Penambahan terbaru bagi aplikasi MY RIDE mereka kini boleh dipaparkan di atas konsol bagi model KTM 1290 Super Adventure S/R.
  • Dengan kemaskini terbaru ini, pemilik KTM kini boleh menikmati muzik, menjawab panggilan telefon, dan pandu arah tanpa menggunakan sebarang peranti luaran.

(more…)

  • Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) telah memperkenalkan beberapa kemasan warna yang baru bagi skuter Yamaha Ego Solariz 2018.
  • Kemasan warna yang baru itu adalah Merah, Biru, Ungu, dan Magenta, dan disertakan juga dengan kemasan grafik yang baru.
  • Skuter Yamaha Ego Solariz 2018 ini telah ditetapkan harganya pada RM5,548.04 (harga asas beserta GST).

(more…)

  • Sebuah motosikal buatan khas Bajaj Pulsar RS200 telah ditukar menjadi sebuah motosikal yang berilhamkan motosikal Kawasaki H2.
  • Pembina motosikal buatan khas dari Vietnam, Leeat Moto merupakan pembina yang bertanggungjawab bagi motosikal buatan khas ‘Bajaj Pulsar RS2’ ini.
  • Sebahagian daripada kelengkapan buatan khasnya adalah reraup serba baru, fork hadapan Ohlins, ekzos Akrapovic, dan bermacam-macam lagi kelengkapan yang lain.

(more…)

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) akan menganjurkan satu kempen derma darah pada 17 Mac 2018 (Sabtu) di AEON Big Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
  • Acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 6 petang dan semua dijemput hadir.
  • Bagi mereka yang menderma akan mendapat satu t-shirt percuma dari KMSB beserta peluang untuk memenangi hadiah istimewa dari sesi cabutan bertuah.

(more…)

  • Ducati Monster akan menyambut ulang tahun ke-25nya pada tahun ini dan kami telah terdengar khabar bahawa Ducati Monster 821 2018 akan tiba pada bulan Jun ini.
  • Motosikal Ducati Monster yang pertama telah dihasilkan pada tahun 1993 sewaktu motosikal Monster 900 dikeluarkan dari kilangnya.
  • Tahun ini, mereka akan meraikan motosikal Monster ini dengan motosikal lumba naked mereka yang terbaru dan tercanggih setakat ini.

(more…)

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube